Restoran Satay-satay
Pertama kali mendengar nama restoran ni 3-4 tahun lepas, aku membayangkan kepakaran atau makanan yang paling laris di restoren ni adalah satay.
Tapi sebenarnya Tidak. Dah lebih 5 kali makan kat sini, aku tak pernah pun nampak orang order satay. Aku syak dia namakan restoran ni satay atas alasan sama macam kes Cendol Bakar tempoh hari.
Ataupun sebab nak menampakkan kemalaysiaan. Boleh jadi jugak tu, sebab menu-menu yang terdapat di sini adalah terdiri dari makanan-makanan popular di Malaysia. Sebagai contoh Cendol, Nasi Lemak, Laksa, Satay, Nasi goreng pelbagai, Ayam masak merah dan lain-lain.
Rasa makanan di Restoran Satay-satay
Dari segi rasa, takdelah menepati citarasa aku sangat, memandangkan menu yang ada merupakan makanan yang dah biasa makan dan dekat di hati, kadang pilih je restoran ni untuk menjamu selera.
Harga Restoran Satay-satay
Harganya bagi aku sedikit mahal berbanding kepuasan perut, kalau restoran ni terletak kat luar shopping mungkin boleh dapat harga yang lebih murah. *sorry tak sempat snap gambar harga makanan
Staff Restoran Satay-satay cukup baik
Walaubagaimanapun, faktor utama yang buat aku tak rasa terkilan untuk kembali ke restoran ni adalah layanan pekerjanya yang aku bagi markah penuh lah. Pada aku, pekerja dia dah buat yang terbaik dari apa yang dia boleh buat. Dari segi dia menyapa di depan kedai, cara bercakap, amik order, raut wajah dia masa melayan karenah, pulang baki dan displin di restoran semasa ada pelanggan memang perfek.Dari pertama kali aku datang sampai kali ke berapa ntah masih kekal bagus.
Itu je aku nak cakap. Selebihnya boleh tengok gambar hidangan yang aku makan pada kali terakhir aku ke restoran satay-satay ni beberapa hari lepas.
Laksa |
Kueytiow Kungfu |
Alamat Restoran Satay-satay
- Paradigm Mall, Lg 25 & 27 No. 1, Jalan Ss7/ 26A Kelana Jaya, Selangor, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
- +60 3-7801 1188
11 comments:
Blanje plssss..nampak sedap je tuu
kureng sikit ekk rasanya..
hihi.. bagus trademark restoran ni.
Kak lya, insyaAllah
lia ummiirfan, boleh tahan sedap, tapi bukan kegemaran ludah sayalah.
Zaleha, ada identiti jugaklah
erm nampak semua sedap kan FR :)
Makanan kureng tapi staf polite mesra ok lagi. Tapi bila makanan out, staf kerek, peh. Tobat tak kan masuk kedai tu lagi
mana sataynyee.. hehehe..
Pasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang
sedapnyaaa :D
pelik nama restoran ni...memang hidangan dia satay-satay aje ker
Dah try ke Nasi Bonjari tu...? MUST TRY katanyaaaa.. hehehehehe... :p
sedapnyaa!
Post a Comment