Cup of Kopi- Pahit Yang Menyegarkan

Cup of Kopi- Pahit Yang Menyegarkan

(Confession yang ditulis di fesbuk pada 3 Ogos 2017)

Aku dengan gym menjalin love-hate relationship.  Aku pergi taklah selalu, tapi kena pergi juga bila dah lama berjauhan. Rindu barangkali. Kemudian, aku tinggalkan untuk sekian masa tanpa khabar. Tak lama selepas itu, aku kembali dengan semangat baru (dan lemak baru) . Dah serupa perempuan simpanan pulak kaedahnya.

By nature, ya, aku memang suka bersukan dan bersenam, mengeluarkan peluh-peluh jahat dan melepaskan tekanan jiwa. Dalam masa yang sama, atas kepentingan sukan yang aku sertai secara sambilan, aku kena juga ke gym untuk meningkatkan prestasi dan jaga air muka. Selain itu, atas nasihat doktor juga yang aku harus menjaga tubuh badan supaya tidak mereput. Tak pernahlah aku pergi gym sebab gadis-gadis kat gym comel-comel, setakat ni memang tak pernah.

Kalau ada pun, takkanlah aku nak tulis kat sini, aku kan friend dengan bini kat facebook, kan? (soalan retorik)

Isunya, kalau tak pergi gymnasium, rasa semangat nak pergi membuak, otot ni rasa lemau, rasa mahu dikerah, tapi bila dah berada dalam gym, rasa gelisah nak balik pulak, aduh, sengsara macam kena seksa pun ada, tapi aku heret juga semangat tu walau berat, supaya dapat capai target untuk upgrade fitness dan bail-out pelbagai jenis makanan yang aku dah telan selama ni.

Nasib baiklah aku ada seorang sahabat yang tak jemu mengheret aku ke lembah ini. Aku sebetulmya segan nak masuk gymnasium ni sorang-sorang, maklumlah otot badan aku masih lagi tahap malu-malu anak dara, muka pulak macam najib, takut pulak kalau aku masuk dorang ingat aku nak berpolitik atau nak jual barang (salesman). 

Tambahan pula, kalau aku main gym sorang-sorang, aku akan lebih cenderung ke arah hobi aku yang lagi satu, iaitu membaca. Angkat besi 10 minit, pastu baca berita-berita bola kat telefon setengah jam, angkat besi 10 minit, pastu baca whatsapp 30 minit, keluar je gym bukannya berpeluh tapi bateri telefon yang habis bateri. Dipandang serong pulak oleh ahli gym yang betul-betul datang untuk bersenam.

Lain pula ceritanya kalau sahabat gym aku ni ada, sembang-sembang tu biasalah, tapi kalau dia suruh angkat 10 kali, aku angkatlah 10 kali, kalau dia suruh angkat 20, aku pun angkat 20,  aku tak larat pun disuruhnya jugak, jenis memaksa, aku pun tak suka mengecewakan, kalau dia bubuh besi 30kg suruh aku angkat, aku angkat, kalau ditambah jadi 40kg, aku angkat, tapi dalam hati menyumpah. Kalau pun aku cakap taknak dah teruskan segala kedukaan ini, itu sekadar mainan bibir, realitinya aku tahu aku perlukan semua itu untuk mengestrak motivasi.

Kalau dia cakap belum habis, selagi tu aku tak balik, dalam hati tuhan saja tahu. Ironinya, aku akan datang balik mengulangi rutin love-hate gymnasium ni. Sebab aku rasa  benda baik memang begitu kaedahnya. 

Kita pun selalu tersalah anggap, bos yang baik misalnya, kita anggap bos yang tak kisah kita datang lambat adalah bos yang sepatutnya untuk kita, tak bising kita rehat lebih-lebih, tak peduli kerja tak bertambah kualiti. Bila orang tanya " Bos kau ok tak?", kita jawab " Okay, dia relaks je aku tak siapkan kerja". Memang cun, tapi pepatah Liverpool ada menyebut "Dalam sepinggan hidangan yang lazat, mungkin ada racun tersirat"

Padahal, bos yang baik sepatutnya dia bangunkan kita. Dia buat kita bagi jadi. Bayangkan kalau kawan gym aku tu serupa je macam aku, dia tak heret aku, aku buat slack pun dia enjoy je dengan rutin senaman dia, dia suruh je aku buat kerja senang..angkat dumbel 0.5 kilo misalnya, mungkin aku lemau dan tak dapat apa pun. At the end of the day, pembaziran kudrat dan matawang. Nasib baiklah bos aku okay. Kalau tak okay pun, takkanlah aku nak tulis kat sini aku kan friend dengan bos kat facebook, kan? (soalan retorik)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

Zhi said...

Aku selalu ke gym dan sama lah.. tak pernah terlintas nak tengok abam-abam sado kat gym tu. 1, aku tak suka lelaki sado jalan kepak. 2, aku ke gym biasanya sebab nak release tension dan cairkan lemak. Kalau pegi sorang pun aku jalan je. Buat la apa pun yang ada kt gym tu sampai rasa penat gila. Balik rumah mandi, tidur.

Nikmat dia, ya ampun.

(Boleh tak aku nak bgtau, aku x suka orang pergi gym posing selfie nak tunjuk dia pegi gym dan berpeluh2 mcm dia sorang workout) kahkah..

mamapp said...

Bestnya selalu ke gym

Anonymous said...

huhu.

dulu masa aku teman kawan g gym, aku cuma cuci mata ja.

bestnya sebab gym ada econ, tak yah nak work-out, tido pon ok.

p.s : aku bkn seorang kawan yang membina.

Farhana Jafri said...

hahahahha terasa pulak bab bos tu sebab bos jarang tegur datang lambat tapi takde kerja pun nak buat sebab projek dah nak habis. hahaha singgah sini & follow :)

kak gojes said...

KG pun p gym jugak...malu la terrrrtengok abam sadoooo..hahahah

afifah said...

bhahahha "muka macam najib" lol

deep nya metaphorr

// afifahaddnan

Tengku Sofia said...

Lamanya tak masuk gym

Fnd Rocka said...

itulah, aku tak tahulah secara biologinya macam mana, tapi kadang aku rasa craving food dgn craving for senaman2 ni memang pakej sekali

Fnd Rocka said...

kau kawan yanb membina, untuk kawan2 yang mencuci mata

Fnd Rocka said...

kau tolong lah buat kerja boss

Fnd Rocka said...

rezeki

Fnd Rocka said...

literally