Catch-up (contain Endgames Spoiler)

Apabila kita menjadi perantau/pengembara di mana-mana ceruk, kita akan ditemukan dengan orang yang sama-sama melancong, kita akan berbasa-basi / small talk, adakalanya bila wujud chemistry ketat kita akan berbual dengan lebih deep or personal, sampai ada detik kita rasa seolah-olah telah kenal lama dengan insan tersebut, atau seperti ada pertalian darah atau pertembungan roh di semesta lain, boleh klik and go.

Dah seperti sudah tertulis di manuskrip takdir juga, ada kod yang kita akan faham-faham sesama sendiri, yakni ketika percutian/perjalanan kita sudah tamat lalu mengucap selamat tinggal semoga berjumpa lagi, bertukar telefon number, berjanji untuk bertanya khabar, mengharapkan untuk bertemu lagi di situasi dan tempat yang berlainan, tapi, tapi kita sedia maklum yang perkara itu most likely takkan berlaku. Kita say goodbye dan tidak lagi bersimpanghidup.

Sama juga selepas kita sama-sama belajar, setelah bertahun menjadi sahabat yang bisa berkongsi bantal susah senang, menjelang graduasi dan kita menyiapkan diri ke alam yang seterusnya, kita akan bersalam  dan merancang untuk bertemu semula setelah semua sudah bekerja. Kita membayangkan jika sudah bergaji bolehlah keluar melepak, kalau sudah berkereta mudahlah untuk pergi ke negeri-negeri lain bersua lagi sambil mengimbau good old days. Tapi sebenarnya, hal itu sukar untuk berlaku. Masing-masing akan sibuk dengan hal masing-masing. Good old days remain good old days.

Sama juga bila berpindah ke tempat kerja baru, kita cakap kat rakan kita supaya jangan risau, kita berpindah bukan ke luar negara pun, pergi kerja pun lalu jalan yang sama, kalau nak jumpa just give one call dan kita boleh jumpa bila-bila masa, namun, namun kita sedar juga yang panggilan itu tidak pernah sampai meski nombor telefon tak ditukar. We move on.

Dan bila kita terserempak dengan mereka-mereka, kita akan saling cakap betapa sibuknya hidup kita dan akan roger untuk plan makan bersama rakan-rakan lain, dalam tergesa-gesa kita ucapkan goodbye dan thats it, kita tidak lagi jumpa selain terserempak dan akan saling cakap betapa sibuknya hidup kita.

Kita manusia, tak dapat lari, akan berubah dan berputar pada orbit berpaksikan keadaan hidup semasa. Kita tidak dapat masuk ke Quantum realm untuk merentas dimensi mencari batu infiniti supaya dapat mengembalikan perkara yang sudah tiada. Kita hanya boleh mencuba untuk mungkin menaip mesej "Hey, ada mana, lawan FIFA jom" dan menanti jika ada jawapan atau mungkin tanpa Thanos pun kita sebenarnya telah lenyap ditelan kesibukan duniawi.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home