Ketika aku meneliti surat-surat appointment hospital, aku dapati banyak appointment yang aku dah skip. Aku rasa serba salah terhadap pihak hospital yang bersusah carikan tarikh, kemudian lagi bersalah juga pada tubuh badan aku kerana  tidak mengendahkannya. Mata mulai mengantuk. Tiba-tiba...

"Fen, tolong alihkan bontot kau ke sini jap, aku nak pinjam otak kau", gesa seorang sahabat kepada aku. Sahabat menunjukkan satu perkataan Inggeris yang ditulisnya - 'IMPROVE'. Selain perkataan improve, perkataan apa lagi yang boleh digunakan supaya tak nampak cliche nakmati, sebab improve improve ni tak payah pergi sekolah pun orang dah tahu, tanya sahabat kepada aku.

"Oooo..ini tak payah pakai otaklah setan, ini jawab pakai bontot pun boleh", jawab aku bersahaja tapi terselit unsur angkuh. Aku mencadangkan perkataan ENHANCE untuk menggantikan IMPROVE. Enhance ni sama sahaja maksudnya dengan improve, mereka merupakan animal yang sama je cuma enhance ni dia lebih enhance lagi, gitu. Aku pun menjelaskan lagi bagaimana nak gunakan perkataan enhance ni dalam ayat supaya ketrampilan ayat tu lebih enhance dan maksud tidak lari. 

Penggunaan perkataan bagi aku amatlah penting dalam menyampaikan mesej, sebab yang jelas adalah kerana ia akan mempengaruhi maksud. Kalau nama kau Samad tapi orang panggil Sajat, kan dah lain tu Samad dengan Sajat, meskipun agak mengelirukan.

Ada juga penyampaian dan kata dah tepat, namun masih lagi maksud boleh lari dan menyimpang kepada penerimanya. Perkara ni selalu berlaku atas faktor tertentu. Sebab tu kalau aku menulis sesuatu, sesuatu itu akan cenderung untuk menjadi panjang sebab aku cuba untuk menghapuskan ruang-ruang untuk salah faham terjadi. Namun sedaya upaya manapun, ruang untuk salah faham tetap jugak boleh berlaku (disebabkan kelemahan) oleh itu haruslah kita mengambil sikap rileklah benda boleh bincang. Perspektif orang bukan semuanya sama.

Sesetengah orang bila bercakap meletup-letup macam bunyi Ysuku Sajat, kita yang mendengar pun rasa takut, tapi sebenarnya mesej yang nak disampaikan penuh dengan kasih sayang. Macam aku bila bercakap, kadang tak selari dengan niat dan apa yang berbaris difikiran. Sebenarnya nak maksudkan lain, tapi dah tercakap lain..art bercakap memang bukan forte aku tapi takpe kita boleh bincang , PM tepi untuk tindakan susulan.

Apapun yang aku tulis, serius atau tidak, anggaplah ia bukan sesuatu yang konklusif, sesiapa pun berhak untuk membuat andaian dan memahami mengikut pemahaman masing-masing, serta aku juga berhak untuk tidak peduli.Kekhilafan dan ketidaksempurnaan juga pastinya akan muncul di sana-sini kerana sesungguhnya ini bukan sejenis kitab suci.

Selain bahasa cakap dan tulis, yang sebenarnya terdedah kepada manipulasi atas agenda tertentu, mesej juga boleh disampaikan secara tidak langsung dengan jujur dan tak diminta-minta. Contohnya kalau pergi kedai kau amik 3-4 lauk pastu nasi dah penuh pinggan macam Gunung Tahan , tu mesej yang boleh dihadam adalah gaji kau baru masuk hari ni dan kau mahu meraikan kesyukuran kerana sejak seminggu lepas kau makan roti canai kat mamak dengan air kosong, mungkin. 

Tubuh badan kita sendiri pun sebenarnga boleh berbahasa dengan bahasanya. Tubuh kita akan hantar mesej-mesej tertentu, sama ada kita dapat baca atau tidak itu satu lagi persoalan yang berkait dengan ilmu dan pengalaman. Kalau perut dah berbunyi, itu tandanya kau dah terlewat makan kut. Kalau berbunyi pastu berbau, haa itu tandanya ada orang kentut.

Kadang kita rasa badan lemah sangat dan tak larat, lalu kita pun rehat dan rehat dan rehat dan rehat, makin rehat makin tak larat, sedangkan sebenarnya mesej yang tubuh nak sampaikan adalah anda tolonglah pergi bersenam sikit supaya cergas dan cerdas.Aku pada setiap tahun memang (rancang) akan pergi menyerah diri kat hospital. Kadang skip sebab tarikh appointment clash dengan hal lain. Menjaga kesihatan ni memang penting , kita memang tak boleh expect orang lain untuk peduli kalau bukan diri kita sendiri.  Sebab tu aku pergi jumpa doktor untuk check ada terima apa-apa mesej baru ke tidak. 

Lepas aku jumpa tu, doktor pun buat pemeriksaan, masuk bilik 5, masuk bilik 7, masuk makmal 8, masuk bangunan A, sampaikan aku pun pening doktor ni sebenarnya nak suruh aku jogging kut, dalam kawasan hospital sahaja dah boleh dapat 2 kilometer. Last-last lepas sebulan barulah kena datang lagi hospital untuk dapatkan keputusan.

Dari pemeriksaan demi pemeriksaan, bilik ke bilik, akhirnya Hospital telah mengesahkan aku seorang yang kacak. Pada mulanya aku rasa macam tak percaya dan cuba melawan namun doktor nampaknya begitu tegas dengan analisa yang dijalankan. Doktor sendiri beritahu; THIS IS NOT A JOKE! YOU ARE DAMN HANDSOME ! Garing suara doktor memeranjatkan aku.

Aku pun terjaga dari tidur dan melihat jam baru pukul 3 pagi. Entah apalah mesej yang hendak disampaikan oleh mimpi aku tadi? Macam fantasi bercampur fiksyen. Tapi macam Andrea Hirata kata, fiksyen adalah cara terbaik untuk menggambarkan kebenaran......aku perlu segera berjumpa tuan doktor.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home