Apabila kanak-kanak berbahasa kesat, kita memarahi mereka yang mengucap kata kesat, dengan amarah kita yang berbaur kesat / laknat? Meminta kanak-kanak memperlahankan suara untuk menghormati majlis, dengan menggunakan kan autoriti dewasa kita lalu kita melarang mereka dengan memekik-mekik. Melarang anak makan jajan atas faktor kesihatan, tapi masih 5 waktu hisap rokok tak tinggal.Bila kita sedap menasihati salah silap orang, dalam masa yang sama kita terlupa yang kita telah membuka aib dia dan memburukkan keadaan? Bila kita cuba membuktikan satu-dua kesalahan orang, sehingga semua perkara yang dilakukannya pun kita pukul-ratakan menjadi dosa.

Can we kill a monster without becoming one?
selamat pagi


filem hantu


Tamatnya cerita ni membuatkan aku berteka-teki apa sebenarnya yang diceritakan atau disampaikan, aku nampak macam ada lapisan maksud yang setiap orang boleh terima dengan kefahaman yang berbeza, bertepatan dengan filem IT tu sendiri. Melihat seorang badut, dia boleh menjadi kelakar pada mata kau, kau boleh bodoh-bodohkan dia, boleh juga dia menjadi sangat menyeramkan dan dia membodoh-bodohkan kita.

cerita hantu


Cerita IT adalah cerita Stepen King yang paling lumayan kalau ikut sejarah perfileman, spesifiknya untuk genre seram. Cerita seram ni mudah mendapat tempat di pawagam meskipun kadang jalan cerita kitar semula, sebab manusia di seluruh pelosok dunia ni tanpa mengira agama dan bangsa, akan bersatu bila buka cerita pasal hantu, kita seakan menerima perbezaan koleksi hantu masing-masing.
Aku sedikit pening bercampur khayal dengan perjalanan cerita ini. Agak sukar menentukan mana yang betul mana yang propaganda. Cerita ni seperti tiada paksi, terawang dengan khayalan atau fantasi. Cerita ini sampai kat aku sebagai filem fantasi, atau psikologi, thriller, horror atau boleh jugak ditafsir sebagai filem pengembaraan kanak-kanak.

Bagi yang tak tahu menahu  berkenaan filem IT, ia merupakan filem mengenai badut yang makan budak, saban tahun kat pekan tu ada aje budak hilang dan puncanya tak susah pun nak teka, memang disebabkan oleh si badut yang memperdaya dan memerangkap budak naif.

Bagaimana mahu memperdaya dan memerangkap budak?

Melalui weak spot dia, atau kalau bahasa ibunda kita sebut sebagai titik kelemahan. 

Pendekkan penjelasan aku, setiap budak ada titik lemah masing-masing, ada budak yang boleh dipancing dengan ais krim, ada budak yang lemah bila nampak bapak dia bawak bulu ayam, ada juga budak yang nampak je PS4 terus dia buat perangai meracau macam setan. Maka, si badut ni pun ada teknik dan taktik yang pelbagai untuk mencapai objektif makan budak dia.

Watak dan setting cerita ni memang dijelmakan atau dikahayalkan melalui dunia kanak-kanak namun sebenarnya ianya merentasi semua peringkat umur dan. Ianya fokus pada seorang badut atau sosok hantu / seram, yang sebenarnya hanya menjadi simbolik atau mewakili kepada  ketakutan-ketakutan dalam peringkat kehidupan manusiawi. Seram tak semestinya berbentuk badut, boleh saja seram itu berwajah harmless seperti perabot usang atau botol kicap.




Bagaimana hantu melayu berbeza rupa dengan hantu bangsa India, Cina atau hantu jepun, waima hantu belah eropah pun lain format hantunya? Adakah sebab syaitan ni pun berbangsa-bangsa dan punyai budaya berbeza? Atau barangkali setiap bangsa dan peradaban sendiri yang telah mencipta hantu mengikut acuan minda dan fikiran masing-masing? 
cerita hantu

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home