Kisah 3 personaliti dalam satu tubuh


Tell Me Your Dreams (Sidney Sheldon) - Kisah 3 personaliti dalam satu tubuh


Ashley, Toni dan Alette, tiga karekter berbeza dan mempunyai kecenderungan berbeza, seterusnya mempunyai impian berbeza. Ashley seorang yang tidak pandai bersosial dan bekerja di syarikat IT, Toni lebih terbuka dan berbakat dalam bidang nyanyian, Alette pula lebih artistik di mana dia seorang yang genius dalam melukis. 3 watak utama ini dikupas sedikit demi sedikit, perlahan lahan sehinggalah menemui jiwanya.

Digemparkan dengan kes pembunuhan bersiri ke atas beberapa orang lelaki mengakibatkan Ashley menjadi suspek, semua bukti menunjukkan Ashley bersalah sedangkan Ashley sebenarnya tidak tahu menahu dan keliru. Ashley sendiri mengesyaki dia menjadi mangsa stalker/pengintip, tapi sudahnya dia pulak yang dituduh membunuh.

Ayah Ashley melantik seorang peguam bagi membuktikan anaknya tak bersalah. Siasatan dilakukan, membawa kepada penemuan yang mendebarkan, yakni..pembunuh sebenar bukanlah Ashley tetapi sama ada Toni ataupun Alette, yang mendebarkan tu adalah kerana Toni dan Alette tu adalah Ashley. Ashley adalah Toni dan Alette. Atau dengan kata lain, Ashley mempunyai 3 personaliti dalam dirinya yang tidak berada  dalam kawalannya.


Multiple personality disorder (MPD)


Sekejap-sekejap dia jadi Ashley...sekejap karang dia jadi Toni, sekejap kang dia jadi Alette pulak. Inilah yang secara saintifiknya orang panggil Multiple personality disorder (MPD). MPD ni dipercayai wujud sejak dulu lagi, kiranya sangat popular lah di kalangan psychiatrists. Dilaporkan jugak banyak kes jenayah yang berkait dengan isu ini, dan banyak jugak pusat rawatan untuk MPD, jadi..ini bukan benda jenaka hujung minggu, ini sah secara saintifik dan perubatan

Jadi, peguam Ashley memikirkan bagaimana caranya untuk membuktikan yang MPD di benar benar wujud, bagaimana nak menyakinkan mahkhamah, bagaimana nak menjelaskan bahawa Ashley dan Toni dan Alette adalah 3 personaliti yang berbeza dalam satu tubuh. Peguam Ashley yakin dengan Ashley sebab dia sendiri nampak Ashley bertukar karakter, peguam tu boleh berinteraksi dengan ketiga-tiga personaliti tu dengan menggunakan satu sesi yang disebut sebagai hipnosis, pernah dengar hipnosis?HIPNOSIS?

MPD terhasil biasanya berpunca dari peristiwa pahit yang menimpa seseorang, 2 per 3 kes MPD boleh dirawat. Ada yang rekaan, ada yang benar. Melalui cerita ni, boleh baca bagaimana seorang peguam tu cuba dapatkan maklumat dari ketiga-tiga personaliti tu untuk dia mencari kebenaran.

Buku Sidney Sheldon tak pernah menghampakan aku, aku tak pernah terfikir akan ada buku Sidney yang akan menghampakan aku. Jalan cerita yang penuh suspen sehingga membuatkan pembaca terhipnosis sama. 


"Memang keadaan begini berlaku dan bukan satu rekaan. Mereka yang mempunyai masalah ini tergolong dalam masalah kecelaruan personaliti. Namun disebabkan peratusan sangat rendah iaitu sekitar 1 atau 2 peratus daripada mereka yang mengalami masalah mental secara keseluruhan, DID jarang disebut," katanya. (kecelaruan identiti terpisah - DID). Kadangkala masalah tersebut juga dirujuk sebagai kecelaruan pelbagai personaliti (MPD).
Individu dengan DID kata beliau, didapati mempunyai keadaan personaliti berbeza dari segi penampilan, reaksi, emosi, mimik muka malah nadi dan tekanan darah juga boleh berlainan. Mereka juga boleh lupa dengan watak yang satu lagi pada satu ketika.
Jelas beliau, seseorang yang mengalami masalah tersebut mempunyai karakter lebih daripada satu dengan pakej kecelaruan personaliti berlainan- Petikan artikel dari Utusan Malaysia

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

Papaglamz said...

menyermkN la orang mcam ni..

ummul azkee said...

wujud eh org cmni...bru tahu...

aboya said...

sekejap sekejap dia jadi pujangga , sekejap2 dia jadi penyair , sekejap2 lagi dia jadi sang sastera , sekejap2 dia jadi fendi rocka

MasturaDin said...

macam macam

Hajar Shikin said...

Rupanya MPD ni wujud. Dulu pernah tengok citer hindustan yang cerita pasal pesakit MPD, lepas tengok citer tu ingatkan MPD ni rekaan semata-mata.huhu

Unknown said...

kita semua ada lebih dari satu personality dalam diri kita.. cuma kita boleh control personality tu dan tahu masa yang sesuai utk jadi apa dan siapa...

beza dgn org ada masalah kecelaruan personality ni.. mereka tak leh nak control dan tak sedar apa terjadi.. kesian kan pesakit2 MPD ni...

Sayidah Napisah said...

biasanya penyakit ni mesti bila kecik ada mengalami tekanan perasaan.

safurara said...

penah tgk movie ke hape cite cm ni. mmg seram gila.