Siapa masa kekanak dulu tak pernah main nyorok-nyorok memang ada sesuatu tak kena, sebab permainan nyorok-nyorok ni adalah satu permainan yang global, di mana ianya di mainkan di seluruh dunia, mat salleh panggil hide-and-seek. Bila dah besar susah sikit nak main sorok-sorok, sebab pertama ialah badan dah besar, sebab kedua candy crush dan emoji lebih trendy katanya. Lagipun, kalau ada lagi yang main sorok-sorok, mesti senang nak jumpa, sebab dia update tempat menyorok kat fesbuk.

Bagi mereka yang tak sempat merasa zaman nyorok-nyorok adalah permainan wajib, ni aku ada cerita satu saat separa panik atau mendebarkan semasa aku mainkan permainan ini. Pada masa tu biasalah ramai budak-budak, berkumpul sanak-saudara sebab ada kenduri kahwin, ada budak yang aku kenal, ada yang aku tak kenal, sorang jadi hantu dan dia pun kira sampai nombor berapa ntah aku tak ingat lagipun aku dah menggelupur pi menyorok.

Aku jumpa satu tempat, tempat tu memang budak-budak dilarang masuk atau tak berani masuk..tapi aku masuk jugak sebab aku rasa tempat camnilah yang susah orang nak jumpa, jadi kalau orang tak jumpa aku tak payahlah aku nak jadi hantu pi cari orang plak. Tempat tu tak lain dan tak bukan, adalah bilik pengantin. Aku pun merangkak lah menganalisa keadaan sekeliling, tengok takde orang kat dalam terus aku merangkak masuk bawah katil pengantin.

Tak lama kemudian aku dok tunggu hantu datang cari aku, tiba-tiba aku dengar bunyi tapak kaki,kemudian pintu bilik ditutup dari dalam. View dari bawah katil aku nampak ada tapak kaki perempuan, aku syak tak lain tak bukan pengantin perempuan lah pemiliknya. Aku rasa tak lain tak bukan, mesti pengantin perempuan nak salin baju, aku rasa dia dah bukak kain baju kurung tu tapi aku tak pasti sebab aku tak sanggup tengok dan aku panik. Bagai seorang askar yang terperangkap di daerah lawan. Aku senyapkan diri seperti mati.

Ni kalau aku keluar sekarang dah tentu pengantin perempuan tu terkejut, silap-silap dia smack down aku. Kalau aku tunggu lebih lama, rasa berdosa pulak aku kat pengantin lelaki nanti. Aku terperangkap.   Minda kanak-kanak aku yang cetek perlu buat keputusan segera..setiap saat amat besar kesannya. Atau, adakah sebagai kanak-kanak yang inesen aku perlu berpura-pura tertidur di bawah katil itu jadi tak perlu menjawab apa-apa. Ah, berdebar-debar pulak aku nak cerita.

Tak ramai sebenarnya yang beruntung boleh rasa kekekokkan yang aku nak ceritakan ni. Bagi yang pernah merassainya, tahniah. Bagi yang tak pernah atau belum , mari aku kongsikan. 

Aku terjumpa seorang kenalan perempuan yang rapat yang sudah beberapa ketika tak jumpa, yang aku rahsiakan nama sebenarnya , nama samaran pun aku rahsiakan, usia perkahwinannya pun baru lebih kurang setahun lah aku agak-agak pada masa tu, pada pandangan pertama pertemuan tu terus aku syak dia dah hamil, sebab dengan jelas di bahagian perutnya sudah ada isi kelihatan. Dengan senyuman dan wajah yang excited aku tanyakan " Tahniah, dah berapa bulan ni?" merujuk pada bahagian itu.

"Mana ada lagi, ini bukan" jawab perempuan itu nada yang aku tak dapat terjemah kerana aku sendiri dah kalut dengan jawapan tu . Dalam hati mungkin dia jawab "Ini bukan baby, ini lemak lah babi!"

Tak ramai sebenarnya yang beruntung boleh rasa kekekokkan yang aku cerita ni. Bagi yang pernah merasainya, tahniah. Sama ada kau ketawa, kau sengih, atau kau menangis minta maaf pun akan tetap ada kekok yang berbaki. Melainkan tiba-tiba berlaku gempa bumi di tempat kejadian, 8 skala Richter misalnya.

Masa beratur bayar tiket parking, lelaki kat depan aku pusing kat aku, dia buat muka macam tak percaya pada nombor yang tertera pada skrin mesin tu, dia tunjuk kat aku, jumlah yang dia perlu bayar ada dua angka, biasa mungkin satu angka saja, menyebabkan dia terkejut tak semena-mena. Lebih mendukacitakan, dia hanya bawa duit untuk bayaran satu angka saja, ni dah dua angka dia tak cukup cash di tangan.

Aku hanya respon dengan wajah sesal dan katakan 'sini memang dah naik harga' sambil geleng-geleng kepala tanda turut tak boleh blah dengan kenaikkan segala harga. Apa boleh buat, aku pun bawa duit sehelai saja. Lelaki tadi kemudiannya blah tak tahu pergi mana, pergi cari duit/ tukar duit kecil barangkali.

Balik rumah, bukak fesbuk, aku baca anak Sultan Brunei bayar 1.5 juta kat Mariah Carey untuk perform 3 buah lagu. Pemimpin beli kereta baru, beli jet. Scroll bawah lagi Menteri belanja RM120,000 sambut hari jadi. Scroll lagi Johan raja lawak menang tuntutan saman 1 juta. Inilah yang buat orang-orang macam aku nak rage kat orang kaya walaupun kita semua sama-sama nak jadi kaya.

http://www.npr.org/blogs/alltechconsidered/2013/08/19/213568763/researchers-facebook-makes-us-sadder-and-less-satisfied
Semalam Manchester kalah lagi, kali ni pertembungan FA Cup dengan Swansea. Jolokan Red Devil dengan berlambangkan syaitan nirrojim di logo pasukan tersebut nampaknya dah tak menggerunkan. Lebih elok logo tersebut ditampal di jamban, kerana syaitan kan suka tempat busuk. kehkeh. Apapun, aku nak ucapkan terima kasih pada mereka kerana membuktikan syaitan boleh dijinakkan, berharap mereka kalah lagi demi membuktikan umat manusia tak perlu takut pada syaitan dan kanak-kanak  tidak lagi risau untuk tidur malam. 
"Sikap berjimat cermat dan aku adalah satu pasangan yang tidak cocok, tidak sehaluan dan kekok ketika bersama. Setiap kali aku cuba mewujudkan hubungan mesra antara kami, setiap kali itu juga terasa bagai mencurah air ke daun keladi. Ramai berkata tak kenal maka tak cinta, memang, aku tak pernah putus asa untuk berkenalan dengan pengertian jimat pada luaran dan dasarnya. Luarannya aku dah selam, tapi mahu ke dasar dan mengenal erti jimat yang sebenar..aku jadi lemas.



Moga tuhan turunkan bidadari jimat cermat kepada aku."




note : LAIN KALI AKU NAK BERDOA AGAR DAPAT BERBELANJA SESUKA HATI. 






Sekarang aku punya tugas kerja memang kena banyak ada atas kereta, oleh itu aku bertambah peka pada industri radio.  Beberapa kali jugak aku dengar lagu Havoc - Joe Flizzow kat hitz fm, lagu melayu banyak main kat radio english adalah berita yang baik sebenarnya. Nasib baiklah Joe tak buat version english lagu tu, atau belum buat lagi, kalau tak mesti versi English yang lebih laris di hitz fm ye tak. Dapat pulak bukan-melayu rap lagu rap melayu..memang tip-top. Tahniah Joe..kan gua dah kata lu memang havoc havoc havoc.


Benda yang sia-sia pergi shopping complex adalah pergi beli T-shirt ka, seluar ka, topi ka, beg ka, untuk tujuan kau nak pakai bila kau nak pergi ke shopping complex yang lain, yang mana kau  pergi tu untuk beli T-shirt ka, seluar ka, topi ka, beg ka, untuk tujuan kau nak pakai bila kau nak pergi ke shopping complex yang lain pulak. 
Benda yang sia-sia pergi shopping complex adalah pergi shopping complex siap dengan pakai perfume, pasal kat shopping complex dah tentu-tentu ramai promoter perfume dengan rela hati suruh kita pakai perfume dia, walaupun suruh test pakai tapi pakai jelah, bukan nak kena pulangkan balik pun.
Begitu ramai orang yang takut gemuk, malangnya juga takut untuk bersenam.
Andai azam 'nak kurus' diharamkan di muka bumi, nescaya ramai di kalangan ummat manusia (terutamanya kaum hawa) terpinga-pinga mencari idea baru untuk diazamkan. Lebih-lebih lagi yang sudah lebih dari setahun atau dua tahun berazam benda yang sama, makan masa bertahun-tahun jugak nak kurus ni rupanya.

Cadangan: Daripada dijadikan azam tahun baru, lebih baik azam 'nak kurus'  dijadikan azam dekad baru.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home