Minggu lepas time petang-petang aku rasa sangat haus, aku check peti ais kat pantri air batu tinggal beberapa ketul je, susu beku banyaklah, itupun mummy-mummy kat ofis punya.
Tekak aku dah mintak minuman sejuk, aku pun hilangkan diri sekejap dari padangan mata kasar rakan sekerja untuk ke kedai bawah ofis. Pandang kiri-kanan dan terus lesap.
Aku bukak fridge kedai, tengok air pun tak banyak pilihan. Aku nak cepat terus amik air botol Coca-Cola saiz kecik tu, dah bertahun jugak aku tak beli coca-cola, bukan kegemaran aku pun tapi hentam je la. Sekadar nak membasah kering di tekak.
Nak dijadikan kisah, aku minum sikit je air coca cola tu, tak sampai separuh pergi dia pastu bubuh dalam peti ais. Nanti lain kali tekak buat hal lagi minta air bukan-bukan aku teguk je Coca-cola tu.
Pastu kalau nak tahu sampai minggu ni air tu tak habis lagi, nampak sangat bukan kegemaran aku ye tak. Jadi aku pun berazam untuk habiskan hari ni jugak sebab esok aku dah cuti. Kalau simpan lama-lama makcik cleaner bising karang.
Lalu aku pun letak air coca-cola atas meja pastu melantak nasik. Pastu sorang-sorang kawan aku tegur.
Sedap tak? |
"Abang, air ni tak baguslah untuk you..."
"You jangan minum selalulah air ni..."
"Ini air tak bagus.."
Aku pulak yang jadi segan, terus aku sorok air coca-cola aku. Tapi sempatlah aku beri keterangan yang ni baru pertama kali minum selepas beberapa tahun, lepas ni takde minum lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku cakap camtu, walaupun betul...tapi sebenarnya sukati aku lah kan nak minum air apa.
Lepas dah habis makan, tiba-tiba rasa diri disayangi oleh masyarakat. Hati rapuh..macam kucing.
Terpaksa mengaku,dalam hal ni aku memang kerdil sangat, lemah dengan pujukan dan kata-kata orang.
Pasal apa.Kawan aku berpuluh tahun hisap rokok,tak cukup kat televisyen, radio, papan tanda, dinding,dalam buku,mukabuku, ustaz, doktor, saintis semua cakap rokok tak bagus untuk kesihatan, tapi steady je dia hisap sampai ke sudah.
Berkepul-kepul perginya.
15 comments:
hehehe.. jarang dah minum cola ni..
Jom join GA ni "Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com"
antara entry terkini 1. "Nak Promote Bisnes Rakan.."
2. "Nak tolong promote bisnes rakan blogger jap.."
maknanya..mereka yg lain tu kurang disayangi . . .
kita geng..along pn xbrapa suka coke.. tpai kalau da tkk ni mggtl sgt khausn..along minum juga..
yg merokok tu namanya bkn tak disayangi..diri sendiri pun dia tak sayang Fr..lupa kot yang badan dia tu pun bukan hak dia..
erkk....mmm...cola ....kurang minat :(
dah lama tak minum air bergas ni...
orang menegur nasihat bukan nak menyibuk.. ambil berat.. memang tak elok pon minum..hehe..tp sedapp..
Merokok membahayakan kesihatan. Coca-cola? Bahayakan kesihatan juga :)
mmg x bgs tu..ena pon dh lama x minum coke
ENA nak jemput JOIN dan SUPPORT my 1st giveaway http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html
tqsm;)
done follw #220
lain orang lain cara dia tunjukkan kasih sayang... hehehheheee... ;)
*tetiba dengar lagu Masih Ada Yang Sayang" ...gituueewwww... :p
sambil-sambil sudilah kiranya join GIVEAWAY ain juga.. InsyaAllah ada 2 hari lagi...!!
ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ.. Wang Tunai RM350 untuk dimenangi Jemput join tau.. tQ so much..!! :)
dh lama x minum coke... apa ni FR buat kak eny na minum jeee
conclusiioonnyaaa, kita kena sayang diri kita dulu sebelum merasa untuk disayangi. kbaii hahaha
scary la sidebar abg FR ni.
oh, abg FR mudah tersentuh macam ni ye. hehehehehe.
Post a Comment