Turun Berat Badan 20KG
NAK TAHU CARANYA?
Aku ada kenal
dengan sorang rakan sepejabat wanita ni, masa aku kenal tu badannya nak kata
kurus memanglah tidak, nak kata gemuk pun tidak, bolehla. Namun, orang-orang
yang mengenali dia sebelum aku mengenali dia, beritahu yang dia si rakan
sepejabat wanita ni dulu badannya jauh lebih besar, Cuma baru-baru ni je dah
surut. Baru-baru ni yang dimaksudkan dalam masa 2 bulan sahaja. Kalau menurut
yang dibualkan, banyak juga surutnya kira-kira 20KG. Pergh.
20 KG ni bagi aku
pun memang banyak, menyamai 2 kampit beras. Boleh anggap seperti hilangkan kapasiti
nasi yang dimakan oleh aku sepanjang 2 bulan lepas. Namun, sebagai seorang yang
dah memang kurus sejak lahir aku tak amik kisah sangat hal tu.
Sehinggalah rakan
sepejabat yang dah kurang 20KG ni bukak cerita. Biasalah kalau orang kaya
mesti akan petik cerita semasa susah, orang dah kurus sikit pun mesti nak jugak
petik cerita masa gemuk. Walaupun aku tak amik kisah tentang gemuk-kurus, tapi
bila orang dah cerita tentang kejayaannya kita hargailah dan berkongsi kepuasaan. Mungkin hal
gemuk-kurus ni penting untuk dia dan kita boleh dapatkan sedikit motivasi dan
semangat yang dia ada untuk mencapai sesuatu objektif.
Aku pun bertanyalah
tentang amalan dan tips sehingga dia boleh turun berat badan dengan agak drastik.
Sangkaan aku
mestilah dia daftar gym yang mahal-mahal tu, atau disebabkan berpuasa, atau
jogging 5 kali seminggu, tak makan nasi selama 2 bulan, diet Atkins, pergi
pejabat naik basikal, naik tangga setiap hari, atau beli treadmill, makan
julap, consume Herbalife dan sewaktu dengannya, sedut lemak?,mungkin jugak masuk kelas menari atau Zumba dan lain-lain
lagi yang aku pernah terbaca cara menurunkan berat badan.
Tapi, sangkaan aku
satu pun tak kena.
“Takdelah, kena
denggi. Masuk wad muntah-muntah, berak-berak, pastu kurus” – dia jawab.
11 comments:
hahahahahahahaha! terbaikkkk! tapi yg menanggung siksa tu.huaaaa x sanggup.
hahaha..kurang asam.beria lah membaca..
Cisss... baru nak amik nota2 penting
patot berdebar debar mse nampak tajuk ni,,, denggii ghupenye.....
belum cmpo denggi plus ciri birit >__<
kahkahhh
hahahahaha punyalah semangat baca, last2 sebab kena denggi. hahahampehaha
pergh..sampai 20kg.. ni yang nak pi sei sei cina cari julap ni..wakakaka
hahaha..lawokk..fr ni mmg boleh masuk maharajalawak..
Amboiii. Hahahahahahha !
kenapa sebut Herbalife je...? Shaklee tak sebut ehh... kecik hati Papaglamz dengan Nizam... kahh kahh kahhh... :p
untung la orang ke denggi tu... opppssss...
huhuhu..mcm 2 kampit beras...
kena dapat penyakit dulu lah baru nak kurus ye? hahaha
Post a Comment