Cendol /ˈtʃɛndɒl/ is a traditional dessert originating from Southeast Asia which is popular in Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei,Cambodia, Vietnam, Thai and and Burma.- Wikipedia
Cendol
Jengka, Raya Kedua, 2015. Masa duduk beraya di rumah sanak-saudara, pakcik dan makcik buka cerita tentang kemeriahan cendol yang mereka pernah terserempak. Sorang makcik kata dia cukup terliur dengan cendol di satu tempat ni. Lain-lain pun memetik cendol di tempat lain yang unik dan pelbagai.
Sorang makcik kata dia pernah jumpa cendol kerepek. Aku tak pernah plak jumpa cendol kerepek. Yang aku pernah rasa cendol kebiasaan je.
Sorang pakcik pulak dia cerita pernah jumpa Cendol Bakar. Aku tak pernah jumpa cendol bakar. Ikan Bakar selalu, kerang bakar selalu. Cendol Bakar? Tak pernah terfikir pulak.
Sedap ke tak sedap cendol bakar ni?
Si pakcik ceritakan lagi, masa ternampak papan tanda 'Cendol Bakar' di tepi jalan, isteri dia beriye nak makan cendol bakar tersebut, mungkin namanya sendiri begitu unik dan luarbiasa sudah cukup menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita yang mudah dipancing dengan gimik.
Sampai di kedai tersebut mereka pun order cendol bakar, tatkala melihatkan cendol yang sudah siap , si pakcik pun tanyalah kenapa nama cendol bakar walhal nampak macam cendol kebiasaan.
Jawapan yang diterima sangat sempoi.
"Sebab tuan punya kedai ni namanya Bakar, jadilah Cendol Bakar"
10 comments:
Saje je FR..time2 ni tayang cendol...
cendol bakar kuala selangor. tp xpnh pn singgah.
rupa-rupanya cendol bakar kuala selangor tu popular, baru tahu
Hahaha. Sedapnyaa cendol :)
alahai sedapnya. kena crila esok. dh megidam ni
dulu kan, jenuh pk cendol ni di bakar ke.hahaha
dulu selalu lalu jalan tu tiap nak balik kg. mula2 siap kedai tu mcm pelik gak nama dia cendol bakar, tp tak singgahlah sbb xde geng, sampailah fmly ade singgah sana dan disitulah jawapannya di mana keBAKARan berlaku haha
Sebab nama dia bakar jadi cendol bakar ..ermmmm camtu eaa
Ah..cendol bakar.pernah terkena jugak! trylah Cendol Borhan, pun sedap
Cendol songkok tinggi pun best.
Post a Comment