Pengalaman Ponteng Puasa


Pengalaman Ponteng Puasa



Sebenarnya aku ada satu cerita tentang pengalaman ponteng puasa yang aku belum pernah ceritakan kepada sesiapa secara lisan atau bertulis. Cerita ni dah macam rahsia antara aku dengan ayah aku. Macam kisah teladan pun iye.

Ni antara sebab aku tak suka sangat dedahkan identiti diri aku kat blog dan tak suka dedah blog kepada orang yang kenal aku secara dekat terutamanya famili,sebab akunak tulis benda jujur macam ni lah. Tapi bila usia dah meningkat, cerita begilah yang akan dikenang dan ketawa sendiri.

Kalau tak corrupt memory dalam kepala ni, aku dah start puasa penuh sejak sekolah rendah lagi. Darjah 1 darjah 2 dah tak merengek nak makan bagai. Tapi biasalah manusia tak terlepas dari tipu helah dan fatamorgana dunia.

Kejadian tu berlaku masa aku di tingkatan berapa ntah, mungkin tingkatan 1 atau 2 aku tak dapat nak sahihkan. Watak utama cerita ni adalah sebuah peti ais. Peti ais tu lokasi dia BETUL-BETUL di muka pintu bilik aku. Kiranya bilik aku sebelah dapur la.

Bila tengah haus, nampak pulak sekujur tubuh peti ais yang memberahikan..kau rasa apa yang terbayang dalam fikiran? Mestilah terbayang air sejuk yang ada di dalam peti ais itu ye tak, air tu mengalir pulak ke tekak yang kering gulp gulp,yang ini aku boleh sahihkan.Pasti.

Pandang kiri-kanan-kiri, suasana sunyi, aku pun perlahan-lahan bukak pintu peti ais. Bersih, cekap dan amanah..semua berjalan lancar tanpa sebarang bunyi. Aku amik air sejuk yang bubuh dalam botol air mineral kemudian aku layan seteguk dua. Langkah terakhir, tutup pintu peti ais tanpa bunyi, BERJAYA.macam professional.

Pepatah melayu dulu dah berpesan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Sebab apa buat jahat jangan sekali, sebab kalau dah buat sekali rasa nak buat lagi. Ini pun aku boleh sahihkan.

Keesokaan harinya aku ulang balik step yang sama.Pastikan tiada orang. Pandang kiri-kanan-kiri. Bukak pintu peti ais dengan bersih dan cekap,nampak air sejuk, angkat botol dan teguk. Tapi pepatah melayu ada berpesan lagi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Masa aku nak teguk tu, tiba-tiba ayah aku lalu. Sekilas pandang ayah aku nampak aku depan pintu peti ais yang terbuka sedikit, botol air mineral di tangan. Kantoi buta-buta. 

Walaupun hanya sekilas, tapi kekok dia rasa macam bahu nak jatuh ke lantai.

Telan air liur aku. Terus aku masuk bilik. Diam sekejap. Cuba menduga reaksi ayah aku. Dalam seminit dua aku tengok ayah aku tak respon pun, otak budak-budak aku cuba cari idea macam mana aku nak tutup lubang yang aku gali ni, takkan aku nak terkubur macam tu je.

Tiba-tiba ada mentol menyala atas kepala aku, TING!


Aku bentang kertas suratkhabar lama, amik kertas lukisan, amik cawan plastik, amik colour water, amik tempat bancuh dan amik berus lukisan. 

Kemudian aku bukak peti ais, aku amik air botol tadi tanpa rasa bersalah..aku tuang air ke dalam cawan plastik, aku bancuh warna dengan air tu,lepas tu aku pun mulakan aktiviti seni aku, apajadah yang aku lukis pun aku tak tahu, ala-ala lukisan abstrak gitu.

Aku pun buat-buatlah leka mewarna, konon amik air tu sebab nak buat kerja pendidikan seni lah. Steady betul aku time tu..gila steady macam haram. Walau jauh di sudut hati aku, aku tahu yang sebenarnya ayah aku tak terpedaya pun dengan perangai anak dia ni. Tapi dia tak cakap apa pun, tak ungkit langsung tentang babak kekok tu, mungkin dia beri peluang untuk aku bermuhasabah diri.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

14 comments:

PCL said...

bapak selalunya sporting bab anak2 tapi dalam sporting tetap ada ketegasan bila perlu... Fr mungkin boleh belajar mendidik 'cara halus' umpama menarik rambut dalam tepung.. biar muka bengis tapi hati baik. Ada sebab bapa2 buat serius muka dengan anak2...antaranya tak mahu anak 'pijak kepala' .

p/s : apa guna pukul sampai lebam, tinggalkan parut sana sini, bila besar dah dewasa, dah ada anak ...lepas geram kepada anak dia pulak. Sejarah hitam berulang dan sudah menjadi trend kes dera dlm keluarga/rumahtangga sekarang. (kurang atau berlebih kasih sayang)

khatyaiman said...

pandainya FR cover..

Unknown said...

fuhhh...!! mendalam dan padat dengan isi-isi penting komen PCL ni..
patut di print screen dan di share dengan orang ramai..... :)

Unknown said...

hahahahhaaa.. hahahahahahaa...
konon-konon buat lukisan.. apa ke hal kena guna air sejuk dalam peti ais plak.. air paip kan ada... :p

apapun tahniah atas perkongsian ini..
bukan semua orang sudi nak cerita hal-hal kantoi comel macam ni.... :)

Suria Amanda said...

hahahahaha...memang x leh belah tul bab terus kuar idea...macam x relevant sebab kenapa air dalam peti ais..kenapa x terus amik kat sinki kan...hahahahaha....

MaisarahSidi said...

hahaha..pernah juga buat ala2 macam ni..dah beso ni takdelah nak buat macam tu..kihkihkih

cahaya hayati said...

haha pernah gak buat.. sekarang tengok anak-anak pula. :D

Inani Hazwani said...

Cehhhh. Buat lukisan ye FR. Hahahah :P Nakal ye ponteng puasa

aboya said...

wahhh komen macam entry sudaa... insof

arzmoha said...

kalau bapa lain mungkin FR dah kena ikat kat pokok.

part best bahu nak jatuh ke lantai

Fnd Rocka said...

itu lah..memang down gila rasa bila kantoi. bila tak kantoi bukan main up.ha ha

Fnd Rocka said...

kalau bancuh pakai air sejuk, barulah sejuk mata memandang lukisan tu.

MasturaDin said...

hahaha....baik punya cover r fr..
*ayah adalah seorang yg boleh simpan rasia anak-anak.. hehe

Azirahman said...

hmmm bahu nak jatuh ke lantai yerr....adehhhh....