Awek KL
1. Buku Aweks KL ni sebenarnya dah keluar sejak 2008 lagi. Pasarannya tak meluas pun, setahun jugak aku mencari. Alhamdulilah kesempatan ke UYA (Urban Youth Association) dulu dapat jugak aku memiliki Aweks KL. Jadi, kalau korang dah beli buku ni, raya nanti kalau makcik-makcik tanya dah ada awek ke belum.. korang berpeluang untuk jawab.."Ada dah..Awek KL,ada kat dalam bilik tu”
2. Muka depan Aweks KL agak menarik. Ada tulis ‘himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota’ yang selanjutnya mengambarkan buku ini mengandungi hal-hal dan rencah duniawi keperempuanan. Aku beli buku ni bukan sebab aku perempuan, tapi sebab aku nak menikmati seni keperempuanan itu sendiri.Seronok sebenarnya nak memahami jiwa perempuan, bukan asik nak memahami betis perempuan saja yang seronok.
3. Buku ini menggabungkan cerita pendek dan puisi. Penulis pula terdiri dari yang berjantina lelaki dan perempuan, yang mana masing-masing mempunyai gaya dan teknik penulisan yang tersendiri. Aku secara jujurnya memang tak gemar baca buku atau novel melayu sangat, tapi aku suka untuk mencuba baca buku yang menggunakan bahasa melayu yang jenis sastera ‘angkatan baru’ seperti ini. Sesuai lah dengan jiwa eksperemantalis.
4. Ada beberapa karya dalam buku ni yang asalnya in English tapi dialih bahasa ke bahasa melayu. Mungkin pada masa tu sukar nak mencari penulis bahasa melayu, tak macam sekarang kita ada penerbit yang aktif seperti Dubook Press dan Lejen Press. Ada buku-buku alih bahasa yang hasilnya bagus aku rasa, tapi yang dalam buku ni terus-terang aku tak suka, jadi tak sedap macam karipap berbuka dimakan masa sahur.
5. Kat muka depan ada tulis 27sx, kalau ikutkan aku tak cukup umur lagi nak baca ni. Tapi jangan peduli, sebenarnya takde pun cerita erotis yang boleh membatalkan puasa. Setakat elemen seksualiti sikit-sikit tu, drama Nora Elena pun ada.
7 comments:
Part cerita pendek pun best :)
arghhh...apasal entri ni KG rasa ada unsur lucah? bukan sebab buku tu erk...
macam best je kan buku ni..ada sorang penulis novel ni yang saya suka sangat baca novel dia. Nisah Haron. Novel Ilmiah..
x bace lagi !
eheemmm... promote Lejen Press dgn Dubook Press nampaaakkkk... :)
bab "karipap berbuka di makan masa sahur" tu sangat metafora bunyinya..
sampai rasa nak jeling-jeling kat karipap bazar Ramadhan jap lagi...
Belum cukup umur? Hmm tak eksperemantalis betul
Aik belum cukup umur? Hahaha
Muda lg rupanya admin nie yer.. Hahaha..
Bpe umur admin nie?
Post a Comment