Buat apa pun, asalkan ada duit, orang kebanyakkan akan reserve some soft spot / sudut empuk.
"Takpelah, dia ada duit banyak, kau ada apa"
"Biar lah, sibuk-sibuk buat apa, dia duit banyak"
"Dia nak jahat ke, nak berlagak ke, asalkan duit dia banyak, ada dia kisah"
Cuba kalau orang tu tak berkuasakan-duit, semuanya nampak salah serba tak kena.
Moral kompas pun boleh keliru mana utara-selatan dengan adanya magnet duit.
Manakan tidak, kita sendiri meletakkan harta sebagai tanda aras kejayaan dan kebahagiaan. Menjadi-jadi mengidolakan jutawan.
"Dia berjaya dah..ada kereta 5 biji, rumah besar"
Apa kurang berjaya ke seorang jururawat yang hanya punyai sebuah kereta dan 20 tahun perkhidmatan? Atau seorang cikgu? Atau pembikin filem (walaupun filem tak laku sangat). Mereka juga VVIP.
Realitinya yang kita raikan ilmu tertimggi di dunia adalah ilmu menjana duit.
2 comments:
Betul.
Kan..
La ni duit dah jadi penanda aras kejayaan.
Yg kurang duit atau kelihatan kurang mewah tu dianggap gagal dalam hidup.
Dapat dilihat perbezaan cara manusia approach kita.
Lain cara pakaian kita, layan cara layanan mereka. :(
Post a Comment