Bangsa Beradab Bangsa Beratur

Sebenarnya kat Malaysia ni kita mempunyai ramai hero masyarakat dalam pelbagai bidang. Dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besar hal.

Tapi hero-hero ni sering kita abaikan, sebaliknya kita viralkan benda-benda yang merosakkan masyarakat.

Antara hero yang aku pernah kongsikan kat blog ni adalah hero bagi laluan pekerja kat kaunter berbuka puasa. Klik sini untuk baca.

Kali ni aku ada satu lagi kisah hero masyarakat yang ada baiknya jugak kalau di kongsi dan dijadikan teladan.

Beratur

Hero kali ni mengajar kita tentang beratur. Beratur nampak seperti sesuatu yang mudah, tetapi sebenarnya sangat signifikan. Beratur simbolik kepada sikap hormat-menghormati dan kesabaran, selain menguji manusia dalam meletakkan kepentingan diri dan timbang-rasa di mana.

Sila baca di bawah ye, aku screenshot je.

Beratur


Moga dapat dijadikan teladan dan mengejutkan genetik hero dalam diri kita. Amin...dari saya yang masih belajar.




Kepada yang nak sangat tukar PM, ni ada berita baik.

Malam ni PM pulak akan bertukar. Kena tunggu lepas pukul 23:59pm, kemudian PM bertukar jadi AM.

Hmm..Itu je lah mampu.

Sebenarnya aku sedikit tidak suka
pada frasa 'kita hanya -merancang tuhan yang menentukan'
kerana kawan-kawan dia..
-usaha
-istiqamah
-redha
-revise
mereka hidup menganggur tiada pekerjaan.

Kadang aku pun -putus asa,
dengan kudrat yang ada,
putus asa selalu jadi sangat favourable,
tapi -menentukan, -menghukum.
tiada jawatan kosong.
kerana tuhan masih ada,
harap maklum.

Rumah Terbuka

Selepas pulang beraya , tentu bajet untuk meneruskan hidup dah koyak kan?

Jangan risau, rumah terbuka kan tengah musim sekarang!

Kalau bulan puasa ramai ajak berbuka, sekarang ramai yang ajak rumah terbuka.

Sebagai bukan pakar ekonomi, CGPA pun rendah paras pinggang, aku ada beberapa cadangan yang mungkin sesuai untuk korang untuk mendapat peluang makan percuma di rumah terbuka.

1. Kucing Hilang


Cari rumah yang korang suspek ada buat rumah terbuka di kejiranan anda, antara tandanya seperti banyak kereta parking depan rumah, atau tanda besarnya bau ayam golek menusuk kalbu.

Caranya; anda buat muka dan kelagat sedang kerisauan dan buat-buat macam orang yang kehilangan kucing. Melilau lah sekitar pagar atau lingkang rumah dia sambil panggil nama kucing halimunan anda "Kelabuuuu...ooo kelabu..."

"Abang ada nampak tak kucing saya masuk dalam atau lalu-lalu kat sini?" tanya kat tuan rumah. Sebagai rakyat Malaysia yang beradab sopan, mesti dia akan jemput anda, tak kira lah jemput-jemput ayam ke tidak.

Tapi kalau muka macam orang pecah rumah kemungkinan besar teknik ni akan gagal.

2. Update status di laman Sosial/komen gambar raya rakan-rakan


Antara status yang boleh pancing jemputan ke rumah terbuka seperti memberitahu lokasi anda. Sebagai penganjur rumah terbuka,pasti mereka suka orang datang rumah dia beramai-ramai, jadi kemungkinan penganjur rumah terbuka akan drop komen menjemput ada adalah besar.

Atau boleh komen gambar raya rakan-rakan anda, contohnya "Lawanya rumah kau siti, pandai kau hias", " Berapa banyak kuih raya tahun ni" atau "Raya mana tahun ni?"

3. Elakkan mengkritik makanan orang macam profesional.


Elak maki dan komen masakan atau makanan mengalahkan Chef Wan. Kalau sedap alhamdulilah, kalau tak sedap bersabar je lah.

Sebab ada sesetengah orang baru suap sesudu dah komen atau mintak komen, aku tak boleh blah lah, orang nak beraya bukan nak buat food review kat hotel.




Itu je lah kut yang aku boleh kongsikan, kalau korang rasa nak cari kucing kat rumah aku sila beritahu awal-awal, takut aku takde kat rumah.

Selamat Datang Old Town White Coffee


Selamat Datang Old Town White Coffee

Aku tengah lepak kat Old Town White Coffee area Cheras, dekat-dekat Taman Tasik Permaisuri, berhampiran Viva Mall, kat depan aku Gerrad tengah makan nasi lemak.

Sampai je kat situ aku terus tanya apa password wifi.

Staff aku suspek bukan warganegara cakap dengan slang bukan warganegara "Selamat Datang".

" Sini wifi okey. Boleh guna?" aku tanya lagi. Sebelum aku order aku kena pastikan wifi itu wujud dan berfungsi, banyak kali aku pergi kedai makan sebab kedai makan tu konon ada wifi, tapi bila dah order dia kata wifi problem.

"Okey..boleh guna" bukan warganegara jawab.

"Apa password?" 

"Selamat Datang"

Aku pun taip selamatdatang, rupa-rupanya password dia memang selamatdatang.
Cendol /ˈɛndɒl/ is a traditional dessert originating from Southeast Asia which is popular in Indonesia, Malaysia, SingaporeBrunei,CambodiaVietnamThai and and Burma.- Wikipedia


Cendol 



Jengka, Raya Kedua, 2015. Masa duduk beraya di rumah sanak-saudara, pakcik dan makcik buka cerita tentang kemeriahan cendol yang mereka pernah terserempak. Sorang makcik kata dia cukup terliur dengan cendol di satu tempat ni. Lain-lain pun memetik cendol di tempat lain yang unik dan pelbagai.

Sorang makcik kata dia pernah jumpa cendol kerepek. Aku tak pernah plak jumpa cendol kerepek. Yang aku pernah rasa cendol kebiasaan je.

Sorang pakcik pulak dia cerita pernah jumpa Cendol Bakar. Aku tak pernah jumpa cendol bakar. Ikan Bakar selalu, kerang bakar selalu. Cendol Bakar? Tak pernah terfikir pulak.

Sedap ke tak sedap cendol bakar ni?

Si pakcik ceritakan lagi, masa ternampak papan tanda 'Cendol Bakar' di tepi jalan, isteri dia beriye nak makan cendol bakar tersebut, mungkin namanya sendiri begitu unik dan luarbiasa sudah cukup menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita yang mudah dipancing dengan gimik.

Sampai di kedai tersebut mereka pun order cendol bakar, tatkala melihatkan cendol yang sudah siap , si pakcik pun tanyalah kenapa nama cendol bakar walhal nampak macam cendol kebiasaan.

Jawapan yang diterima sangat sempoi.

"Sebab tuan punya kedai ni namanya Bakar, jadilah Cendol Bakar"

Cameron Highlands, raya pertama

Tahun ni nampaknya aku beraya di kawasan tanah tinggi. Bukan main lagi. Walaupun tak merujuk kepada surat akujanji suami-isteri, tapi aku beraya di Cameron Highlands ni untuk melawat famili belah perempuan kegemaran aku, bertepatan lah dengan roh aidilfitri, ziarah-menziarahi dan merapatkan sillaturahim.

Tanah tinggi ke tanah rendah takde bezanya selain darjah celcius, mungkin kalau boleh dikira, 17 July boleh pecahkan rekod Malaysia hari paling banyak foto diambil. Padahal, Amerika cakap Neil Armstrong naik ke bulan dia tangkap 3-4 foto je. Perempuan masuk toilet shopping mall saja dah 30-40 keping selfie.

Hal ambil foto pun bukan hal main-main, tambahan pula bila orang dah pakai berseri-seri,  expectation dah setinggi Cameron Highland, jadi kalau gambar tak memuaskan hati, mesti tunding kamera tak berkualiti, atau tangan kita kurang seni fotografi.

Jadi, untuk dapatkan foto yang terbaik, biasanya kita akan snap seberapa banyak yang mungkin, akhirnya pilih satu atau dua foto yang paling komersil untuk di-edit dengan tulisan 'Salam Aidilfitri dari saya dan famili', kemudian berebut-rebut publish ke facebook dan instagram. Barulah trendy.

Aku sebenarnya tak sempat nak buat gitu. Sengaja buat-buat busy di hari raya pertama.

Apapun. Saya selaku pemilik blog, mengucapkan salam raya aidilfitri. Mohon maaf dan ampun ye. Halalkan mana yg terlebih kurang dlm bentuk lisan, tulisan atau fotografi.

Bila nak kahwin?



Bila nak berlaku perkara yang berisiko tinggi..orang akan cakap "Fuhh..nasib baik, aku belum kahwin lagi". 

Sebagai contoh ofismate aku pernah bawak kawan dia turun dari Cameron Highland dengan kelajuan pelesit, kawan dia dengan kelajuan pelesit juga berkata " Janganlah laju-laju, aku taknak mati lagi, belum kahwin lagi ni".

Aku cukup ek eleh bila dengar orang cakap camtu, sebab dari konteks tersebut, umpama orang dah kahwin takpe kalau mati.

Study case. Bila seorang perompak letak pisau kat leher sorang lelaki/perempuan bujang, aku boleh bayangkan si bujang akan merayu "jangan apa-apakan saya bang, saya belum kahwin.."

Agaknya ada tak yang akan kata "Jangan apa-apakan saya, saya belum beli kereta impian saya lagi"

Atau..

"Jangan apa-apakan saya, saya belum pergi haji lagi"

Dari situ, aku boleh letakkan 'kahwin' sebagai milestones nombor satu dalam menilai kejayaan dari kaca mata masyarakat. Benda yang perlu dicapai sebelum arwah.

Nasihat aku, jangan terlalu  menuruti skema penilaian. Kerana selepas nombor 1, ada angka yang takkan berhenti. Infiniti.
depan pudu sentral
Depan Pudu Sentral


hi stranger,
dalam kosa kata melayu, hai orang asing!

buku apa kegemaran kau?atau kau tidak membaca?
filem apa yang kau suka?
makan?minum?
haa..aku tahu, kau mesti penyokong pasukan Liverpool bukan?
Aku tahu kerana penyokong Liverpool budinya baik-baik begini.

ah kenapa sudah tawar rasa ini,
tidak lagi semanis dulu nikmat mengenal saudara-saudari,
sabar dan debar,
berfantasi engkau bagaimana, itu ini,
mencabar,
seronoknya berkhabaran dan bersalaman,
berani meniti atas perkenalan misterius,
mat salleh kata ada kupu-kupu di perut,
ada masanya amik masa bertahun untuk mula,
ada masanya sebentar sahaja, itupun bergantung pada kimia,
kenal dengan mata kau sendiri,
perangai cincai aku,
jenaka kena tidak kena aku,
kalau tidak suka, tidak sukalah,
kalau suka, sukalah.
Untung-untung sampai tua bangka.

itu suatu ketika dulu,
ketika 30 minit untuk download satu lagu,
sekarang sudah canggih.com my/hai
hanya sambungkan wifi,
kita boleh berkenalan tanpa bersoalan lagi,
cukup sekadar menjenguk,
status-status muka buku,
melihat di carian google,
menikmati foto indah dan duka lara,
di ruangan instagram,
di situ ada kamu, sahabat terbaikmu, keluargamu,
hanya 10 minit, mungkin 30 minit,
kemudian kita berselfie dengan senyuman.
seakan kita sudah kenal 30 tahun dulu!

hi stranger,
dalam kosa kata melayu, hai orang asing.
walau kita sudah tahu semua,
kita masih kekal terasing.

FR, July 2015.

3 Foto Yang Wajib Ada Di Telefon Bimbit Anda Bila Pulang Beraya


Hai. Di kesempatan ini aku nak kongsikan 3 Foto yang wajib ada dalam telefon bimbit pintar anda semua sebelum pulang ke kampung berhari-raya. Foto-foto ni sebenarnya lebih penting daripada foto dan video panas Low Yatt.

Foto yang aku nak tunjukkan ni hanya relevan sekiranya destinasi raya anda tu lebih dari 1 marhala lah sekurang-kurangnya, kalau setakat beraya 2-3 ela, lupakan je lah..malas aku nak layan.

*

Talian Kecemasan Lebuhraya-lebuhraya utama di Malaysia

Talian Kecemasan Lebuhraya-lebuhraya utama di Malaysia


Lain-lain bantuan kecemasan seperti Polis, Bomba, JPJ dan lain-lain.

bantuan kecemasan seperti Polis, Bomba atau JPJ.


Auto Assist Call Centre 24 hours untuk bantuan kerosakan dan kemalangan

bantuan kerosakan dan kemalangan

Tak lupa juga, kepada ingin melihat keadaan trafik di seluruh semenanjung boleh merujuk cctv yg terdapat di sepanjang lebuhraya..perkhidmatan ni anda boleh dapatkan di http://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras-140725J-8080

Okay boleh simpan terus foto-foto di atas, kalau nak kongsi dengan kawan-kawan lagi sempoi habaq ang. Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada abang-abang yang bertugas di lebuhraya semasa musim perayaan demi memastikan kelancaran dan keselamatan rakyat Malaysia, sesungguhnya anda orang yang berjasa. 

Selamat berhari raya, berhati-hati di jalan raya!


Prinadlezhashchikh Mubarakj !
Prinadlezhashchikh Mubarakj !
Prinadlezhashchikh Mubarakj !

Mesti korang ingat aku mencarut di bulan puasa ni kan. Sebenarnya tak, sebenarnya tu adalah ucapan selamat hari raya dalam bahasa Rusia. Kalau korang ada kawan kat Rusia boleh lah cakap gaya gitu, atau kalau kawan-kawan ucap selamat hari raya kat korang, korang boleh balas dengan bahasa-bahasa lain. 

Barulah Internasional.

Di bawah adalah senarai Ucapan Selamat Hari Raya dalam pelbagai Bahasa



Indonesia : Selamat Lebaran, Selamat Idul Fitri
Banjar : Salamat Bahari raya
Jawa : Sugeng Riyadin
Padang : Selamet Idul Fitri
Sunda : Wilujeng boboran siyam
Afghanistan : Kochnay Akhtar
Arab : Aid Mubarok
Bangladesh : Rojar Eid
Belanda : Eigendom Mubarak
Bosnia : Ramazanski Bajram
Bulgaria : Pritezhavani Mubarak
Chech : Vlastnictvi Mubarak
Cina : Guoyou Mubalake
Denmark : Ejet Mubarak
Finladia : Omistama Mubarakiin
Inggris : Happy Eid El Fitr
Israel : Bebe’lanat Mawba’rak
Itali : Proprieta Mubarak
Jepang : Chuuko Mubaraku
Jerman : Besitz Mubarak
Korea : Junggo mubarakeu
Kroasia : Vlasnistvu Mubarak
Kurdishtan : Cejna Remezanê
Malaysia : Salam Aidilfitri
Mesir : Ed Karim atau Eid Sahid
Nigeria : Sallah
Perancis : Fete de l’aid
Persia Iran : Eid-e-Sayed Fitr
Polandia : Wlasnosia Mubarak
Portugis : Mubarak propriedade
Rumania : Mubarak aflate in proprietatea
Rusia : Prinadlezhashchikh Mubarakj
Senegal : Korite
Spanyol : Mubarak, de propiedad
Swedia : Agda Mubarak
Turki : Ramazan Bayrami
Urdu India : Choti Eid
Yunani : Aneekoeen Moeemparak





sumber: wikimu.com



Pantai Cenang, Langkawi.


Pantai Cenang, Langkawi.

di persisiran pantai cenang,
ku pandang ke langit,
luasnya mengilhami,
terasa kecil seperti sebutir pasir,
sering dipijak, dibolak-balik,
oleh mereka yang berlari,
bermain mundar-mandir,
kerana diri ini kecil,
masih pandang ke langit,
mencari erti.

-FR 25 Oktober 2014


Mencari Baju Melayu 

mencari baju melayu

Masa bulan puasa beberapa tahun dahulu, aku pergi berjalan-jalan mencari baju melayu di pusat beli-belah. Masa tu aku cerewet jugak nak cari baju melayu, taknak yang bagai-bagai sangat dan taknak yang biasa sangat, nak mencari baju melayu yang mencapai titik equilibrium tu bukan perkara mudah rupanya.

Bila dari floor ke floor tak jumpa baju melayu, aku terjumpa pulak pusat karaoke. Memang takde kena-mengena baju melayu dengan pusat karaoke, tapi memang macam tu lah permainan takdir.

Aku baca betul-betul pakej yang ditawarkan. Macam biasalah, nyanyi 3 jam beserta makan dan minum. Bilik besar, speaker terbaik..aku tahu sebab aku dah pernah pergi.

Memandangkan aku tengah puasa, aku pun tanyalah kalau tak makan dengan minum ada dapat murah tak. Katanya takde, sekali dengan pakej.

Hmm. Aku pun berkira-kira jugaklah dibuatnya, rugilah aku kalau macam tu kan. Bila dia tengok aku dah mula berkira, dia pun offer "but you can exchange with tidbits and snack".

Balik tu aku tengok cermin, mungkin ada sikit chinese looks. 


Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dansongkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.-Wikipedia
Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 



Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)


Tentang Hormat dan Timbang-rasa




note: Terima-kasih kepada Encik Raven Murugesan kerana memberi nyawa kepada rasa hormat dan timbang rasa. Malaysia ini kecil aja, kalau kita gaduh siapa nak jaga ye tak.


Hormat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua- 
1 perbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang
2 menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang
3 sopan; santun; takzim:


Timbang Rasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

perasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dll), simpati: bantuan yg menandakan ~ terhadap orang-orang yg menderita; bertimbang rasa menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.

Pengalaman Ponteng Puasa



Sebenarnya aku ada satu cerita tentang pengalaman ponteng puasa yang aku belum pernah ceritakan kepada sesiapa secara lisan atau bertulis. Cerita ni dah macam rahsia antara aku dengan ayah aku. Macam kisah teladan pun iye.

Ni antara sebab aku tak suka sangat dedahkan identiti diri aku kat blog dan tak suka dedah blog kepada orang yang kenal aku secara dekat terutamanya famili,sebab akunak tulis benda jujur macam ni lah. Tapi bila usia dah meningkat, cerita begilah yang akan dikenang dan ketawa sendiri.

Kalau tak corrupt memory dalam kepala ni, aku dah start puasa penuh sejak sekolah rendah lagi. Darjah 1 darjah 2 dah tak merengek nak makan bagai. Tapi biasalah manusia tak terlepas dari tipu helah dan fatamorgana dunia.

Kejadian tu berlaku masa aku di tingkatan berapa ntah, mungkin tingkatan 1 atau 2 aku tak dapat nak sahihkan. Watak utama cerita ni adalah sebuah peti ais. Peti ais tu lokasi dia BETUL-BETUL di muka pintu bilik aku. Kiranya bilik aku sebelah dapur la.

Bila tengah haus, nampak pulak sekujur tubuh peti ais yang memberahikan..kau rasa apa yang terbayang dalam fikiran? Mestilah terbayang air sejuk yang ada di dalam peti ais itu ye tak, air tu mengalir pulak ke tekak yang kering gulp gulp,yang ini aku boleh sahihkan.Pasti.

Pandang kiri-kanan-kiri, suasana sunyi, aku pun perlahan-lahan bukak pintu peti ais. Bersih, cekap dan amanah..semua berjalan lancar tanpa sebarang bunyi. Aku amik air sejuk yang bubuh dalam botol air mineral kemudian aku layan seteguk dua. Langkah terakhir, tutup pintu peti ais tanpa bunyi, BERJAYA.macam professional.

Pepatah melayu dulu dah berpesan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Sebab apa buat jahat jangan sekali, sebab kalau dah buat sekali rasa nak buat lagi. Ini pun aku boleh sahihkan.

Keesokaan harinya aku ulang balik step yang sama.Pastikan tiada orang. Pandang kiri-kanan-kiri. Bukak pintu peti ais dengan bersih dan cekap,nampak air sejuk, angkat botol dan teguk. Tapi pepatah melayu ada berpesan lagi, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Masa aku nak teguk tu, tiba-tiba ayah aku lalu. Sekilas pandang ayah aku nampak aku depan pintu peti ais yang terbuka sedikit, botol air mineral di tangan. Kantoi buta-buta. 

Walaupun hanya sekilas, tapi kekok dia rasa macam bahu nak jatuh ke lantai.

Telan air liur aku. Terus aku masuk bilik. Diam sekejap. Cuba menduga reaksi ayah aku. Dalam seminit dua aku tengok ayah aku tak respon pun, otak budak-budak aku cuba cari idea macam mana aku nak tutup lubang yang aku gali ni, takkan aku nak terkubur macam tu je.

Tiba-tiba ada mentol menyala atas kepala aku, TING!


Aku bentang kertas suratkhabar lama, amik kertas lukisan, amik cawan plastik, amik colour water, amik tempat bancuh dan amik berus lukisan. 

Kemudian aku bukak peti ais, aku amik air botol tadi tanpa rasa bersalah..aku tuang air ke dalam cawan plastik, aku bancuh warna dengan air tu,lepas tu aku pun mulakan aktiviti seni aku, apajadah yang aku lukis pun aku tak tahu, ala-ala lukisan abstrak gitu.

Aku pun buat-buatlah leka mewarna, konon amik air tu sebab nak buat kerja pendidikan seni lah. Steady betul aku time tu..gila steady macam haram. Walau jauh di sudut hati aku, aku tahu yang sebenarnya ayah aku tak terpedaya pun dengan perangai anak dia ni. Tapi dia tak cakap apa pun, tak ungkit langsung tentang babak kekok tu, mungkin dia beri peluang untuk aku bermuhasabah diri.

Prank Paling Dasyat 

Sejak aku kecik memang selalu tonton program TV yang mengenakan orang, kalau kat Malaysia ada Kamera Apo? dan kemudian Bang Bang Boom. Tak cukup dengan televisyen, kat radio pun ada panggilan hangit. Begitu banyak rancangan yang sewaktu dengannya, cuma nama dan channel saja yang berbeza-beza.

Seronok kan kenakan orang? Lepas tu kita tengok kekek-kekek kan orang yang terkena. Kiranya ni salah satu cabang hiburan dan gurauan lah kut, asalkan tak keterlaluan aku sempoi je.

TAPI


Hari ni aku baca satu tajuk "Paris Hilton plans 'to sue Egyptian TV show over controversial plane crash prank that left the screaming star fearing for her life". Ini kes terbaru, aku rasa memang tak agak-agak lah perkena orang lagu tu. 

prank paling dasyat


Memetik dari sebuah laman web yang aku tak rajin nak terjemah:

once the plane she boarded was in the air, hired actors convinced her its engine was malfunctioning and that she and her fellow passengers were doomed to plummet to the ground.

The show creates concerning smells, sounds mock-alarms and maneuvers a huge nosedive to convince Paris that there’s no saving the aircraft. “What the f—!” she screams through tears as a pair of actors jump out of the vessel with parachutes to spare themselves from the fake-danger.

After it was revealed she’d been duped, Hilton appeared to take the stunt in stride  However, TMZ has reported that she’s not taking too kindly to the stunt any longer, and is suing the producers of the show for causing emotional distress and making it more difficult to fly for business.

“Scariest moment of my life. I believed the plane was going to crash & we were all going to die,” she tweeted


Gila EKSTRIM program depa, aku kalau orang main-main berita kapal terbang terhempas pun aku dah SAKIT HATI, ni bayangkan kita ada kat dalam kapal terbang tersebut dia boleh main-main kapal terbang terhempas? 

(Geleng-geleng kepala)

Secara peribadi, Prank paling dasyat yang pernah orang kenakan aku...

Masa duduk asrama dulu, rakan sebilik aku pernah sorok aku punya handphone, aku punyalah cari sampai ketiak basah, dah penat aku cari..aku pun mengalah..dalam kepala masih kusut.

Tak lama lepas tu, kawan aku selamba kodok hulur handphone kat aku pastu kehkeh. Nasib dia baik sebab masa tu aku belum jalani latihan ninja, kalau tidak mungkin dah tersangkut dia kat tiang lampu.



Rujukan: 
http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-3144598/Paris-Hilton-plans-sue-Egyptian-TV-plane-crash-prank.html
http://popcrush.com/paris-hilton-plane-crash-stunt-sue/?trackback=tsmclip

TIPS Mengambil Hati Bakal Mak Mertua

TIPS Mengambil Hati Bakal Mak Mertua


Awek KL

buku awek Kl
1. Buku Aweks KL ni sebenarnya dah keluar sejak 2008 lagi. Pasarannya tak meluas pun, setahun jugak aku mencari. Alhamdulilah kesempatan ke UYA (Urban Youth Association) dulu dapat jugak aku memiliki Aweks KL. Jadi, kalau korang dah beli buku ni,  raya nanti kalau makcik-makcik tanya dah ada awek ke belum.. korang berpeluang untuk jawab.."Ada dah..Awek KL,ada kat dalam bilik tu” 


2. Muka depan Aweks KL agak menarik. Ada tulis ‘himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota’ yang selanjutnya mengambarkan buku ini mengandungi hal-hal dan rencah duniawi keperempuanan. Aku beli buku ni bukan sebab aku perempuan, tapi sebab aku nak menikmati seni keperempuanan itu sendiri.Seronok sebenarnya nak memahami jiwa perempuan, bukan asik nak memahami betis perempuan saja yang seronok. 

3. Buku ini menggabungkan cerita pendek dan puisi. Penulis pula terdiri dari yang berjantina lelaki dan perempuan, yang mana masing-masing mempunyai gaya dan teknik penulisan yang tersendiri. Aku secara jujurnya memang tak gemar baca buku atau novel melayu sangat, tapi aku suka untuk mencuba baca buku yang menggunakan bahasa melayu yang jenis sastera ‘angkatan baru’ seperti ini. Sesuai lah dengan jiwa eksperemantalis.

4. Ada beberapa karya dalam buku ni yang asalnya in English tapi dialih bahasa ke bahasa melayu. Mungkin pada masa tu sukar nak mencari penulis bahasa melayu, tak macam sekarang kita ada penerbit yang aktif seperti Dubook Press dan Lejen Press. Ada buku-buku alih bahasa yang hasilnya bagus aku rasa, tapi yang dalam buku ni terus-terang aku tak suka, jadi tak sedap macam karipap berbuka dimakan masa sahur. 

 5. Kat muka depan ada tulis 27sx, kalau ikutkan aku tak cukup umur lagi nak baca ni. Tapi jangan peduli, sebenarnya takde pun cerita erotis yang boleh membatalkan puasa. Setakat elemen seksualiti sikit-sikit tu, drama Nora Elena pun ada.


Bila ditanya apa difinisi kecomelan, setiap orang akan bagi jawapan yang pelbagai dari sudut berbeza-beza mengikut citarasa dan perspektif tertentu. Sebelum ni aku pun pernah ditanya, jawapan kebiasaanya akan terus menjurus kepada ciri-ciri fizikal, kemudian kepada ciri-ciri kelakuan, contohnya: gigi,lesung pipit, konfiden tapi pemalu atau entahlah...comel ni susah nak di terjemah atau di google-translate-kan kepada mana-mana bahasa manusia.

Namun, baru-baru ni aku macam dapat pencerahan bila nampak seorang perempuan tengah sibuk mengemas. Bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku ni ada soft spot dalam hati yang terdalam untuk wanita yang suka mengemas. Aku rasa macam alahai comelnya wanita yang tengah mengemas. Asik-asik kemas, lepas kemas dia kemas lagi, lepas tu mengemas, kemudian kemas lagi, lepas kemas lagi..kemas lagi..lagi lagi kemas....kemas..kemass..kemas...comelnya lahai..

Dipendekkan cerita, bagi aku wanita yang mengemas adalah comel, tak semestinya yang suka mengemas diri saja..mungkin dia kemas rumah, mungkin kemas meja kerja, mungkin kemas-kini blog, mungkin kemas kereta. Mungkin dah takdir penentu segalanya yang menetapkan aku yang rajin bersepahan ni untuk mempunyai rasa kecomelan pada kekemasan. Kontra yang manis, bukan? Diabetes sangat.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home