Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan?

Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan? 

Menurut Kevin Zahri (Cikgu Fitness MALAYSIA) , boleh bersenam di bulan Ramadhan tapi bergantung pada jenis senamannya jugak. Senaman terbaik adalah yang fokus pada pembakaran lemak, lakukanlah senaman kardiovaskular jenis yang relaks atau sederhana seperti berenang, bermain ping pong ataupun mana-mana aktiviti lain yang tidak menyebabkan bebanan teruk pada tubuh. 

Nak lebih santai dan menghiburkan boleh berjalan laju atau jogging secara kecil-kecilan.  Atau tawaf bazaar Ramadhan pun sempoi jugak.

Waktu bersenam

Yang paling sesuai adalah dalam 30-45 minit sebelum berbuka, lebih kurang pukul 6 petang lah senang kira. Sebabnya nanti dah masuk waktu berbuka boleh makan dan kembalikan tenaga tu ye tak. Kalau bersenam pukul 12 tengahari tak ke pukul 2 kau dah terbayang ayam KFC, tak pasal-pasal delivery KFC sampai awal pulak sebelum masanya 

Lagipun petang-petang takdelah panas terik , kang kalau pengsan jangan salahkan abang tak payung. 

Yang Perlu Dielakkan


Seboleh-bolehnya elakkan buat senaman bebanan secara keterlaluan. Kalau nak buat jugak, darah pahlawan katakan, buat waktu malam sejam atau dua jam selepas berbuka atau lepas terawikh. Bergantung pada ketahanan badan masing-masing, listen to your body, then should be okay.



Akhir sekali, di bulan puasa, banyakkan minum air supaya tak dehydrate teruk..air carrot susu ke. air tembikai ke.pastikan dah azan maghrib lah sebelum minum tu tapinya. 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

13 comments:

Azlinda said...

Salam ramadhan dari azlindaalin.com ;)

Nadia Johari said...

Senaman ringan2 supaya jangan tido..hehe

Hasif said...

Salam ramadhan...
Senam dn buat amal ibadah juga.. Hehe..

Blogwalking sini

SukaSedap MY said...

betul2 , 30 minit sebelum buka senam puas2 . time buka buncit la perut . huhuuu

Qaseh Abadi said...

jalan2 kat bazar je.. 10 round pun tak terasa penat.. haha

Maria Firdz said...

Hehe... Jgn awal pagi lak bersenam.. Kang ada yg berbuka awal.. Hehe.. Snmn ringan boleh kot..

khatyaiman said...

bersenam ikut kemampuan..jangan paksa diri..tetapi bersenamlah untuk diri jadi lebih sihat

Amelia said...

abg fr tau x gmbr tu workout untuk apa? ni mesti x tau ni. hahahahhahahahahhahahahaha

MasturaDin said...

beria bersenam..time buka beria makan..sia sia je senam..hihi

Unknown said...

ya, bagus idea ni...
sebab bila puasa ni mengantuk sajeeee... :p

Unknown said...

jangan salahkan abang tak payung...
jangan salahkan akak juga.....! :)

Unknown said...

untuk apa Amy...?
untuk apa Amy...?
untuk apa Amy...?

*blurrrr*

kak gojes said...

sesuai aje....