Sesuaikah bersenam pada bulan Ramadhan?
Menurut Kevin Zahri (Cikgu Fitness MALAYSIA) , boleh bersenam di bulan Ramadhan tapi bergantung pada jenis senamannya jugak. Senaman terbaik adalah yang fokus pada pembakaran lemak, lakukanlah senaman kardiovaskular jenis yang relaks atau sederhana seperti berenang, bermain ping pong ataupun mana-mana aktiviti lain yang tidak menyebabkan bebanan teruk pada tubuh.
Nak lebih santai dan menghiburkan boleh berjalan laju atau jogging secara kecil-kecilan. Atau tawaf bazaar Ramadhan pun sempoi jugak.
Waktu bersenam
Yang paling sesuai adalah dalam 30-45 minit sebelum berbuka, lebih kurang pukul 6 petang lah senang kira. Sebabnya nanti dah masuk waktu berbuka boleh makan dan kembalikan tenaga tu ye tak. Kalau bersenam pukul 12 tengahari tak ke pukul 2 kau dah terbayang ayam KFC, tak pasal-pasal delivery KFC sampai awal pulak sebelum masanya
Lagipun petang-petang takdelah panas terik , kang kalau pengsan jangan salahkan abang tak payung.
Yang Perlu Dielakkan
Seboleh-bolehnya elakkan buat senaman bebanan secara keterlaluan. Kalau nak buat jugak, darah pahlawan katakan, buat waktu malam sejam atau dua jam selepas berbuka atau lepas terawikh. Bergantung pada ketahanan badan masing-masing, listen to your body, then should be okay.
Akhir sekali, di bulan puasa, banyakkan minum air supaya tak dehydrate teruk..air carrot susu ke. air tembikai ke.pastikan dah azan maghrib lah sebelum minum tu tapinya.
13 comments:
Salam ramadhan dari azlindaalin.com ;)
Senaman ringan2 supaya jangan tido..hehe
Salam ramadhan...
Senam dn buat amal ibadah juga.. Hehe..
Blogwalking sini
betul2 , 30 minit sebelum buka senam puas2 . time buka buncit la perut . huhuuu
jalan2 kat bazar je.. 10 round pun tak terasa penat.. haha
Hehe... Jgn awal pagi lak bersenam.. Kang ada yg berbuka awal.. Hehe.. Snmn ringan boleh kot..
bersenam ikut kemampuan..jangan paksa diri..tetapi bersenamlah untuk diri jadi lebih sihat
abg fr tau x gmbr tu workout untuk apa? ni mesti x tau ni. hahahahhahahahahhahahahaha
beria bersenam..time buka beria makan..sia sia je senam..hihi
ya, bagus idea ni...
sebab bila puasa ni mengantuk sajeeee... :p
jangan salahkan abang tak payung...
jangan salahkan akak juga.....! :)
untuk apa Amy...?
untuk apa Amy...?
untuk apa Amy...?
*blurrrr*
sesuai aje....
Post a Comment