Sinopsis dan Review Filem : Lelaki Harapan Dunia


filem melayu

Sinopsis dan Review Filem : Lelaki Harapan Dunia 

Pak Awang (Wan Hanafi Su) mahu menghadiahkan sebuah rumah kepada anak perempuannya yang akan berkahwin.Akan tetapi, rumah tersebut terletak jauh di dalam hutan. Menyedari kelemahan tersebut, Pak Awang meminta bantuan seorang konsultan dan ustaz (Jalil Hamid) serta rakannya,Megat (Harun Salim Bachik) untuk mengumpulkan penduduk kampung agar membantunya memindahkan rumah itu. Rumah tersebut yang dipanggil "Rumah Amerika," kerana dicat putih seperti White House, mempunyai reputasi sebagai sebuah rumah yang dihantui, walaubagaimanapun mereka dengan berat hati tetap bersetuju untuk tugas memindahkan rumah ini pada siang hari.(Sumber: Wikipedia)

1.Aku suka tulis tentang filem melayu kerana aku rasa filem melayu masih ada harapan. Cuma penonton belum berani menonton filem yang di luar kebiasaan mereka, tapi mengharapkan keluarbiasaaan.

2.'Lelaki Harapan Dunia'(2014) adalah filem melayu bercorak drama komedi yang dibikin orang bukan melayu bernama Liew Seng Tat . Aku rasa ini perkembangan yang bagus..aku rasa ini filem Malaysia.

3.Dilabelkan filem ini sebagai filem satira. Mockery dan kritikan masyarakat banyak terkandung dalam filem Lelaki Harapan Dunia, termasuklah judulnya sendiri yang mengejek.Rujukan untuk filem sebegini seperti filem-filem Tan Sri P.Ramlee dan kalau pada zaman sekarang filem atau drama Mamat Khalid. Kalau filem hindustan boleh refer filem P.K.

4.Watak dan lakonan hidup terutamanya persembahan Wan Hanafi, namun begitu filem ini lebih menarik dibualkan tentang penceritaannya. Ceritanya mudah tapi signifikan pada setiap babak.

5. Semasa mengangkat rumah tersebut,salah seorang ahli melaungkan slogan lelaki harapan dunia dengan megah dan bersemangat.."Kitala­h lelaki harapan dunia!!' tapi belum sempat selesai tugasan, mereka mengejar pula perkara lain yang entah dari mana, yang remeh yang temeh. Rumah terbengkalai di situ.

6. Hakikatnya, mereka berjaya mengangkat rumah, beban rumah itu bukan isu,tapi mereka tewas dengan khabar angin dan prasangka. Kat sini kita boleh lihat, khabar angin dan prasangka lebih berat dari rumah. Sebab tu mata pedang tak setajam pena yang memfitnah.

7.Pada awalnya, mereka menangguhkan usaha mengangkat rumah tersebut kerana khabar angin, kemudian mereka menjauhkan diri terus, walau dipujuk Pak Awang untuk meneruskan kerja-kerja mengalihkan rumah namun tak berhasil,tak lama kemudian mereka membakar pula rumah tersebut.Ada pengkritik menyatakan rumah tersebut adalah simbolik kepada Malaysia, kita sama-sama berusaha untuk menaikkan Malaysia, kita ada sumber dan kekuatan yang tersendiri, tapi bak kata Malique dalam lagunya 'risaukan perkara remeh kita takkan maju'.

8.Kita mahu bendera berkibar, tapi akhirnya berdera terbakar. Khabar angin yang dimainkan dalam cerita ini adalah hantu, sesuatu yang kita tak ketahui hingga menyebabkan kita takut tanpa usul periksa. Kita perlu jadi bangsa yang terbuka untuk mengkaji, bukan sekadar menerima. Melihat dan memahami, bukan melihat dan ikut sahaja acuan.

9. Semasa orang kampung sibuk dengan kontroversi,dikejutk­an pula dengan kejadian kehilangan unta dan lembu, mungkin disebabkan kelalaian dan kelemahan diri sendiri dalam mengurus tapi orang mengambil kesempatan dari isu semasa untuk menunding jari, lembu dan unta hilang tapi kambing hitam yang dicari, masalah tak selesai.

10.Komedi pedih yang aku boleh kongsikan di sini adalah berkenaan dengan Tok Penghulu yang menerima sumbangan seekor unta dari Encik Juta Seri. Pada awal-awal cerita ditunjukkan bagaimana penduduk kampung meraikan ahli politik atau wakil rakyat itu dengan majlis dan paluan kompang kerana memberi sumbangan berjumlah 100 ribu berupa seekor unta. Apabila berlaku masalah di pertengahan cerita, tok penghulu terpaksa memberitahu harga unta tersebut hanya 6 ribu. Apabila seorang penduduk kampung bertanya 'mana lagi 94 ribu?'. Tok Penghulu dengan selamba tanpa serba salah mengatakan "94 ribu lagi tu..untuk kos-kos sampingan." Part ni aku tawa dalam tangisan sebab secara terus merujuk kepada pengurusan kewangan yang mencurigakan.

Keseluruhannya, aku suka filem ni, cuma dari segi penceritaan nampak macam ada ruang kosong dalam menyampaikan pemahaman kepada menonton, filem ini terlalu memberi kebebasan kepada penonton untuk menghadam, membuat tanggapan dan kesimpulan, tapi aku memang suka dengan konsep subjektif begini. Terus aku masukkan ke dalam senarai filem melayu era baru yang ada kelas tersendiri,  selain Bunohan, Kill dan Terbaik dari langit.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

PCL said...

Bila la nak pi tonton wayang lagi... filem tempatan ke filem luar negara ke, bukan saya tak support tapi memang tak minat nak buat camana? pernah sekali tiket bayar sendiri tengok Transformer boleh tidur lena.. haa kan faktor usia barangkali. Bukan masanya untuk itu lagi..

Fnd Rocka said...

mungkin belum jumpa filem yg sesuai dgn usia dan minat pcl...ada ke tengok transformers

Anonymous said...

done follow sini..
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

Lya Akif Imtiyaz said...

Hehhee lama dah tak tgk wayang huhuhu..

Amelia said...

dah berapa kali dah ni disuruh tengok lelaki harapan dunia. tapi asyik terlupa je. nantilah nak search satg

Unknown said...

Pernah terbaca juga pasal org kaitkan "rumah putih" tu seolah-olah Malaysia... errrmmm... memang menarik ni.. nak kena tonton sendiri baru boleh komen... ;)