Erti puasa bagi aku adalah bila mana mesyuarat diadakan kat ofis, karipap dengan air kopi O yang biasa jadi peneman mata yang mengantuk dah takde. Haaa..ni kalau jawab dalam exam memang ustazah gigit telinga aku.
Pengertian puasa
Pengertian puasa bagi aku sebenarnya dan sepatutnya sama jugak seperti mana yang disebut syarak "Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari". Pengertian haruslah menepati syarak ye tak, supaya niat aku tak jadi keliru.
Apa yang aku suka mengenai puasa, yang utamanya adalah SABAR. Orang yang nak memupuk kesabaran ni kena mengawal diri dan melembutkan diri. Atau dengan kata lain, tak garang sangat, itu yang aku perati bulan puasa ramai orang baik-baik je perangainya. He He. Kurangkan marah, banyakkan muhasabah, tentu banyak hikmahnya!
Antara hikmah berpuasa
Pada waktu siang aku dalam keadaan lapar dan dahaga, ini adalah salah satu ujian dan peringatan kepada aku jugak. Sebab bila lapar dan dahaga, mulalah nak sebut nama Allah...ya Allah laparnya..ya Allah hausssnyaa..Ya Allah sedapnya aiskrim itu. Tapi bila tak puasa, ada duit aku boleh terus beli aiskrim dan makan, secara tak langsung aku lupa yang nikmat tu datang dari mana, bila dah berlatih dengan puasa..menyedarkan aku tentang nikmat dan kasih tuhan. Bila terkenangkan itu, perasaan jadi halus.
Juga, macam yang kita sedia tahu, betapa Islam telah menegaskan tentang kepentingan menjaga silaturahim.
Semasa kita kenyang, cenderung untung kita fikir kita saja yang hidup di dunia ini, kita puas, malahan cenderung untuk menjadi tamak, tapi bila kita merasa sedikit kepayahan dengan berpuasa..baru kita terdetik bagaimana rasanya erti kesusahan. Seterusnya melahirkan rasa empati dan timbang rasa pada orang lain yang turut merasa. Kesyukuran.
Aku sendiri hidup macam roda, susah senang bersilih ganti, aku percaya orang lain pun punya putaran tersendiri, putarannya pun tak lama mana, jadi dalam kita melayan struggle masing-masing, sesama kita tak perlulah menambah sakit lagi..berbaik je lah. Putaran kita bulat, tak lama lagi kita berkumpul tempat yang sama juga.
Rasulullah saw. bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, kalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. Maukah aku tunjukan sesuatu, jika kalian mengerjakannya, maka akan timbul saling mencintai di antara kalian. Yaitu sebarkanlah Salam’ (HR. Muslim)
Sekian, sedikit sebanyak pengertian puasa kepada aku, assalamualaikum dunia!
Sumber Foto:
http://tkkhalifahbanjarmasin.com/
http://www.indrajitz.com/
16 comments:
Menarik FR. Sudah tentu masing masing punyai pengertian yang berbeza beza tetapi tetap kena follow syarak. Salam Ramadhan Al-Mubarak #kosongkosong
Tahniah! Berjaya cabaran pertama. 3 yang terawal. Penuh makna. Anda blogger tegar! Selamat berpuasa 😊
aku pun hidup macam roda
ulasan bagus... :)
#Cabaran20Hari,
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari
roda saya kecik je fr. kejap atas atas kejap bawah. kalau besar merasa duk atas lame sikit .
sabar yang paling perlu ~~
bila berpuasa kita downgrade diri macam saudara2 islam lain yg kesusahan..tapi bila nak berbuka, mewah kemain... hmmm
Berpuasa bulan Ramadhan memberikan kita peluang untuk membaiki diri dan seterusnya konsisten selepas bulan Ramadhan.
perrgghh... tahniah FR... :)
betul.. betul.. betul..
puasa adalah soal melatih SABAR di dalam diri masing-masing... :)
selamat menjalani ibadah puasa ...
setuju. kalau puasa tak ada, orang takkan menghargai apa yang ALLAH kasi.
Salam FR
Salam FR
erti puasa mmg berbza bg setiap oranggg
wah terawal tu fr
Post a Comment