Bawa bertenang semua, ni aku ada buat sedikit kajian tentang makanan yang mampu mengurangkan stress dan beri ketenangan jiwa.
Iaitu Aiskrim.
Aiskrim Beri Keharmoniaan Perasaan
Aiskrim sememangnya makanan yang paling jujur, jika fikiran terasa panas berfikir tentang masalah kereta atau kekalahan 6-0 Malaysia kepada Palestin, kesejukan aiskrim mampu mendinginkannya. Jika sedang berkelahi dengan kekasih atau berhadapan dengan kesesakan jalan raya, aiskrim bisa menyamankannya seakan-akan sedang bercuti di kawasan peranginan atas bukit.
Zat yang terkandung dalam aiskrim boleh menenangkan saraf. Lagi satu, pernah ke orang menangis bila makan ais krim? Takde kan. TAK PERNAH. Biasanya orang berhenti menangis bila dapat ais krim, itu BIASA.
Merujuk kepada laman web Karangkraf, bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.
Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh. Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.
Haha, sekarang baru anda tahu aiskrim banyak khasiatnya.
Menurut fakta, perisa chocolate adalah yang paling diminati ramai, lebih-lebih lagi bila digabung dengan aiskrim dan MERECIK di dalam mulut, sama-sama mencair..seterusnya membantu meningkatkan pengaliran darah dan memberi mood yang baik ! ; )
Perghh.. terbaik! Kepada yang tengah stress tu, rileks lah, jangan stress-stress, hidup ni kan umpama aiskrim..nikmatilah ia sebelum cair!
Nah lah aku belanja sikit |
Rujukan :
-http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/sebenarnya-aiskrim-banyak-khasiat-1.178839
-Foto dari google image
-http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/sebenarnya-aiskrim-banyak-khasiat-1.178839
-Foto dari google image
23 comments:
tak stress langsung....
bulan puasa up entry aiskrim bg org merecik ja hahahah
ko ni aku ni tengah posa ...aaarrrggghhh terus stress baca entry ko
Bonde x pandang sebelah mata pon... :) he he he
nampak macam stress jer kuang kuang kuang
Eny lap cpt air liur tu he he he
hadoii.. baca time bulan pose mmg bole tergugat iman ni :P
bonde pandang sambil kenyit2 mata..hehehe
yang membaca turut stress
aduss..terisnggah pulakk kat aiskrim2 tue..
ermmm..aiskrimmmm...
haha..sabar2...
aiskrim vanilla :-)
uiii..sabo jela tgk entri ni...mmg menguji keimanan...naseb tak rasa apa2....hahahaha...
singgah blogwalking...salam perkenalan :)
puasa ni bila tengok gambar aiskrim tetibe stress...haha.selamat berpuasa!
bila makan aiskrim banyak2 jadi ternak lemak pulak, bila lemak dah banyak jadi stress balik..haha
klu anak aku demam, aku bagi makan aiskrim perasa vanilla...cepat ckt turun panas dia...
cet p letak gambar eksrem bulan pose ni.. zzz. tabah je la hati
saje je kan update entri gini time pose.. hoho
ni je satu hal yang Pokchik paling faham tentang kak ain.. bila nampak kak ain start nak stress tu cepat-cepat dia belikan aiskrim... :)
stress selalu-selalu pun nikmat juga camni....
hidup dalam penafian kah...?
kikikikikikiii... :p
begitu lah perasaan kami bila time puasa ni gi bw blog eny... merecik tau.. :p
hahahahahaaa... :)
stress tengok gambar aiskrim...KG tak suka makan aiskrim!!!
Post a Comment