Ola Bola - Kembalinya Keyakinan (You Will Believe Again) 

Ola Bola - Kembalinya Keyakinan

(ulasan dari seorang peminat filem dan bola sepak tempatan)

1.Filem ini mendapat tepukan dari penonton yang berbilang kaum di wayang, aku tengok filem Mat Saleh pun tak dapat tepukan macam ni. Sebab apa? Sebab filem Ola Bola dekat di hati rakyat Malaysia, simple. Sentuhan emosinya dapat mencapai ke sudut gelap hati kita yang sering lupa tentang perjuangan masa lalu. 

2. Pelakon membawakan watak secukup baik, walau pada masa tertentu nampak kaku tapi tetap keseluruhannya jitu (ramai yang pertama kali berlakon). Filem ini berbeza dengan lambakkan filem cinta atau kahwin-kahwin, meski kurang rujukan untuk buat perbandingan, namun yang baiknya babak-babak kelihatan segar kerana jarang filem Malaysia yang memaparkan topik seperti Ola Bola. Juga segar sebab tidak menggunakan pelakon popular yang kita dah biasa tengok, kalau babak nangis asik nak guna Fauziah Nawi pun lama-lama karang buta mata dia.

3. Aku sebenarnya tak sangka kita boleh buat filem tentang kejaguhan bola sepak kita, sebab nak melakonkan babak di pandang tu bagi aku macam sangat kompleks untuk peminat bola macam aku boleh yakin. Tapi sangkaan aku meleset lah kan, aksi di padang dalam Ola Bola tidak nampak kekok, malah boleh dipuji, aku tak reti lah secara teknikalnya di belakang tabir macam mana dia buat tapi hasilnya aku sebagai peminat bola yang tiap minggu tengok bola pun boleh rasa bagus, kira baguslah kut kan? (Apapun aku berpendapat lebih sukar untuk meniru corak bola sepak pada masa kini dimainkan yang mana telah berevolusi menjadi lebih fizikal, pantas dan kadang terlalu taktikal)

4.Tidak terlalu berat, atau boleh dikatakan ringan jugak filem ini. Mesej yang nak disampaikan boleh nampak tanpa perlu diperhalusi dengan kamus atau buku koleksi 1001 kata-kata bidalan melayu. Namun penceritaan dan kesinambungan cerita nampak kemas dan dipaparkan dengan menarik, dapat rasa sentuhan pengarahan filem yang baik.

5.Ola Bola diinspirasikan dari kisah sebenar. Walaupun tidak menggunakan nama sebenar secara terus, tapi kita tahulah watak merujuk kepada siapa. Kejadian yang berlaku dengan persekitaran yang dibina untuk menggambarkan masa dan waktu dahulu adalah yang aku tunggu-tunggu. Visual yang baik, dengan perasaan dan debaran pada masa dahulu ada dipakejkan sekali dalam filem Ola Bola ni, kiranya aku sebagai generasi baru yang tampan dapat merasa sikit apa yang aku terlepas.

Ola Bola - review

6. Bront Palarae sangat memainkan peranan dalam merancakkan momentum filem Ola Bola. Berlakon sebagai Rahman pengulas sukan yang sedang mencuba nasib, Bront dapat mengisi  ruang filem ini dengan humor yang menjadi-jadi serta membuatkan aku teringat suatu ketika di mana aku mendengar ulasan perlawanan bola secara langsung di radio Selangor. Satu lagi lakonan yang signifikan dari Bront Palarae selepas filem Terbaik Dari Langit. (Dikatakan Bront dah lama mengidam nak berlakon di bawah pengarahan Chiu, tapi nak jadi pemain bola sepak Chiu kata Bront dah tua.)

7. Suasana bola sepak yang dipaparkan tidak mengecewakan. Penonton disajikan dengan drama dalaman di antara pemain-pemain, ketegasan seorang jurulatih, keghairahan penyokong, peranan pihak media massa yang sentiasa mahu berikan yang terbaik serta betapa pentingnya semua ini dalam mempengaruhi arah tuju skuad bola sepak negara. Tidak langsung mereka bercerita tentang duit dalam membuat sesuatu penilaian, zaman itu nampaknya terasa begitu jauh.

8. Walaupun filem Ola Bola lebih menjurus kepada patriotisme atau apa yang menyatukan Malaysia, bola sepak hanyalah dijadikan sebagai medium untuk tujuan tersebut, namun aku sebagai peminat sukan bola sepak sedikit rasa kosong kerana tiada isu berkaitan dengan bola sepak secara khusus yang diketengahkan. Tak ada digambarkan bagaimana seorang penjaga gol boleh menjadi penyerang, atau bagaimana sesuatu taktikal yang digunakan jurulatih itu bolah menjadi efektif atau sekurang-kurangnya tunjuk satu-dua teknik. Hanya disampaikan secara umum bagaimana kerja berpasukan adalah perkara yang paling penting untuk berjaya.

9. Tagline atau cogan kata filem Ola Bola "You Will believe Again" (Kembalinya Keyakinan) sebenarnya tak berapa nak menelusup sangat. Tapi aku percaya yang kita bangsa Malaysia memang boleh menjadi hebat dan kuat bila bersatu-padu. Bak kata Ali dalam filem ni, kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama. 


10. Mohon agar filem Ola Bola dapat mengatasi rekod kutipan Polis Evo. Filem macam ni lah yang patut kita tonton sama-sama. Its not perfect, but its us.



p/s: Lagu tema tak berapa umpph, lagi suka lagu TM yang 'jika engkau jatuh..jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah'
Pagi ni aku makan nasik lemak sedap kat lantai je,elok je bersila tapi takde orang nak amikkan gambar pun. Sebab aku bukan jutawan. Maka nasi lemak sedap habis gitu je lah, tak dapatlah jadi viral.
Jimat Tenaga


"Ingatkan kamu" adalah sms kamu yang paling manis aku terima pada awal perkenalan kita. Masa tu entah angin monsun apa yang menolak, aku telah taip sms tanya kamu buat apa. Dengan berani kamu membalas begitu.Habis tergadai jiwa rock aku, sampai sekarang masih tak cukup nak langsai.







Selamat Hari Lahir




Kawan sepejabat aku ni nak pindah rumah, sejak dua menjak ni kerja dia asik tanya pasal kombinasi warna yang sesuai untuk dia cat ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Siap dia sediakan beberapa kombinasi warna dan minta pendapat aku mana yang terbaik. Ilmu hiasan dalaman aku memang takde, jadi aku bagi pendapat ikut sesedap mata aku memandang jela kan.

Lepas habis hal kombinasi warna, membawa pulak kepada hal perabot.Ini pun aku tak arif sebenarnya, nak cerita pun malu kat orang tapi perabot kat rumah aku mana pernah tukar. Pertamanya sebab belum rosak, keduanya sebab bajet yang menyayat hati.

Meskipun begitu, demi tidak mahu menghampakan kawan, aku pun bagi cadangan yang tidak kurang padu 'Cuba bukak website IKEA'. Dia pun patuh pada cadangan aku membuka website kedai perabot yang sangat popular di Malaysia itu. Nampaknya  cadangan aku tu nampak cerdik juga, dia dari tadi meneliti seleksi langsir, meja dan sofa dari website IKEA. Aku dari meja sebelah pun turut sama perhati satu demi satu secara diam-diam.

Sebenarnya lawa jugak barang IKEA kan? Cuma mampu beli atau mempu tengok je ceritanya. Dalam pada kami ralit berangan tiba-tiba ternampak gambar sofa bed, tengok harga tulis kat bawah RM599 je. Aku terus rapat ke skrin.

Oklah tu sofa bed RM599, lawa pun lawa, nampak ringkas dan bersahaja. Aku terus buat keputusan nak beli,tak pasal-pasal aku yang bagi cadangan aku pulak terperangkap. Kawan sepejabat pun nada macam nak beli. Kalau boleh nak beli cepat-cepat sebab gerenti abis stok cepat punya kalau macam ni.

Sambil membiar rakan sepejabat terus klik sana-sini,  aku dah jauh merancang nak pergi hari sabtu ni ke IKEA. Sempat jugak aku fikir nak letak mana sofa tu, kalau boleh nak pilih warna yang match dengan sofa lama. Agak tak berapa lama kemudian, aku mula rasa tak sedap hati, aku rasa benda ni aku dah pernah terkena.

"Cuba kau bukak balik yang sofa-bed tadi.." ujar aku.

Aku tengok harga memang betul RM599, gambar pun memang betul gambar sofa, tapi tulis kat bawah tu Cover Sofa Bed. Maknanya, cover dia je yang RM599 ye tuan-tuan dan puan-puan, sofa bed nya entah berapa ribu aku malas dah nak amik tahu. Aku pun bagi pencerahan kat kawan sepejabat tadi, kemudian kami kembali buat kerja macam biasa dan melupakan peristiwa tersebut.  Sesungguhnya kami adalah insan yang naif.























































































































-

Sampai Mati (Hazama)
Potret (Akim & The Majistret)
Assalamualaikum (Faizal Tahir)
Biarkanlah (Drama Band)
Hanya Namamu (Caliph Buskers)
Knock Knock (Elizabeth Tan)
Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
Angin Kencang (Noh Salleh)
Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff)
Mana Mungkin (Black)
Not For Sale (Stacy)
Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah)


Bersempana dengan Anugerah Juara lagu 30 esok, makanya hari ni entri ala-ala segmen hiburan sedikit.  Macam yang kita sedia tahu, program AJL ni sememangnya antara program hiburam wajib tonton saban tahun dan masih releven. Dah banyak pengiktirafan diberikan pada penganjuran AJL, memang terbukti dan dijamin berkualiti serta sambutannya pun lumayan, malah pengiat seni hiburan sendiri pun berkobar bila ada Anugerah Juara Lagu.

Kalau nak dihitung banyak juga lagu kegemaran aku yang jadi Juara, contohnya lagu Mimpi Laila, Tolong Ingatkan Aku, Lagu Untukmu dan Apa Khabar. Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein misalnya, sebelum lagu tersebut jadi juara aku dah lama jadikan sebagai ringtone telefon bimbit aku dan juga alarm sound untuk kejutkan aku bangun tidur.Lagu Tolong Ingatkan Aku dengan lagu Apa Khabar pun memang kegemaran aku sebelum jadi juara, kebetulan kedua-duanya mempunyai mood yang lebih kurang sama cuma penyampaian berbeza.

Apapun, untuk tahun ni, ramalan atau sokongan aku yang utama menjurus kepada Encik Hazama dengan lagu Sampai Mati. Lagu ni sarat dengan semangat yang kental, harapnya Hazama dapat angkat lagu ni tinggi mana yang mampu. Berbanding lagu-lagu Encik Hazama sebelum ni, lagu Sampai Mati ni lah yang paling elok untuk Juara, kalau nak merasa menang AJL rasanya tahun ni sesuai lah buat Encik Hazama.

Hazama sampai mati




Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu


Dan detak jantungku memahat
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku
Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga
Uuuuu ooohh oooohhh

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu



Lagu kedua yang aku pilih untuk menyerlah malam esok adalah lagu Potret oleh Akim dan Majistret. Kemudian tak lupa jugak lagu Not For Sale oleh Stacy dan Altimet, berbanding tahun-tahun lepas yang mana Stacy hanya memeriahkan pentas saja tapi tahun ni nampak ada peluang jugak lagu Not For Sale. Lagipun dorang kan nak kahwin, kan sweet kalau menang sama-sama, gitu.(tiba-tiba).

Tak tahulah apesal pilihan aku semua bekas pelajar Akedemi Fantasia je. 

Kalau mahukan kejutan, aku pilih lagu Assalamualaikum atau Knock Knock. Dengan kredibiliti Faizal sebagai seorang performer dan ghairah di atas pentas, lagu Assalamualaikum jugak boleh terpilih sebagai persembahan terbaik kalau kena dengan gayanya.


Itu sajalah ramalan aku, sengaja aku tulis kat sini supaya nanti esok kalau pilihan aku tu ada yang terkena bolehlah aku eksen sikit kat korang, kalau jauh tersasar diam-diam je lah, ala korang tu tiap-tiap tahun teka tak kena aku rileks je.








Aku ni sayang kat si makwe, kalau makwe call masa aku makan.. aku pick-up phone, kalau si makwe call masa aku tidur pun aku pick-up phone, kalau si makwe call masa aku tengah melepak dengan rakan pun aku pick-up call. Kalau tak boleh nak bercakap lama aku akan bagitahu elok-elok untuk call semula kemudian. Iyelah, kadang ada situasi yang kita perlu bagi prioriti dan kena respek, bukan nak menangkan si makwe saja setiap kali. Lagipun kalau tak pick-up phone tanpa alasan yang releven karang dia mengomel pulak..kehkeh.Tapi tadi aku call si makwe..dia pick-up dan aku tanyalah dia ada kat mana. Jawabnya "Saya tengah mandi". Wah, tengah mandi pun jawab panggilan, sayang betul. -May 4, 2012


10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song'

10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song', review buku the last song nicholas spark
sorry ye gambar menampakkan kemesraan sikit


The Last Song

1. Ditulis oleh Nicholas Spark. Sebelum ni aku pernah baca buku dia bertajuk 'Dear John' dan aku tidak teragak-agak untuk baca buku dia yang lain. Dan sedang aku baca buku The Last Song ,aku semppat order satu lagi buku dia. Punyalah ketagih pada masa tu.

2. Watak utama merupakan seorang gadis bergetah berusia 17 tahun, Ronnie nama diberi. Gadis ni seorang yang rebel tak kira datang bulan atau tidak. Jenis melawan mak ayah, turut pernah ditangkap polis atas kesalahan melakukan aktiviti mencuri secara suka-suka. Kawan-kawan gadis ni pun semua jenis tiada pedoman.

3. Dalam versi filem, watak Ronnie ni dilakonkan oleh Miley Cyrus. Kiranya boleh tahan lawalah jugak gambarannya kan? Aku tak tengok lagi filem tu, tapi bagi yang dah tengok dont judge a book by its movie.

4. Ketika tiba musim panas, Mak si Ronnie tadi menghatar Ronnie dan adik lelakinya Jonah dari tempat tinggal mereka di kota New York ke North Carolina,kawasan pantai yang lebih tenang. Mungkin mak dia nak jinakkan sikit Ronnie dari gejala tak tentu pasal di New York.

5. Ibu bapa dorang dah bercerai,ini menyumbang juga pada konflik diri Ronnie. Berbeza dengan Ronnie, Jonah tu kelakar. Jadilah seperti Jonah.

6. Sebenarnya dah 3 tahun Ronnie tak bercakap dengan ayahnya sebab dia memilih untuk rebel dengan ayahnya, kononnya ayah dialah punca keluarga mereka berantakan. Tapi ayahnya steady je berdepan dengan sikap keras dan berangin Ronnie.

7. Plot semakin menarik saat Ronnie berkenalan dengan Marcus yang terkenal dengan  kesamsengan beliau, serta berkawan dengan Blaze dan bercinta pula dengan Will (Liam Hemsworth melakonkan watak Will dalam filem). Bila Ronnie teruskan kehidupan dan berhenti menyalahkan semua organisma hidup, Ronnie dapat lihat kehidupan dari sisi berbeza.

8. Barang siapa yang pernah baca buku Nicholas Spark, nescaya dah tahu bahawa Spark ni memang cekap menyampaikan cerita sambil perlahan-lahan dia twist dan menampakkan hasilnya. Memang feel cerita ni.

9. Sebab apa tajuknya The Last Song? Sebab ada berkait dengan piano. Ayah Ronnie ni pemain dan cikgu piano. Ronnie pun berbakat jugak,pandai buat lagu. Jadilah Seperti Ronnie.

10. Dipendekkan review, buku ni menyentuh tentang isu pengorbanan, kemaafan dan mencari kebahagiaan dalam pada menempuh kehidupan sukar. Sapa yang asik nak rebel je tak tentu hala, sedang eloklah baca novel ni.
.
10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song', review buku the last song nicholas spark

10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song', review buku the last song nicholas spark

10 Perkara Tentang Buku 'The Last Song', review buku the last song nicholas spark




Rakan sepejabat yang duduk sebelah aku adalah peminat bola sepak yang sama kental macam aku. Setiap hari kami akan bersembang tentang isu bola sepak dan keputusan bola sepak dari segenap dunia. Kami saling berkongsi info, pendapat dan keghairahan (sedih dan gembira) terutamanya setelah pasukan masing-masing berlawan.  Walaupun dia merupakan penyokong kuat pasukan Manchester United, iaitu musuh utama pasukan kegemaran aku Liverpool sejak zaman-berzaman, namun kami tetap tidak bermasam muka malah merapatkan kami lagi. Nama dia bukan Rashid.

Setelah sekian lama menanti dan sibuk hal bola sepak secara umum, semalam tibalah masanya pasukan kami berdua berentap sesama sendiri. Perlawanan Manchester United menentang Liverpool tu memang aku dah tunggu lama dari minggu ke minggu, dia punya excited tu kalau boleh transfer kat korang mesti korang akan terloncat-loncat macam _________(isi tempat kosong), rakan sepejabat aku juga berkongsi rasa yang sama. 

Jadi tepat sepak mula semalam aku dah tercongok kat kedai mamak, bersama dengan mee goreng dan telur mata / teh tarik gelas besar. Pasukan aku Liverpool menguasai perlawanan dan melakukan gerakan-gerakan cantik. 


Peluang pertama untuk Liverpool menerusi hantaran jauh ke depan...ditepis! 


Peluang kedua, Henderson berjaya menahan bola, menghantar dan melakukan rembatan ke arah gol...melilau ke tepi gawang!


Peluang ketiga untuk Liverpool...tidak tepat.

Masuk separuh masa kedua, game semakin menarik.

Peluang keempat pulak,sepakan dari Emre Can tepat ke gawang! Namun di tepis penjaga gol! Arghhh... Firmino membuat percubaan susulan..ditepis lagi!


Tak lama kemudian Manchster United mendapat sepakan sudut, Felaini menanduk bola terkena palang gol..bola jatuh di hadapan Rooney..dan sepak. Gol.  



0-1

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi ni, kawan sepejabat aku datang membawa senyuman. Dari hujung pintu sampai ke tempat duduk, kemas dia tayang senyuman tanda kemenangan. Kemudian dia nyanyi pulak lagu Glory-Glory Manchester  United kat sebelah aku.

Aku tenang.

"Haha..sekali try terus masuk" kata dia menegur aku.

"Eh ye ke, tak tengok lah game semalam.." balas aku dengan nada tak berminat dengan bola sepak. Kita dah kalah, kita cakaplah kita tak tengok, gitu, takkan itu pun nak kena ajar.


Atau mungkin ini bukan kekalahan tapi sebuah Kemenangan Yang Tertunda.




Teknik Membuat $$$$ Menerusi Blogspot


Terlebih dahulu, untuk pengetahuan semua aku takkan menggunakan pendekatan MLM, cara aku dalam mengajar teknik membuat $$$$ menerusi blogspot ini lebih profesional tanpa melibatkan sentimen bangsa-agama, takkan menjentik emosi korang dengan idea menghantar ibu-bapa ke Mekah, sama sekali takkan post gambar kereta mewah untuk mewarnakan kelabu fikiran korang.

Teknik yang aku nak kongsi ni begitu mudah, lebih menguntungkan lagi korang tak perlu bayar apa-apa pun kat aku. Ini lebih kepada perkongsian sesama blogger kalau yang nak $$$$ lebih. Ni bukan benda baru, aku dah jalankan eksperimen dengan beberapa blogger lain memang berjaya. Modal tak perlu banyak, hanya kena ada sekurang-kurangnya satu blog sendiri dan yang paling penting kena RAJIN

Rajin di sini bukan kena rajin cari orang, tapi rajin duduk depan komputer dan buat kerja. Maknanya, dalam pada termenung menatap skrin tu bolehlah cari $$$$ sampingan. Sambil menyusukan baby pun boleh buat $$$$ !


Teknik Membuat $$$$ Menerusi Blogspot (sambil menyusukan bayi)



Langkah 1:
Sign-in ke blogspot korang. Kalau yang takde blogspot, boleh create je yang baru.


Langkah 2: 
Klik pada New Post. Kemudian akan terpapar page kosong yang macam kita nak tulis entri baru. 

Langkah 3:
Masukkan Kod "//4114GAB//"

Langkah 4:
Selepas masukkan Kod tadi selang sebaris dan menggunakan keyboard tekan butang SHIFT serentak dengan nombor 4.  (SHIFT + 4)

Langkah 5:
Tekan sebanyak mungkin butang SHIFT beserta nombor 4


Itu saja, anda sudah berjaya membuat $$$$$$$ dengan begitu banyak sekali. Tahniah!! Jika anda mahu menyimpan $$$$$, terus tekan SAVE. Tapi ada banyak $$$$$ bukan boleh bawa ke kubur, tekan SHARE sekiranya mahu berkongsi dengan rakan-rakan lain. 

Akhir kata, simbol $$$$ ini merujuk kepada duit, wang atau money. Selepas anda dah tahu teknik nak buat $$$$ ni, mudahlah kalau nak minta duit kat mak bapak atau nak mintak hutang. Contoh penggunaan; "Mak, nak $$$ boleh tak, nak beli buku rujukan". 

Untuk kelas akan datang aku akan kongsikan teknik membuat &&&& dan %%%%, lebih kurang sama je tapi perlu fokus dan berdisplin.

Buatlah pilihan bijak, keputusan di tangan anda. 

Moga bermanfaat.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Pengawal Keselamatan Yang Tegas


Ada pengawal keselamatan warga asing yang baru kat pejabat aku bekerja, yang sebelum ni mungkin dah pindah ke tingkat lain, yang ganti memang muka aku tak pernah nampak. Pengawal keselamatan ni dia ada meja dia kat tempat pintu pejabat, selain menjaga keselamatan dia jugak menyahut seruan Ahmad Maslan dengan melakukan lebih tugas seperti melayan orang penghantar barang dan menjaga pasang-tutup suis-suis elektrik. 

Pada minggu pertama memang jelas sekali dia nampak kekok duduk depan tu, muka ketat macam baru lepas cucuk botox. Rajin jugak aku ucap good morning tapi zero respon macam ucap kat angin lalu. Aku tenang je sebab memahami dia baru lagi, aku masa baru masuk pejabat dulu pun keras dan kejung jugak kan. 

Lama-kelamaan, tak tahulah berlaku secara semulajadi atau bos dia hantar pergi training kat gua mana, muka yang ketat dah mula lembut sikit. Kalau terserampak di pantry tu dah boleh senyum nipis, meskipun tak pernah dengar suara dia. 

Sehinggalah di suatu hari yang memeranjatkan, masa aku sampai awal pagi terkeluar dari mulut dia ucapan "Good morning.." Pada mulanya berlaku kadang-kala, tapi sekarang dah berlaku secara konsisten dah melebihi pengawal keselamatan yang lama.

Secara konsisten dan tanpa toleransi. 

Setiap kali aku datang pejabat, dia akan menyapa mesra dengan ucapan good morning atau selamat pagi. Tak kiralah bertentang mata atau tak, kedudukan aku berada di hadapan dia ke, belakang dia ke, tepi dia ke ,atau aku buat-buat tengok cicak kat siling ke, aku buat-buat tengok lantai, tengah makan kat pantry, atau bila aku kat meja buat-buat sibuk pandang komputer pun dia tetap akan ucap "good morning boss"

Dan sekarang aku pulak yang jadi kekok macam kena botox.

Hari ni aku datang awal, pengawal keselamatan tersebut belum ada lagi kat posisi dia. Tapi lepas tu dalam pada aku nak ke tandas, nampak dia sedang membongkok menggeledah laci, aku pun apa lagi amik kesempatan bukak pintu laju-laju supaya dia tak perasan dan terus menuju ke arah tandas. Gaya laju memang macam tak tahan betul nak kencing padahal nak lari dari good morning.

"Good morning boss", suara seperti biasa kedengaran. Padahal pintu tandas tu dah separuh aku tutup, bukak balik pintu tengok memang dia cakap kat aku dan aku terpaksa balas balik. Semasa aku kencing tu aku dapat idea nak tulis entri ni.




Kepentingan Kata Kunci untuk Blog

Kepentingan Kata Kunci untuk Blog

Selalu ditekankan oleh pakar SEO atau blogger berpengalaman luas dalam SEO mengenai kata kunci ataupun kalau kat United Kingdom orang sana panggil Keywords. Ini dasar dalam mempelajari ilmu SEO.

Untuk mendapatkan trafik yang tinggi dari enjin carian, kata kunci lah faktor utamanya.Pentingnya kata kunci ni boleh diumpamakan seperti cahaya lampu di jalan yang gelap. Atau air yang menyirami pokok, dengan kata kunci yang tepat dan berkualiti lah yang akan menyuburkan blog.

Bak kata orang lama, kita cuba berfikir dan jangkakan apa yang orang akan tulis kat enjin carian. Kadang-kadang istilah yang digunakan orang berbeza-beza, trend juga berubah-ubah, lantas menjadikan permainan kata kunci ini sesuatu yang sentiasa bergerak balas.

Bukan itu sahaja, cara menempatkan kata kunci juga memainkan peranan dalam keberkesanannya, itu kita cerita di lain entri. Sekarang ni aku kongsikan dulu kata kunci yang berjaya membawa traffik ke Nota Purba untuk 2016 ni atau untuk seminggu lepas. Lihat bawah :

Kepentingan Kata Kunci untuk Blog


Kalau dianalisis nampaknya kata kunci untuk Nota Purba tak berapa kuat. Biasanya aku cuba jugak permainan kata kunci ni untuk penulisan atau artikel berbentuk umum, manakala yang berbentuk peribadi aku fikir kalau dimasukkan kata kunci secara paksa nanti akan menghasilkan sesuatu yang kurang asli dan berlainan maksud. 

Bagi yang ingin mencuba permainan kata kunci dan mengkaji tindak balasnya kepada trafik, saya cadangkan untuk menggunakan kata kunci yang melibatkan makanan dan drama. Berdasarkan pengalaman blogger yang mencatat Unique Visitor tinggi, memang dua subjek tersebut paling banyak memberi trafik.

Sekian. 


Setelah beberapa hari bercuti untuk menguruskan persekolahan anaknya di Tahun 1, R kembali ke pejabat. Menurut ceritanya, semua berjalan dengan lancar terutamanya dari aspek pengangkutan pergi balik dari sekolah pagi dan sekolah petang. Soal makan,mandi dan pakaian pun tak menjadi isu sangat.

Sebenarnya perkara jadi mudah apabila anaknya dah berkawan. Bila dah berkawan, anaknya mungkin tak rasa keseorangan dan lebih seronok. Bak kata Flizzow dalam sebuah lagu yang dikatakan sinopsis hidupnya,bila lapar semua makan mi segera,lapan orang naik dua kancil pun tetap semua senang hati, siap ada yang tidur di lantai, kalau tak silap ada yang tidur kat pantai.

Maka, R pun senang hatilah dia ke pejabat hari ni sebab anak tak banyak karenah.

Cuma soalan aku je yang membuat dia sedih sikit.

"Cikgu lawa tak?"

R tak memberi jawapan, sekadar mencebik kecewa.

cikgu lawa
Contoh cikgu lawa




Semalam akak yang selalu guna mesin fotokopi tegur aku seolah-olah nak tanya sesuatu. Walaupun tak dapat nak respon sebab sedang sibuk berhubung di telefon, tapi aku dah boleh agak apa soalan yang dia akan tanya, tertulis di dahi akak mesin fotokopi dengan persoalan "Mana R ?" (R merujuk kepada rakan sekerja yang lama tak datang kerja).

Hari ni, pagi-pagi lagi sebelum aku sempat sumbat perut dengan nasi lemak akak mesin fotokopi datang lagi membawa soalan yang disimpan dari semalam. 

Aku bahasakan tubuh supaya kelihatan serba salah nak beritahu. Aku beratkan sedikit raut wajah aku, seperti menyimpan beban yang sukar dilepaskan. Rapatkan jarak lalu dengan separa berbisik yang diselimuti nada sedih aku beritahu akak mesin fotokopi "Dia dah resign.."

Keras muka akak mesin fotokopi dibuatnya..tarik nafas tak lepas. Memang respon macam ni yang aku jangkakan, dah macam kena darah tinggi-strok dan kekejangan otot. Kemudian cepat-cepat aku senyum dan cakap "takdelah..dia cuti.hehe". Kalau dibiarkan lama sikit terjelepuk kat lantai sapa pulak nak angkat.


"Eiiiiii.." saja yang mampu akak mesin fotokopi luahkan. Sambil menumbuk angin.

Tiba-tiba aplikasi yang aku gunakan di komputer tak berfungsi, aku klik kiri-kanan-depan-belakang pun takde respon, lumpuh sementara.

Terus aku panggil kawan sekerja aku yang duduknya tak jauh, hanya di meja belakang saja. "Wehh..jem lah..tak boleh nak proceed" kata aku.

Dia pun dengan tangkas seperti kucing mengambil-alih tetikus dari genggaman aku dan terus navigate merata mencari solusi. Klik sana, klik sini tapi solusi tak dapat, yang jumpa hanyalah misteri.

"Apa ni, Janam janam lyrics english translation..ha ha!" katanya merujuk kepada paparan web di skrin.

"Alaaa....", itu saja yang mampu aku balas.

Gara-gara malam tahun baru singgah rumah bujang member nak berlawan FIFA, tapi member pergi pasang filem Janam Janam.

Jahanam betul lah.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Forever Forever (Stay with me)

Forever, forever, forever, Walk by my side
Promise me that will meet me again
We are two bodies, but our hearts beat as one
Be mine, forever
Do not leave me ever

Υou are my twilight
for you, my heart aches
And only you can allay the pain
I have only one wish ever
Be mine, forever
Do not leave me ever

Aha ha ha...

Be mine, forever
Do not leave me ever

Both my worlds are there in the embrace of your arms
Wherever You reside, my heaven is right there
If this flame of desire is burning, it burns so from every direction
I pray taken for granted the flame never goes out
You are my desire, I am Your love
Are the words in my poem, I am your music/tune

I am thirsty only for You
In my veins, always remain this way like an intoxicant
Fulfil this desire of my love
Be mine, forever
Do not leave me ever

Υou are my twilight
for you, my heart aches
And only you can allay the pain
I have only one wish ever
Be mine, forever
Do not leave me ever



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home