Membina Ketrampilan dan Keyakinan Diri
Video korporat
Semalam aku dicadangkan untuk terlibat dalam pembikinan video korporat tempat aku bekerja. Aku mohon kebenaran bos untuk penglibatan aku, sebab kalau ikut jadual yang pihak produksi bagi tu macam lama pulak masa yang kena habiskan.
Bos kata dia approve, tapi its up to me lah kalau rasa boleh buat, pergilah buat tapi kalau rasa tak boleh buat sila jangan seksa batin, lebih kurang gitu lah maksud dia yang aku faham.
Bos kata dia approve, tapi its up to me lah kalau rasa boleh buat, pergilah buat tapi kalau rasa tak boleh buat sila jangan seksa batin, lebih kurang gitu lah maksud dia yang aku faham.
Bagi aku, takde hal punya, setakat bercakap depan camera tentang dua tiga perkara yang lumrah bukan sesuatu yang merumitkan, selain dapat giving back to company dalam menjayakan projek tersebut, sekurang-kurangnya dapat jugak explore diri aku sebagai seorang acah-acah korporat dan pelakon video, ini asik-asik selfie menyampah jugak orang kan.
Skrip
Pertama sekali briefing mengenai dialog atau apa isi yang kena keluar dari mulut. Pemilihan kata dan intonasi kena touch-up sikit supaya nampak korporat. Aku ikut je apa kemahuan produksi, takkan aku nak melawan pulak, padahal berlakon video je bukan filem aksi pun nak lawan-lawan. Kalau tak betul nanti mesti dia beritahu, atau pandai-pandailah dia sunting, bukan kerja aku tu.
Touch-Up dan Senyum
Kemudian, muka aku pulak kena touch-up. Entah bahan kimia apa tukang touch-up ni bubuh kat muka aku, tapi lepas tu nampak presentable lah daripada biasa, baru aku faham kenapa perempuan wajib pakai mekap setiap hari..boleh nampak ada penambahbaikan di situ, muka nampak segar, kalau tidak ofismate aku asyik tanya je 'kau tak sihat ke' 'kau mengantuk ke'.
Bila semua sudah ready,proceed lah dengan scene aku. Masa tengah rekod tu aku taklah gementar sangat, lebih kepada tak well-prepared, tapi rasanya berjalan lancar cuma tukang direct beberapa kali ingatkan aku untuk lepaskan senyuman. Gila kau, suruh aku cakap pasal kareer pastu cakap mat saleh pulak, mahunya tak berkerut muka. Aku cuba jugak susun konfiden mana yang ada dan yang paling penting buat-buat kacak. Biar nampak mahal,walaupun muka seposen.
Apapun, pelajaran hari pertama dari pengalaman ringkas semalam, untuk nampak korporat, profesional dan berdaya saing..aku perlu memperbaiki atau lakukan beberapa perkara seperti berikut.
1.Nampak segar. Dari segi pakaian, paras rupa dan postur.
2.Cakap omputeh. Atau kalau cakap melayu, selitkan terma omputeh..puii.
3. Tambahkan vocabulary, pilih perkataan yang sesuai bila bercakap.
4.Senyum dengan ikhlas, bukan senyum sewenang-wenangnya.
5.Pakai make-up yang sesuai untuk wanita,untuk lelaki aku rasa kena trim rambut dan berhati-hati dengan bau badan.
Dari 5 point di atas, secara keseluruhannya merujuk kepada keyakinan diri. Bila bercakap tentang keyakinan diri atau konfiden, tukang direct video sempat berkongsi tentang perkara penting untuk memikat wanita, iaitu KONFIDEN!
Aku hanya mengangguk konfiden, tapi pandang lantai lah. Kang kalau aku buat fokus kat dia nampak sangat miang nak memikat wanita.
Apapun, soal memikat ni pun subjektif, wanita mungkin sebagai contoh saja, kalau dilihat pada skop yang lebih luas, mungkin keyakinan diri tu menyumbang tenaga positif untuk memberikan impression yang positif kepada client, investor, majikan, masyarakat dan yang paling penting, DIRI SENDIRI!
*Foto atas sekali ehsan pikchthebrain.com
19 comments:
nice sharing...
tq
Tahniah.. dah jadi artis sekarang :P
Klau muka mmg pattern seposen camana nk bagi nmpak mahal? Tlg share tips.
patutlah tnye kt efg group tadi..hihhihihi..jawapan dia nnti ummul bg..
pakai spek mata yg mahal sikit lah kut.ha ha
puii artis
haha tak boleh buat selalu
bagilah sekarang..
berapa lama mau tunggu daa.
ur welcone
mesti seronok berlakon kan... tukang touch up perempuan ke laki ke makadik,,,,
dah jadi retisss.....confident kena ada
Fr ! Kasi up 1 gambar yg dah di touch up mukanya fr. Hihi
Wah wah wah ..Dah jadi retisss laaa ni..Ok bye kita tak leh kawan ngan retisss hahaha
see nampak point kenapa wanita suka make up dan pakai lawa lawa heeheee
mohon selfie gambar awak make up tu hahahha
ooooo muka dah dimekap ye.. baru faham perasaan perempuan kan. tapi perempuan melayu mana ramai sangat pakai mekap. tu ada muka letih je...
keyakinan memg penting. kalau x reti cakap omputeh, pandang muka orang tu betul2 dengan penuh yakin, dia xkan perasan kita x reti cakap omputeh. wakaka
lelaki sejati
sampai bila nak pandang?sampai subuh?
senyum dengan ikhlas.dah byk kali dh hehe
Post a Comment