Menangani Keguguran Rambut
Kat ofis aku ada seorang lelaki yang menjual produk menangani masalah keguguran rambut. Ironinya, rambut penjual itu sendiri terpancar cahaya kebotakkan, lepas tu ada hati nak promote barang anti-hairfall? Pekat betul darah pahlawan beliau.
Setiap kali dia nak promote, dia akan guna ayat lebih kurang begini intinya "i tak pakai produk ni, so jangan tengok kepala i, tengok pada yang dah pakai produk ni", merujuk kepada pelanggan dia sebelum ini. Dia kata dia tak berdisplin untuk pakai, itu saja, nothing to hide.
Yang hebatnya, beliau berjaya menjual kepada ramai orang, setakat ni dah terjual kepada 5 orang, yang aku tahu dan kenal lah, lain-lain aku tak pasti. Hebat kan? Kalau perempuan sibuk dengan produk untuk ramping, di mana penjualnya tidak ramping, lelaki dengan produk rambut dengan kepalanya tiada rambut.
9 comments:
FR boyak ke.. sampai terpengaruh beli ubat???? Opps larikkkkkk....
#typo...bkn boyak..tp botak...
bolehlah sikit-sikit...huhu
so rambut lebat dah laa sekarang?...
hehehe....mudah terpengaruh juga ye kaum lelaki ni...ingat pompuan je mudah terpengaruh...;-)
hehehe.....80% customer membeli sebab emosi
amboi...
dah habis pakai baru tahu keberkesanannya
betul jugak tu..politik jualan.
Pekat betul darah pahlawan beliau. kaitan? berani?
mulut lelaki manis
Post a Comment