Have a Little Faith: a True Story by Mitch Albom

Have a Little Faith: a True Story by Mitch Albom


“Faith is about doing. You are how you act, not just how you believe” (pg 44).


I. Buku ni menceritakan tentang kisah hidup 2 orang yang memberi inspirasi kepada Mitch Albom. Tak lari dari buku-buku Mitch sebelum ni, buku ni juga samalah bercerita tentang inspirasi yang Mitch kutip dari kisah hidup orang yang dikenalinya.

II.Orang pertama ialah Lewis, seorang alim yang sudah tua dan seakan memberi petanda masanya sudah tidak lama. Kedua ialah Henry, seorang yang dikatakan bukan main hebat dalam industri kejahatan di suatu ketika dulu namun kemudiannya menjadi baik dan berbakti kepada sesiapa saja yang dia jumpa.

III. Sebahagian besar buku ni menyentuh tentang memberi kepada orang lain, di mana kita percaya bahawa perkara kebaikan tidak perlu dibayar oleh sesiapa sebaliknya akan dibayar oleh kuasa yang lebih atas. Lewis misalnya, walaupun perkara kebaikan yang cuba dia sampaikan selalu diberi tentangan, dia sentiasa membulatkan hati dan membesikan nekadnya.

IV. Peluang kedua, banyak cerita atau peristiwa yang kita dengar tentang peluang kedua,ramai yang beruntung diberi peluang kedua, ada yang berubah 180 darjah, ada yang berubah 360 darjah, ada juga yang masih menunggu peluang ketiga. Dalam buku ini diceritakan Henry berubah dari seorang penjahat tanpa hati perut menjadi seorang hero masyarakat yang selfless.

V. Buku ini ini tentang kemanusian, tanpa mengira agama dan kasta ekonomi. Diselitkan juga cerita-cerita tentang agama-agama dan juga betapa Mitch pernah lari dan takut untuk membincang mengenainya. Tempo cerita agak perlahan, bagai mengira detik kematian, tapi life lessonnya boleh dihayati.


“Because one thing God gave us—and I’m afraid it’s at times a little too much—is free will. Freedom to choose. I believe he gave us everything needed to build a beautiful world, if we choose wisely.

But we can also choose badly. And we can mess things up something awful"


"Mitch Albom berhenti berlari dan mencoba untuk masuk lebih jauh ke dalam kehidupan Rabinya yaitu Albert Lewis yang sering dia panggil Reb. Reb, menurut Mitch, adalah seorang Manusia pilihan Tuhan. Di tiap nafas, kata dan laku selalu pekat dengan aura reliji. Dialog keduanya memberikan saya pencerahan dari arti sebuah kehidupan dan kematian hingga konsep mengenai Tuhan.

Bagi Reb, kehidupan seseorang merupakan bagian dari kehidupan orang lain. Entah menjadi bagian yang terang ataupun gelap. Bagi saya kehidupan akan ada saat kita benar-benar hidup. Hidup tidak hanya untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Namun sayang, seiring bertambahnya tahun, individualisme pun semakin menguat. Kita hidup sendiri-sendiri dan tidak mempedulikan orang lain, bahkan ‘tidak ingin masuk ke wilayah pribadi seseorang’ pun diajadijkan alasan kuat untuk itu. Mungkin saja kata empati dan simpati sudah tidak akan pernah digunakan lagi di kemudian hari."-Harun Harahap



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

Azirahman said...

tak pernah baca buku ni
#clickclicknufnang

aswaleyla said...

mcm mnarik jeee .

Farrah MF said...

Dah baca buku ni. Memang bagus! Banyak pengajaran buat kita.

Eny Abdullah said...

pernah nampak buku ni.. tp tak baca pula.. maybe kena cari balik nanti :D

Unknown said...

woww...!! nice sharing..
tgk cover pun dah menarik... :)

*okey, masuk list -- buku2 yang akan dicari*

Amelia said...

abg fr memang minat cerita macam ni eh? nampak menarik tapi saya x berapa sangat dengan genre macam ni. he

Fnd Rocka said...

yer dik...