7 Ragam Manusia Di Whatsapp



Nak tak nak , ada perkara aku kena jugak ikut apa yang orang ramai buat. Dulu masa henfon Korea aku nazak, aku biarkan saja tak berganti sebab berat rasanya nak melabur duit. Bila tanpa smartphone ni maknanya tak connect dengan aplikasi yang penting pada hari ini seperti Whatsapp. Pada mulanya aku okey tanpa whatsapp, takde yang berubah secara mendadak, bernafas pun guna oksigen takde plak tukar guna karbon dioksida macam tumbuh-tumbuhan. Cuma setelah sekian lama, baru aku perasan yang ada beberapa benda yang aku terlepas bila tak guna Whatsapp.

Yang paling terkesan bila aku tak tahu yang anak kawan rapat aku masuk hospital kerana jantung berlubang. Orang lain dah pergi melawat, tapi aku tak tahu menahu. Bila tanya kenapa tak diberitahu, jawapannya biasalah "kan dah inform semua kat whatsapp". Selain tu, kalau nak plan pergi lepak pun dorang akan guna dialog " nanti aku whatsapp". Dari situ aku dah sedar yang takde sapa nak berkawan dengan orang yang takde whatsapp. Sekarang orang dah tak pakai sms, kalau syarikat telco bagi pakej 5000 percuma sms sebulan pun tak rugi apa.

Setelah menggunakan aplikasi whatsapp ni, aku boleh katakan aplikasi ni sebagai satu aplikasi yang memberi impak besar kepada cara manusia berhubung, bersosial dan berkomunikasi. Jika digunakan dengan betul, whatsapp amat membantu dalam aktiviti harian kita sebagai medium untuk berbual, berkongsi gambar atau video mahupun menjalankan perniagaan

Ini seterusnya menyumbang kepada kepelbagaian kumpulan whatsapp yang diwujudkan, serta ahli-ahlinya juga ya ampun macam-macam perangai.

Berikut adalah jenis-jenis atau ragam pengguna whatsapp berdasarkan pengalaman aku sendiri:


1. Wartawan

Maknanya kalau berlaku banjir di sesuatu tempat, beliau adalah orang pertama yang akan kongsikan gambar atau berita berkenaan dengan banjir tersebut. Kadang-kadang terlalu pantas, hujan baru turun 10 minit tapi laporan banjir dia dah umum di whatsapp siap dengan gambar edit lah tapinya.

2. Ustaz.

Alhamdulilah. Sebenarnya elok setiap group whatsapp ada seorang dua ustaz yang boleh beri nasihat dan pencerahan tentang isu-isu tertentu.Kalau ada ahli yang nak berlaku sumbang sesama sendiri pun akan rasa segan. Selalunya ahli ustaz ni akan berkongsi cerita-cerita tentang agama, dan kita yang tak berapa ustaz pun selalunya akan jawab "betul tu..betul tu" atau kurang-kurang pun "InsyaAllah, mohon share"

3. Pelawak

Jenis pelawak ni kalau boleh nak melawak saja di setiap kesempatan. Pelawak ni biasanya tak serius sangat dengan whatsapp, bila tension je bukak whatsapp untuk bahan mana-mana yang ada lepas tu blah begitu sahaja. Pelawak ni sedikit-sebanyak dapat menceriakan ahli lain dan mewujudkan suasana yang relaks. Tapi ada jugak yang tak suka kat pelawak, kalau orang tua-tua dia tak faham sangat gaya lawak dalam whatsapp ye tak.

4. Jenis Sensitif

Berbeza dengan pelawak, yang sensitif ni sikit-sikit nak touching. Lepas tu takde orang pujuk nak left group, puii! Yang ni kena jaga-jaga sikit dengan perkataan yang kita guna. Selain tu, dorang akan share cerita-cerita sedih dan menyayat hati yang diambil dari group whatsapp lain dan komen kat situ "sedih cerita ni..nak menintis air mata baca". Biasanya ceritanya bukan main panjang, nak scroll pun letih apatah nak baca.

5. Kaki Kelahi

Yang ni asal berbeza pendapat sikit nak berkelahi, asal orang tak setuju sikit nak memberontak. Kadang sampai berlarutan dia punya diskusi tak habis-habis. Semua nak argue, berapa gelas cawan kena minum sehari pun nak argue. Tengah berkelahi tu, muncul lah benda-benda bodoh yang tak releven dan kadang semua nak mengungkit aib masing-masing, yang ni memang aku anti betul lah.


6.  Senyap

Yang ni macam tak wujud je. Sama ada henfon dia takde internet, dia sibuk, buat-buat sibuk atau orang dah pulaukan dia. Kalau sembang dengan dia, dijawabnya satu dua perkataan. Atau esok lusa baru dia jawab. Cuma kadang-kadang ada lah jugak dia up smiley-smiley untuk tunjukkan participation, tapi selebihnya memang senyap sunyi sepi. Kalau ada hal penting, kita lah kena private whatsapp dia.

7. Kaki Selfie

Asal pergi mana-mana mesti share selfie dia. Pastu caption "JOM pergi Mid Valley" sambil gambar kat dalam Mid Valley. Dah pergi baru nak ajak serupa tak payah kan..tapi okehlah gambar Mid Valley, ada tu yang gambar muka dia je sepanjang hari, Tapi kalau awek cun yang selfie, semua tak komplen.Kih kih!





Itu sajalah yang aku perasan sepanjang penglibatan aktif aku dalam arena whatsapp. Kalau korang ada contoh lain sila kemukakan di kotak komen. Kalau korang jenis sensitif, mungkin korang akan terasa dengan penulisan ni. Kalau korang jenis wartawan, mungkin akan kongsi penulisan ni di whatsapp. Kalau jenis kelahi, abislah semua nak argue. Apa-apa hal pun...bagi yang kenal aku di whatsapp, mesti tahu yang aku ni jenis pendiam dan pemalu, kan.kan.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

26 comments:

khatyaiman said...

kuikuikui..ayat last tak tahan..iyo la tue..

arzmoha said...

FR yang mana satu?

Fnd Rocka said...

pendiam dan pemalu

Wayne Harraz said...

awak yg ke-7 kn?

Fnd Rocka said...

bukan

aienzunnur said...

hahaha..mcm2 ragam kn

cinta said...

ada lagi.
kaki like.

SalbiahM said...

takde orang yang nak kawan dengan orang yang takde whatsapp...hahahaha

Amelia said...

boooo abg fr

Amelia said...

kak Sal :O

Amelia said...

ustaz : abe nize kot??

pelawak: abg fr kacak????

suka kelahi : KC hahahahhaha

kaki selfie : apong

k sekian dari saya. wartawan efg 041

MasturaDin said...

pemalu n pendiam nye FR..

MasturaDin said...

amu yg mane?

MasturaDin said...

pandai FR buat lawak kn..hihi

Unknown said...

kite yg no 6 tu.. haha.. biase lah.. antis sosial lah katekan

saye niza said...

yang silent readers tu sy baru terfikir smlm, mcmne diorg boleh silent, sdgkan punye riuh topic dlm group. at least send icon telinga tu makna dgr hahaha

cahaya hayati said...

Diam2 FR kaji sifat kat group yer.

kak gojes said...

Jenis yg pertama tu PALING KG Menyampah...ada org tu mmg wartawan la sgt. kita yg kerja di situ pun xsebar lagi dia dah sebarkan padahal surirumah aje..

Unknown said...

hahahahaa... tepat Amy....!!

yaya cendana said...

eheehehe...yaya ...kalau group banyak sembang kosong..mmg yaya left...buang masa

Reena Sidek said...

Reen yg mana satu ye.. Hehehe

Lyana Ishak said...

yana rasa , yana 3,4,7 hahaha .. lawak , sensitif n kaki selfie =P

Peluang Usaha Indonesia said...

Thanks to a brilliant effort in publishing your article. One can be more informative as this. There are many things I can know only after reading your wonderful article

Keyk Hu said...

kalau echa jenis melawak kot. tak pun pendiam. ikut mood jugak lah hahaha

Kaklong Chan said...

Hahaha.
Kaklong ni jenis no.6.
Senyap je.
Betul la tu, lepas 2 3 hari baru reply whatsapp :D

Fnd Rocka said...

busy sangat tu