Tranformasi Tulisan Tangan


Tulisan tangan aku mengalami beberapa peringkat transformasi. Di awal sekolah rendah tidak menampakkan sebarang corak yang ketara, namun apabila masuk remaja tulisan aku mula berubah menjadi bulat-bulat dan kecil macam semut api. 

Mungkin sebab tu aku cenderung untuk menulis karangan yang panjang, sebab aku ingatkan aku belum mencapai jumlah perkataan yang minimum dalam karangan padahal karangan satu muka surat aku sama dengan 2 muka surat orang lain. Tulisan tangan begitu tak kekal lama, bila melanjutkan pelajaran kemudiannya, aku mula catat nota ringkas secara pantas.

Tulisan tangan aku mula hilang pedoman hidup, dia pergi melulu ke mana saja yang dikehendakinya. Kadang meleret, kadang menegak, memanjang, membulat, memang kena dengan aura acah-acah fikiran rebel ketika itu, bila mana terlalu banyak anasir yang bermastautin dalam kepala membuatkan tangan tak boleh nak catch-up...itu yang bila nak final exam aku akan kurung semua nota-nota aku dalam almari, kemudian buat muka comel pergi pinjam nota awek-awek clasmate untuk di fotokopi.

Nota seorang awek ni bukan saja kemas, bersih,lengkap, warna-warni, ada emoticon, bahkan berbau wangi. 

2-3 semester sebelum habis belajar aku dah kurang pegang pen, dengan adanya laptop dengan komputer, aku lebih senang untuk menaip daripada menulis. Bukan niat untuk nampak bijak-bijak, tapi hmmm entahlah, mungkin mata aku sendiri sakit melihat tulisan sendiri, bila dah siap tulis satu page tu rasa macam nak marah bercampur rasa nak berak. Jadi, untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku memilih untuk menaip dan menyelamatkan pokok-pokok di Amazon.

Setelah sekian lama melupakan rupa tulisan tangan aku, kini, kenangan lama menjelma kembali. Bila banyak menulis guna pen sejak akhir-akhir ni, maka terlihatlah satu seni tulisan baru aku, kali ni dia dah berkacuk antara cacing dengan cakar ayam. Hipotesis aku mengatakan bahawa tulisan tangan tersebut terbentuk hasil dari ekosistem semulajadi, secara kuhususnya boleh dilihat melalui rantaian makanan seperti di bawah:

CACING ---> AYAM--->FENDI=Tulisan Fendi

Apapun, sebenarnya bergantung juga pada persekitaran, kalau situasi menekan-nekan tulisan aku:jadi bergelimpangan. Kalau aku tengok balik pun aku pelik "ni aku tulis ke aku tandatangan". Kesimpulannya, aku akan tarik nafas dahulu, bawa bertenang sebelum tulis hal yang penting dan kurangkan makan ayam.



Bercuti dan Berlibur di Sunway Lagoon


Bukan main excited budak-budak ofis aku bila bos cakap Family Day nak pergi Sunway Lagoon. Awal lagi dah beria-ria nak main Vuvuzela la, Rollercoster la, tido hotel la..ada pulak kata nak beli rumah kat Sunway, mende lah dorang ni takde kena mengena kut. Aku tak boleh nak tunjukkan keria-ngan sangat, aku mengaji berenang pun separuh jalan kan.

Dari dulu lagi aku memang suka kolam renang, duduk saja-saja atau duduk berendam main-main air, aku menganggap kolam ni macam life, kalau aku masuk mesti aku terkapai-kapai sebab tak tahu kedalamannya,nak jejak ke dasar kaki tak sampai, jika nak survive perlu bergantung pada apa yang aku ada,ketenangan, strength, stamina, knowledge, skills.


Aku pergi dengan wanita kegemaran aku dan adik beliau. Family day macam biasalah, kita ada joget-joget , kemudian ada sukaneka gitu. Lepas tu semua dibebaskan untuk bercucuk tanam bertaman tema.

Kawasan Sunway Lagoon ni memang luas, kalau ikutkan naluri kanak-kanak yang berombak di dada memang lepas je dari pintu masuk terus aku meluru ke dalam air. Tapi aku memilih untuk berperwatakan dewasa kacak  pada hari kejadian, aku buat lawatan terlebih dahulu dari satu tempat ke satu tempat. Kalau taknak serabut, sila ikut signboard atau baca phamplet yang dia bagi, tak payahlah pembaris sangat pakai Waze kat dalam tu.

Lepas simpan barang kat Locker, aku meninjau tempat mandi yang ala-ala di tepian pantai. Ini memang Sunway bikin suasana seolah-olah di pantai, pasir dia memang terhampar  halus macam kat pantai tu siap dengan ombak. Meriah pulak aku tengok pelancong asing main bola tampar pantai kat situ, sambil yang berjemur bawah sinar matahari pun tak kurang ramai. Siapa kata dalam bandar takde pantai kan, jangan-jangan kalau rezeki baik boleh jumpa ketam atau tapak sulaiman kat situ.


Luas yang amat, banyak kalori boleh bakar ni.

SUNWAY LAGOON WATER PARK

Memandangkan aku pun tak arif sangat selok-belok dalam Sunway Lagoon ni, aku pilih tempat yang macam layan je nak berendam-rendam terus aku masuk. Tempat yang aku pilih ni tempat yang rilek-rilek lah orang kata, aku pun taknak bukak sangat teknik-teknik renangan yang bukan-bukan, cukuplah berenang ala-ala kuda laut dah lah, kedalaman pun tak berapa dalam. kahkah.

Kalau nak thrill, pergi layan Surfing lah..situ macam ada surfing simulator, kalau kau rasa nak Baywatch sangat bolehlah meluncur di atas ombak pantai. Atau, main gelongsor air, Vuvuzela misalnya adalah tarikan utama yang melariskan jualan tiket. Kalau tak thrill jugak tak tahulah nak kata, mungkin wayar thrill belum cukup bergabung.

Bagi yang ada bawak kanak-kanak, memang kejang lutut lah nak melayan sebab macam-macam jenis playground ada, gelongsor-gelongsor mini yang biasa tu pun banyak, silap-silap dorang tak mau balik. Apapun, pastikan keselamatan diutamakan dengan mengawasi anak-anak di setiap masa.

SUNWAY LAGOON EXTREME PARK


Cari pasal


Kat sini ada ATV, Go-kart, archery dan yang paling ekstrim ialah Bungy Jump. Kau tahu tak Bungy Jump ni mende? Dia ikat kaki kau pakai tali pastu kau lompat dari ketinggian yang cukup untuk membuka pintu taubat anda. Kalau jiwa tak cukup kental, jangan lah nak buat hero hindustan nau, itulah nasihat aku pada diri sendiri.

Nasihat aku pada korang, kalau nak jump-jump ni, elok pakai baju elok-elok sebab masa kau terjun tu kan kelajuan dia too fast and too furious, kut yang baru lepas mandi terus main bungy jump.. naik je baju seluar terus hilang tak ke menzalimi diri sendiri.

Info :

Harga tiket bagi warganegara Malaysia adalah RM 120 untuk umur 13 tahun dan ke atas. 

Bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas hanyalah RM96. 

Belian tiket ini termasuk dengan semua jenis taman tema termasuk semua jenis permainan dan aktiviti di dalam Sunway Lagoon kecuali aktiviti seperti Bungy Jump, G force X dan Go Kart. 

Harga bagi warganegara Malaysia untuk Bungy Jump ialah RM 80 manakala warga asing ialah RM138. 

Tiket G Force X pula RM 32 untuk warganegara dan RM 64 untuk warga asing. 

Tiket Go-Kart RM 22 untuk satu tempat duduk dan RM27 bagi dua tempat duduk. 

Nak jimat boleh beli tiket kombo untuk aktiviti Bungy Jump dan G Force X yang bernilai RM101 untuk warganegara dan RM 160 untuk warga asing.

Lepas agak-agak dah puas berenang satu pusingan tu, aku pun bergerak ke bahagian amusement park pulak. Sebenarnya aku pun tak tahu aku pergi ke bahagian amusement park ke linkin park ke, yang aku tahu ada suara orang terlolong-lolong dari atas bukit nun di sana. Dalam hati aku ni mesti dorang naik benda-bukan lah ni.

Sampai je kat atas, suara lolongan pelbagai jantina makin kuat, rupa-rupanya kat sebelah aku ada benda mainan yang macam jam berpusing 360 darjah tu. Pirate apantah namanya. Benda-benda hiburan berat macam ni tak pernah aku buat, kiri kanan telinga aku dengar bisikan mengajak aku naik, tanpa aku sedari tiba-tiba aku dah bersusun dalam barisan untuk naik haiwan tunggangan tu.

Layankan je lah kan. Lagipun benda yang pusing-pusing gini elok jugak kalau nak keringkan baju ye tak. Untuk orang yang pertama kali macam aku, kira menguji jugaklah kerapuhan hati. Aku jerit jugaklah sikit-sikit, serba salah pulak kalau tak jerit langsung, kang brader yang jaga mesin tu kecik hati cemana.


Tomahawk


Yang game kedua ni aku ingat biasa-biasa je, aku cadang nak keringkan rambut pulaklah sebab konsep dia sama jugak pusing 360 darjah (kepala kat bawah kaki kat atas). Cuma bezanya tadi dia lock dada dengan peha, yang Tomahawk ni dia hanya lock dada dan lebih berdesup dari yang tadi. Maka, bila dia berpusing tu bontot terangkat dari kerusi, ada rasa macam nak tercampak sikit, nak buat apa pun tak boleh melainkan jerit je lah pastu mula lah berhalusinasi "benda ni memang patut macam ni ke, benda ni memang patut macam ni ke, bukan kena ketat lagi ke, bukan kena ketat lagi". 

Yang ni aku rasa dorang menjerit lagi tinggi pitchingnya. Aku suspek dorang naik menatang ni memang buat modal nak jerit lah, mungkin kat rumah atau kat ofis memang dah lama gatal tekak so sini memang tempat yang sesuai untuk lepaskan. Jangan tak tahu yang menjerit boleh membuatkan kita lebih sihat, lebih muda dan segar. Kau percayalah cakap aku ni.

Bagi yang berjiwa kucing, yang santai-santai mak enon pun ada jenis yang duduk dalam mangkuk pastu dia berhayun/ pusing-pusing kat atas, kira santai lah boleh sambil-sambil nak berborak tentang transformasi nasional 2050. Nak main tepuk amai-amai pun sempat. 

Dengar cerita ada rumah hantu kat Sunway Lagoon Scream Park, aku tak pastilah hantu apa yang bekerja siang-siang buta, yang ni aku skip la memandangkan perut pun dah lapar. Perut lapar kang aku pulak jadi hantunya makan orang.

Turun bawah balik ada pulak Wildlife Park, situ boleh tengok harimau, singa putih(entah produk apa dia pakai) atau cinta monyet. Aku sempat tengok ikan koi renang-renang tapi tak lama lah sebab macam sombong pulak ikan koi tu. Macam- macam kan. Memang tak cukup masa untuk pergi semua kawasan dalam satu hari. Kalau tidak boleh stay lama, pilihla park mana yang memenuhi kehendak dan minat korang. Kalau nak habiskan semua, memang kena bermalam kat hotel sebelah gamaknya.


Hensem tak?

Hotel-hotel Sunway







Kalau korang nak tau, terdapat 3 jenis Hotel Sunway iaitu Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Resort Hotel dan Spa. Dahulu Sunway Clio Hotel dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel West. Hotel ini dihubungkan dengan bahagian selatan daripada pusat membeli belah Sunway Pyramid. Hotel 27 tingkat ini berkonsepkan nasyid kontemporari. Tiada halangan untuk melihat gadis-gadis pemandangan taman tema Sunway Lagoon dari bilik hotel. 
Kalau nak betul-betul depan Lagoon Theme Park, aku cadangkan kau menginap lah kat Sunway Resort Hotel dan Spa. Selain tu, dari hotel ini boleh access terus dengan kemudahan pusat membeli-belah iaitu Sunway Pyramid. Lepas tengok wayang boleh jalan kaki balik hotel. Dari segi kemudahan hotel ni boleh rujuk pada bintang la. Layanan daripada pihak hotel juga semestinya 5 bintang. Harga memang bergetar tulang rusuk, tapi okehlah takdelah sampai kena jual buah pingang. 
Di sini terdapat lebih kurang 439 jenis bilik yang terdiri daripada premier room, club room dan suites. Terdapat juga 17 villa yang disediakan oleh pihak hotel. Jadi korang boleh membuat pilihan mengikut pada budget korang okey! Kalau nak survey boleh layari web Traveloka dan sebagainya.

Pengalaman bercuti di Sunway Lagoon memang berbaloi dan menyeronokkan. Tak perlu nak cuti panjang,  sabtu dan ahad pun boleh singgah. Bagi yang di luar lembah klang pulak usah khuatir kerana seleksi hotel-hotel untuk penginapan pun super-duper awesome.  Jangan berlengah lagi untuk book sunway hotels on traveloka. Selamat bercuti semua. 








Selamat Hari Guru diucapkan kepada Backstreet Boys dan Westlife, kerana merekalah yang mengajar saya bahasa Inggeris di rumah. Lirik-lirik lagu mereka mudah disebut dan bila ditulis pada kertas jawapan peperiksaan nampaklah macam ada sesuatu.

Bila dah mula kenal rock, saya pun tukar cikgu kepada Linkin Park, yang ni memang garang pengajarannya, tapi sampai ke sudah tak faham lirik dorang, mungkin sebab lirik dorang deep and dark lah kut. Anyway, ive tried so hard... but in the end, it doesnt even matter.

Akhir sekali, istemewa sempena hari guru, saya ingin sampaikan sepotong lagu sempena hari guru yang mulia.


Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa....
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafiiiieee..
Suasana hari guru...walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa...


SELAMAT HARI GURU


Mudahnya Menjemput Pahala


(Sambungan dari hal suratkhabar dari nota yang lepas)

Masa di universiti, sebelum final exam ramai yang berpusu-pusu ke library untuk menelaah buku dan sebagainya. Aku pun terikut-ikut trend gitu, sebenarnya lebih kepada teman kawan lah ceritanya, aku duduk 5 minit depan meja study lepas tu mula lah badan jadi miang-miang macam kena rasuk.

Terus aku pergi cari suratkhabar di bahagian yang telah dikhaskan. Selain menyediakan semua jenis suratkhabar yang  ada di Malaysia, situ ada sofa sesuai untuk sandar kepala dan menyilang kaki. Lepas 2 jam bila kawan aku balik, aku aku pun ikut balik jugak. Itupun sebab aku tak tahan aircond sejuk sangat.

Jadi setiap kali singgah ke library, inilah aktiviti yang paling aku nantikan. Setiap kali kawan aku tengok aku begitu tenang dan warak baca suratkhabar, dorang fikir mesti aku dah habis study. Secara halusnya, ketenangan orang lain adalah kerisauan bagi kita, so bila melihatkan seolah-olah aku dah bersedia untuk exam maka mereka pun bertungkus-lumus study tanpa henti.

Sedikit sebanyak aku dapat menyumbang kepada kejayaan orang lain dalam peperiksaan.
HOBI MURAH

Aku sebenarnya simple je orangnya, hobi aku dari kecik adalah baca suratkhabar.

Kadangkala kertas suratkhabar yang balut nasi lemak pun aku baca.

Pernah sekali tu aku kena beli nasi lemak dua bungkus, gara-gara nak dapatkan sambungan cerita dari bungkusan yang pertama. 

Susah juga nak baca sebab dah kena sambal.


Telefon Picisan Milik Saya



Sebagai seorang yang sudah setahun tidak menggunakan telefon pintar ke sana-sini, selain tidak pantas berhubungan melalui whatsapp, aku turut terbelakang dari aspek merakam moment. Entah tiba-tiba kalau aku terjumpa Scarlett Johansson masa beratur beli pisang goreng, memang aku kaku tak dapat nak berselfie sama. Kalau bos belanja starbuck pun tak dapat nak snap gambar letak kat IG, macam tak puas pulak sedut bagi abis pastu buang terus ke tong sampah kan, then apa guna ada akaun IG kalau tak serikan dunia poyo aku?

Yelah. Takkan kalau terserempak Scarlett Johansson aku nak speaking kat dia "Scarl, may i borrow your phone for a moment, need to take a selfie u and i". Dalam hati mesti Scarlett fikir dia yang artis ke budak lelaki hensem ni yang artis ye tak.

Tapi takpe, walau takde kamera, bila ada apa-apa event biasanya mesti ada punya someone yang jadi jurugambar sukarela. Senang untuk aku, kemudian mintak je send gambar-gambar kat whatsapp. Balik rumah aku boleh tengok guna tablet. Cuba kebiasaannya jugak, bila orang lain yang amik gambar kita, hasilnya jarang yang memuaskan sebab kita tak bersedia, posisi tak smart lah, lighting terang sangat la, mata tak bukak la, macam2 la. Sebab tu, kalau kau nak kenal seseorang insan tu kau jangan tengok gambar-gambar dalam facebook dia yang macam model, tapi tengoklah dalam facebook kawan-kawan dia, situ banyak muka penyek.

Satu hal lagi, aku paling menanti-nantikan bila disuruh untuk tolong ambil gambar. Sebab itu peluang untuk aku selfie dengan menggunakan telefon pintar orang lain. Perangai musibat gini korang jangan ikut sangat, zaman sekarang pasal hon pun boleh jadi bermusuhan, silap-silap kau kena back-hand dengan kawan sendiri. Cuma, sejak mencebur bidang hijack handphone orang ni, bila aku pakai kamera telefon gadis-gadis misalnya, suprisingly aku tengok elok pulak rupa paras aku. Terdetik riak tapi aku cepat-cepat bertaubat dan mula mengesyaki ada sesuatu dalam telefon gadis-gadis ni yang membuatkan gambar aku menjadi cantik dan polos. Barangkali dorang dah kemenyankan telefon bimbit dorang, atau guna khidmat bomoh nusantara untuk buang sial , macam biasa guna air kelapa. Atau mungkin aku perlu menerima kenyataan bahawasanya rupa paras aku memang indah rupa dari khabar? Tekaan aku meleset teruk.

Rupa-rupanya dorang ada pakai software, aku pun tak tahu dan tak faham sangat sebenarnya. Aku hanya ambil tahu tentang telefon pintar bila nak beli telefon pintar...last sekali aku beli telefon pintar adalah pada....hmmm...agak lama juga. Meski tak begitu pintar tapi aku tahulah, setiap kamera telefon ada spesifikasi yang tersendiri dan terperinci, yang menjana foto pada kualiti yang berbeza-beza. Sama seperti mata dan perspektif kita berfikir juga, apa yang kita lihat atau bagaimana kita lihat akan dipengaruhi oleh spesifikasi of our own mentality or mindset. Bila aku kabur dalam sesuatu hal, perlunya aku meneropong dari sudut yang berbeza, mungkin dari sudut yang sukar dan tidak selesa, tapi itulah cubaan untuk melihat dengan lebih jelas. 

Kurang Ajar / Cibai


Perkara-perkara yang aku rasa kurang ajar tapi aku tak pasti sama ada orang lain rasa perkara ni kurang ajar ke tidak sebab aku tengok ramai selamba amalkan (tak semestinya aku tak pernah buat). Yang aku senaraikan di bawah ni adalah hal yang selain common kurang ajar seperti berak tak flush atau buang sampah merata.


1. Duduk satu meja ramai-ramai, pastu kau cakap kat telefon berbual lama-lama dengan kawan. Aku meluat betul dengan orang macam ni, please save your conversation to yourself lah brader sister.

2. Pinjam pakaian orang lain kemudian pulangkan tanpa basuh atau cuci. Sama jugak kalau pakai bekas mangkuk atau cawan. 

3. Nak tumpang orang tapi orang yang kena ikut masa kau, melainkan orang yang nak tumpangkan kau tu sendiri yang offer dan tak menganggu aturan masa dia okehlah kan, kalau tidak tak payahlah kau nak suruh-suruh. Baik kau suruh orang sujud kat kau je.

4. Tanya gaji orang di khalayak ramai. Tanya pendapat okeylah yang kau sibuk nak tanya pendapatan orang time orang tengah berbual dah kenapa. Kau kerja dengan Najib  ke nak tahu pendapatan isi rumah bagai, BR1M tak dapat jugek.

5. Bukak telefon bimbit orang tak semena-mena kemudian tangan gatal selongkar dan slide galeri foto dalam telefon tersebut. Aku cakap english memang lidah tak fasih, tapi what the fuck what the fuck aku lancar je sebutannya.
Disebalik PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG


Maksud dan Pemahaman Disebalik lagu PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG



Malique merupakan seorang pengkarya yang phenomena. Setiap karya meninggalkan sesuatu yang berbaloi untuk didalami dari aspek artistik mahupun komersil. Secara spesifik, Malique adalah seorang rappers, keunggulan Malique terserlah terutamanya pada senikata lagu-lagu beliau. Lagu Mantera Beradu dan Maafkan Kamu adalah masterpiece dan evergreen.

Pada awal kemunculan Malique bersama Joe Flizzow menerusi Too Phat juga sesuatu yang phenomenal. Cuma beza Malique dulu dan kini pada nuansa lagu dan liriknya yang sudah melayu dan sasteratik. Siapa sangka Malique yang dulu pekat pada lidah dan ranggi gaya hip hopnya seakan mat saleh, kini meneruskan perjuangan muziknya bertunjangkan kekuatan kata-kata, nada-madah, puitistik nan indah dalam bahasa ibunda, tanpa kekok malah seperti dilahirkan untuk berbuat demikian.

Lagu terbaru Malique bersama Dayang Nurfaizah tidak kurang mantap. Vokal Dayang anggun seperti biasa, cuma dari senikata lagu ini banyak yang boleh dibicarakan. Secara teknikal, susunan rima dan kata berada dalam kedudukan tepat / sempurna, cuma dari segi maksud dan pemahaman aku dapati ada sedikit sebanyak percabangan.

Sebagai seorang pendengar, aku mempunyai rasa dan pandangan tersendiri terhadap mesej atau maksud lagu Pejamkan Mata, dengan bantuan kulit album terbaru beliau TKO (yang meletakkan gambaran 3 karektor dengan bukaan mata berbeza).

Foto ni ambil dari theVocket.com


(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal

Awal lagu ini menceritakan tentang kebebasan hidup atau keghairahan dalam menjalaninya. Tentang kita yang tidak banyak bersoal, hanya mengikut mana yang dirasakan sesuai dengan keadaan selesa. Meski seperti diperintah atau dibuli tanpa sedar, kehidupan sebegini sangat menyeronokkan sambil nafsu yang dipenuhi segala hajatnya dengan kesenangan dunia. Digambarkan pada kulit album bahagian belakang, mata ketiga di tutup sambil mata 'dunia' terbuka luas.


Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah.


Baris-baris seterusnya disusun dengan kemas seperti memberitahu ada yang tidak kena dalam kehidupan, sesuatu yang memenatkan dan dia meneruskan pencarian menjawab segala persoalan yang berlingkaran. Sehingga dia menjumpai kunci kepada soalannya, dia mulai terasa bebas pada erti kata yang baru. Ini boleh dirujuk semula pada kulit album depan di mana mata ketiganya terbuka, untuk membuka mata ketiga ini bukan perkara yang mudah, kerana perlu menutup mata yang melihat 'dunia' dahulu.



(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi

Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

Rangkap seterusnya menceritakan tentang suasana berada di dimensi yang baru. Yang aku faham, suasananya gelap dan sunyi(hembus lilin)/ suci dari duniawi. Mungkin sesuatu yang ghaib yang hanya boleh dirasai dalam hati sendiri. Boleh baca sendiri rangkap di atas untuk anda memahami dan terjemah. Mungkin seperti yang kita sering diingatkan, bila melepaskan dunia, nikmat dan keamanan dalam jiwa kita sudah jadi yang dipertua utama.

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Korus untuk lagu ini adalah satu statement yang kukuh, memujuk atau mengajak. Disuruh untuk pejamkan mata bukan untuk tidur sebenarnya, tapi untuk bangun. Dengan menutup mata yang lesu (kabur) melihat porak dunia, kita akan dibukakan mata hati untuk mendapatkan ketenangan (menghapus derita).

(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)

Dalam rangkap Malique ini, seakan sedikit sebanyak menyokong kefahaman aku tentang rankap-rangkap di atas. Malique menyebut dengan jelas untuk tidak diperhambakan dunia, sesuatu yang sukar tapi dia cuba. Nirvana di sana pada aku merujuk pada kehidupan selepas mati, Samsara adalah sekarang.


(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir


Rangkap Dayang ini mengajak untuk kembali kepada fitrah, mungkin juga untuk menyerah pada redha dan qada qadar. Demi melenyapkan segala gusar dan resah dunia.

Akhir sekali, meski banyak cakap pasal mata. sebenarnya jika diteliti, anda boleh lihat pada karekter yang ditunjukkan pada kulit album bahawa bukan sahaja mata yang terpejam, malah telinga juga ditutup dan mulut seperti dipenjara atau see no evil hear no evil talk no evil gitu. Betul-betul ber'puasa' secara lahiriah dan batiniah, hapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan, arasy yang tiada penghuni mengugut buli, tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan.


Atau, jika mahu pemahaman yang lebih mudah / perspektif lain. Boleh juga dikatakan lagu ini dimetaforakan dari kebosanan seorang pekerja makan gaji yang selama ini diperintah dan dibuli orang atasan. Saban hari dibuli dan dimaki walau dah beri komitmen tak terperi, tertekan lah dibuatnya, balik lewat malam lalu dia pun pekena pil atau minum atau hisap sesuatu yang mengkahayalkan untuk dia escape dari penjara dunia realitinya. Cuma persoalannya, seperti dilemma Neo dalam filem Matrix, pil warna merah atau biru yang dililih? (  wikipedia : in the filem, the main character, Neo, is offered the choice between a red pill and a blue pill. The red pill would allow him to escape from the Matrix and into the real world, therefore living the "truth of reality" even though it is a harsher, more difficult life; the blue pill would lead him to staying in the Matrix, living in a pretend comfortable world.) Sambil berada di awang-awangan, antara sedar dan tidak, mata separa tertutup beliau mengimpikan hari esok lebih baik dari hari ini.

nota:  kita mung-kin memahami mengikut penerimaan tersendiri, disebaliknya hanya penulis lagu ini lebih mengetahui, perbezaannya kita raikan. Salute Tuan Jeneral!


Glosari
Kencana – emas.
Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
Hering – burung pemakan bangkai.
Canggung – kekok, kaku, janggal.
Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
Kantor – ibu pejabat.
Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
Kasur – alas tidur, tilam.
Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
Solusi – penyelesaian masalah.
Revolusi- perubahan.
Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home