Mudahnya Menjemput Pahala
(Sambungan dari hal suratkhabar dari nota yang lepas)
Masa di universiti, sebelum final exam ramai yang berpusu-pusu ke library untuk menelaah buku dan sebagainya. Aku pun terikut-ikut trend gitu, sebenarnya lebih kepada teman kawan lah ceritanya, aku duduk 5 minit depan meja study lepas tu mula lah badan jadi miang-miang macam kena rasuk.
Terus aku pergi cari suratkhabar di bahagian yang telah dikhaskan. Selain menyediakan semua jenis suratkhabar yang ada di Malaysia, situ ada sofa sesuai untuk sandar kepala dan menyilang kaki. Lepas 2 jam bila kawan aku balik, aku aku pun ikut balik jugak. Itupun sebab aku tak tahan aircond sejuk sangat.
Jadi setiap kali singgah ke library, inilah aktiviti yang paling aku nantikan. Setiap kali kawan aku tengok aku begitu tenang dan warak baca suratkhabar, dorang fikir mesti aku dah habis study. Secara halusnya, ketenangan orang lain adalah kerisauan bagi kita, so bila melihatkan seolah-olah aku dah bersedia untuk exam maka mereka pun bertungkus-lumus study tanpa henti.
Sedikit sebanyak aku dapat menyumbang kepada kejayaan orang lain dalam peperiksaan.
0 comments:
Post a Comment