Promosi Hebat




Tak dinafikan kecenderungan atau cara fikir lelaki dan perempuan berbeza.

Beberapa kali aku bergelut untuk memahami logik orang perempuan, salah satu yang aku aku terpaksa lawan adalah bila nak beli baju misalnya.

Kalau beli 2 helai harganya Rm 100. Beli 3 harganya 135. 

Orang perempuan akan nampak lebih untung beli 3 sebab dapat jimat RM15.

Orang lelaki nampak dia dah rugi RM35 sebab dia datang nak beli 2 baju, buat apa nak tambah RM35 untuk dapat jimat RM15 yang tak perlu.

Cuma kalau aku rasa nak beli 3 baju dan tawaran harganya menarik, beli lah jugak kan, tapi sebenarnya kena berhati-hati dengan tawaran gaya gitu. 

Aku pernah jumpa kedai bagi diskaun 20% untuk seluar berharga RM100, jadi lah RM80 selepas diskaun. Tapi aku tak terus beli sebab dah rancang akan datang lagi minggu depannya, lagipun aku kan seorang Fendi yang inesen (saja tulis).

Minggu depannya dia buat promosi diskaun 50%, giler gempak, memang tertarik habis lah, nasib tak beli awal-awal, lepas tu aku tanyalah berapa harga selepas diskaun. Dia jawab RM80.

Aik? Dalam hati aku buat kira-kira menggunakan ilmu matematik moden yang aku belajar dulu, lepas tak jumpa jalan penyelesaian aku cuba pulak guna ilmu matematik tambahan dan kemudian ilmu ekonomi asas, masih juga tak dapat jawab kenapa bila diskaun 20% harga jadi RM80 , bila diskaun 50% pun harga jadi RM80? 

Rupa-rupanya harga asal dah jadi RM160. Itulah rahsianya. Dalam masa seminggu harga seluar dah naik mendadak, lagi untung orang buat pelaburan seluar daripada buat pelaburan emas.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

ummul azkee said...

Erm..tu ok lg..ada kes..kt satu bhgian tulia ada diskaun sekian2..bile bayar xde diskaun..lagi sadis.

Fnd Rocka said...

kahkah lagi kejham

Zhi said...

Hahaha.. saya kalau nak beli, saya beli je. Tapi biasa nak beli compare harga dari kedai-kedai lain kalau ada. Kalau takde, beli je. Malas nk tunggu PROMO sebab kadang jadi macam tu lah. Sama je pun harg nya. Kecuali Happy Hour ke ape memang harga jauh lebih rendah.

Tapi bila diingat balik ..
"EH.. LAMA JUGA DAH TAK SHOPPING" ahaks~

Good day!

Inani Hazwani said...

Inesen eh? HAHAHAH ! Alaah tapi kalau dah berkenan tu mesti belu jugak. Eh ;p

cinta said...

Keluar shopping time ada sale.
Tp beli brg yg xde sale.