Bacaan Lewat Malam - Perlumbaan


 Buku the Magic Strings of Frankie Presto (Mitch Albom). Bab 7.

Talent is a piece of God’s shadow. And under that shadow, human stories intersect” – page57

Baffa membawa anak kecil bernama Frankie untuk belajar muzik dengan seorang pemuzik tempatan yang masyur (dan juga pemabuk). Setelah gagal mendaftar di sekolah muzik atas alasan Frankie terlalu muda, El Maestro (nama samaran pemuzik masyur tersebut) adalah harapan terakhir Baffa untuk mengejutkan bakat dalam tubuh Frankie.

Buat sekian lama, apa yang El Maestro lakukan dalam kelasnya adalah : Bermain muzik. Frankie akan duduk di kerusi, melihat dan menghayati gurunya El Maestro bermain muzik. Hingga cukup masa, diucapnya selamat tinggal. Itu saja berkali-kali.

Tiada gitar. Tiada sheet music, tiada asignment. Nehi.

Sampai suatu masa, Baffa bertanyakan kepada El kenapa tiada instrumen untuk Frankie. Tidak dijawab, malah El Maestro menukar perbualan. 2 minggu selepas itu, mengenangkan yuran tetap dibayar, Baffa tanyakan lagi persoalannya. Kali ini berjawapan.

"Tak boleh menulis kalau tak membaca"

"Tak boleh makan kalau tak kunyah"

"Dan, tak boleh main muzik, kalau tidak mendengarnya dengan betul dahulu"

Tamat bab 7, memberi perspektif kepada aku tentang pentingnya proses dan tertib. Hidup bukan satu perlumbaan yang harus segera ke garisan penamat.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

cinta said...


Ada murid darjah satu yang belum mahir 123 dah kena belajar operasi tambah dan tolak.

Lepas tu budak tu stress lepas tu rasa math tu susah lepas tu dh tak suka math lepas tu budak tu rasa kalau tak boleh buat lebih baik main sebab nak hilangkan stress lepas tu cikgu stress apa pasal budak ni diajar tambah tolak tak reti2 lepas tu mak bapak pun stress dan buat kesimpulannya sebab budak tu banyak main lepas tu tak bagi budak tu main dan kena mengadap latihan operasi tambah tolak sampai mual.

Sebenarnya kita tak jumpa formula ni.

Tak boleh mengira kalau belum tahu 123.