Diari Seorang Gemuk


cara senaman, motivasi senaman, kuat senam, gaya hidup sihat, orang gemuk


Minggu lepas pergi Kl Sentral jumpa brader Meor tengah busking, dia kata 'eh..badan dah berisi sikit'

Keluar gambar kat whatsapp group, member komen 'perut cover sikit'

Wanita kegemaran aku ketawa bila orang kata aku gemuk, dia kata padan muka aku. Hakikatnya, aku sangat menghargai bila orang pandang aku atas bawah seraya meriwayatkan "eh kau dah gemuk". Ini adalah respon yang aku suka. Ini bukan sarkastik, ini bukan cobaan, ini adalah betul-betul. 

Aku seorang yang suka bersenam, seronok, tak payahlah aku cerita faedah bersenam bagai tapi cukuplah kita sedar yang bersenam ni peranannya besar pada rohani dan jasmani,kalau bukan sekarang mungkin pada hari tua. Tapi, bersenam saja-saja sebenarnya bosan juga, terutamanya bersenam yang rutin.

Untuk mendapatkan thrill dan daya adrenalin yang kuat untuk bersenam, perlunya merasa diri gemuk. Permainan psikologi begini perlu untuk menambah kualiti senaman dan menjana motivasi luar sedar. Macam ada bahaya yang sedang mengejar di belakang, larian pun tanpa disedari menjadi kencang. Maksudnya, ada cabaran yang kita sandarkan dan matlamat yang kita nampak di hadapan. Sebab tu aku terima dengan baik bila orang kata aku gemuk, terasa nak bersenam dibuatnya.

Sama macam belajar, orang yang merasa diri bodoh dan perlu memerah keringat untuk belajar lebih cenderung untuk mendapat natijah dari isi pembelajaran, berbanding yang sudah merasa pandai dan serba tahu mereka lebih cenderung untuk bersikap kurang ajar dan kemudian tidak berkembang kepada apa-apa.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Zhi said...

Saya suka pandangan tentang gemuk dari sisi yang berbeza.
Kalau semua orang berfikiran macam ni,
Si gemuk boleh pupus.

ini dah la gemuk, orang kata gemuk nak down pulak. Lepas tu bila down, makan banyak lagi.. bertambah gemuk. Gemuk lah sampai ke mati .

haha..

Good day .. =)

Anonymous said...

apa jua bentuk badan yang penting sihat

http://jmbelog.blogspot.my/