Do not enter where too much is anticipated. It is the misfortune of the over-celebrated that they cannot measure up to excessive expectations. The actual can never attain the imagined: for to think perfection is easy, but to embody it is most difficult. The imagination weds the wish, and together they always conjure up more than reality can furnish. For however great may be a person’s virtues, the will never measure up to what was imagined. When people see themselves cheated in their extravagant anticipations, they turn more quickly to disparagement than to praise. Hope is a great falsifier of the truth; the the intelligence put her right by seeing to it that the fruit is superior to its appetite. You will make a better exit when the actual transcends the imagined, and is more than was expected. – Baltasar Gracian
Kebiasaannya pada pagi isnin, sampai sahaja di pejabat, sambil mata menatap komputer, kami (lelaki kacak duduk bersebelahan) akan berbual / update berkenaan perlawanan-perlawanan bola sepak yang berlaku hujung minggu, terutamanya liga inggeris. Namun, memandangkan liga inggeris telah pun tamat bagi musim 2015-2016 (dimenangi oleh Leicester City), agak terkejut jugak dengan soalan yang keluar dari tekak kawan sepejabat yang selalu bersembang pasal bola sepak inggeris. Di luar jangkaan.
"Semalam Clever Girl siapa menang?"
Aku tak pernah tengok program celever girl ni, terserempak pernahlah, tapi kebetulan tahu jawapannya, sebab dari malam sebelum lagi keputusannya dah bersusun kat mukabuku. Fatin menang.
"Haha, kau ingat aku ada masa ke nak tengok cerita tu", aku jawab tanpa memberitahu siapa pemenangnya supaya tak nampak macam berpengetahuan tinggi.
Hakikatnya memang aku tak tengok pun program tersebut, punyalah beriye nak tunjuk perempuan ni pandai, sampai dibuatnya satu program bernama Clever Girl (tak menafikan perempuan memang pandai). Haha sebenarnya aku sendiri pun bukan pandai, kalau aku dapat masuk program clever boy ke clever man mesti kena kecam orang cakap harapkan rupa jer kacak dan tampan tapi tak clever pun ( sebenarnya aku ok je kalau orang cakap camtu)
Aku fikir, berat jugak aku makhota clever girl nak letak atas kepala,expectation orang dah lain. Kena clever-clever lah bawak diri lepas ni. Sama macam Leicester City, bila dah namanya pun champion, penyokong mesti dah naik tocang, dah takkan berpuashati kalau sekadar biasa-biasa.
Macam aku kat ofis, aku ada lah buat kelakar yang mengena 3-4 kali, biasalah kan semua orang ada buat kelakar, yang paling last sekali aku buat kelakar pakai email, yang pakai email ni dua kali berturut dorang laughing out loud dalam erti kata yang sebenar.
Lepas dari situ, apa yang berlaku, setiap kali aku nak buku mulut, dorang akan pandang aku macam aku nak keluarkan benda kelakar dari mulut, bila ada emel yang perlu dibalas pun dorang akan bagitahu aku, supaya aku akan balas dan dorang nak baca.
Sudahnya, aku jadi malas nak try hard, just because aku taknak live up to their expectation.
Bahaya bila expectation dah set, apa-apa yang tidak menepati apa yang diimiginasi akan dianggap seperti palsu dan akhirnya membawa kepada kekecewaan. Kekecewaan is bad. Tak seronok lah berenang in a sea of other people’s expectations, rasa tak aman dan melemaskan.
Expectation can kills.When you stop expecting people to be something you imagine, you can like them for who they are, setuju tak dengan quote ni?
1 comments:
Quote kau lg best dari Baltasar Gracian punya.
Menyusahkn aku nk buka kamus pagi2.
Post a Comment