Ada Apa Dengan Cinta 2


Ada Apa Dengan Cinta 2

 Ada Apa Dengan Cinta 2

Filem ini mudah saja kira-kiranya, perjalanan meneroka cinta lama yang terkandas. Yang menarik adalah pada jalan kira atau penceritaannya. 

Menyingkap kembali hubungan Rangga dan Cinta yang terpisahkan (berantakan) antara New York dan Jakarta, sebab dan alasannya tidak dapat tidak terpaksa juga anda menonton sendiri. Setiap kebingungan sejak sekian lama harap dikunyah dan dihadam perlahan.


Apa kabar hari ini? Lihat tanda tanya itu,jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.

Ada Apa Dengan Cinta 2, filem susulan menampilkan sisi matang Rangga dan Cinta, pertama sekali dapat dilihat pada bicaranya. Pasangan sejoli ini lebih tenang-tenang aja gitu, sedia mendengar untuk memahami,  tidaklah seperti dulu asyik saja nak tersinggung di sana sini.

Dihiasi dengan keindahan seni dan budaya, sebagaimana ditonjolkan oleh dua watak perdana Rangga dan Cinta yang masing-masing mempunyai perjuangan seni dalam profesion, maka, tiada yang lebih tepat menemukan mereka selain dilatar kota budaya Yogyakarta.

Yang paling penting, puisi. Tidak mengecewakan apabila filem ini masih mengangkat puisi sebagai elemen utama dalam bercerita. Suka bangat (sangat) aku dengan puisi tentang New York tu.


Tidak Ada New York Hari Ini

Tidak ada New York hari ini.
Tidak ada New York kemarin.
Aku sendiri dan tidak berada di sini.
Semua orang adalah orang lain.

Bahasa ibu adalah kamar tidurku.
Kupeluk tubuh sendiri.
Dan cinta-kau tak ingin aku
mematikan mata lampu.
Jendela terbuka
dan masa lampau memasukiku sebagai angin.
Meriang. Meriang. Aku meriang.
Kau yang panas di kening. Kau yang dingin di kenang.

Kekuatan filem ini aku rasa terletak hampir penuh pada keserasian (chemistry) Rangga dan Cinta. Lontaran dialog tubuh dan tutur mereka mengikat penonton untuk terusan dibuai untuk menanti langkah-langkah mereka seterusnya. Mantap dari kedua-duanya, sangat ikonis dan menghiburkan. Mungkin sebab ini lah aku berani mengaku aku suka filem ni.

 Ada Apa Dengan Cinta 2


Secara pribadi, Rangga adalah fenomena kerana dia adalah satu sosok yang jujur kelihatan, tuturnya juga jujur, apatah lagi puisinya juga kedengaran jujur (dan enak). Rangga bertindaklaku seperti seorang pengembara yang hidupnya tidak selalunya selesa tapi senang dengan adventure. Boleh saja filem ini dijudulkan sebagai ' Ada Apa Dengan Rangga' kerana dia jelas lebih tampak hidup dari yang lain-lain. 

Cinta pula, hmm lebih cantik parasnya bila sudah melepasi fasa remaja. Kalau dulu comot sikit kan masih sekolah, sekarang dah bersolek nampaklah ayu dan metropolitan gitu, kena dengan usia.

Kurang sedikit pada runut bunyi filem kali ini, yakni tidak sefenomena dulu iye dak? Tapi dari segi kualiti persembahan visualnya nyata lebih baik. Seakan menonton sebuah video klip, boleh terbuai dari satu potong babak ke babak lain, cukup lancar dan boleh dinikmati. Kadang terlalu 'indah' seperti tempelan atau iklan, di mana tidak memberi makna tapi sekadar mahu mencantikkan suasana. 

Sudahnya, tidak kira Rangga atau Cinta, mahupun kita sendiri, harus berdamai dengan masa lalu (tidak bermaksud perlu cari kekasih lama dan ajak berpacaran semula), kerana kalau masih tergantung hidup antara masa lalu mu dan masa sekarang, takut nanti hidupmu separuh-separuh, tak puas macam berak tak lawas.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

Unknown said...

apa pun..filem ini juara!! hehe

cinta said...

Bg yg blm tonton filem ni mcm aku bila baca review ni rasa macam tengah layann, babak2 dari AADC2002 bermain-main di kepala dengan muzik latar dan soundtrack bersilih ganti, hanyut dalam puisis dan babak2 dramatik sambil cuba membayangkan AADC 2.
Tiba ayat terakhir perenggan terakhir tiba-tiba cd sangkut dan rasa macam terhantuk dinding.
Analogi seorg fendi rocka. A signature.

Nurul Shahira said...

Part berak tak lawas tu seram! Huh.

Zhi said...

Akhirnya saya dah tengok cerita ni secara solo. Tanpa perlu buat peraduan.. haha..Ceritanya biasa-biasa. Tapi watak dan puisi-puisi dalam filem ni memang best. Saya siap beli buku-buku dia (jangan tak tau) .. LOL~

Take care !

Inani Hazwani said...

Baru pergi tengok Jumaat lepas. Hehe. Best lah jugak !