Ranjau

 Setelah singgah sekejap di pesta buku hari tu, semangat membaca buku aku bangun kembali. Aku baru saja habis membaca buku into the light karya Abdullah Hussein dan sekarang tengah baca Aleph by Paulo Coelho. Aleph ni aku beli kat Bangi masa tengah kopi-kopi (padahal order teh ais cincau) tengah rakan-rakan, masa tu aku melilau di sekitar kedai makan tu tetiba nampak barisan rerurai jual barangan lama termasuklah buku-buku.


Seronok kann beli buku? Kalau baca buku yang tebal dengan info atau sejarah, dah macam membuka dimensi baru dalam kepala. Buku ni secara clichenya macam kawan yang mengajar dan menemani. Dalam buku ni kalau kena dengan bukunya, dia akan mencetuskan soalan-soalan yang tak pernah dipersoalkan dalam hidup seharian kita, dia membawa satu semangat yang tak pernah dirasakan, atau idea yang kau boleh kau kira-kira tambah darab bahagi menerusi kotak fikiran kau sendiri. Atau kalau tak berlebihan buku-buku ni boleh memanusiakan aku jugak, lari sekejap dari rutin kerja rigid dan robotik.


Cuma nak cari buku yang tepat ni pun satu hal, tak semua buku ngam dengan kita. Sebab tu aku selalu amik cadangan buku dari orang. Dalam satu temubual baru-baru ni Uwei mencadangkan buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon, terus aku order bersama-sama buku kombo Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang karya A Samad Said. 


Buku lama-lama ni sebenarnya kekal baru selagi ada pembaca baru seperti aku. Buku yang bagus diuji dengan masa, jika selepas 50 tahun atau 100 tahun ia masih diangkat..kau taulah tahap lejen dia macam mana. Dia macam orang muda memang nampak style dan trendy, tapi kalau nak cari substance, buku-buku lama lebih banyak substance yang bermutu..mungkin orang baru tulis bertemankan aircond dan secangkir kopi overprice dan memikirkan berapa unit buku ini boleh dijual. Sedang orang lama menulis kerana idea/ mesej / cerita yang hendak disampaikan,dulu takde internet atau youtube, menjadikan buku sebagai medan berkongsi tentang diri dan kehidupan…juga wadah hiburan menerusi perkataan dan sastera, aku pun kalau facebook tanya whats on your mind, aku post gambar makan je..makan je lah yg tahu.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Zhi said...

"Cuma nak cari buku yang tepat ni pun satu hal, tak semua buku ngam dengan kita" <--- ni aku setuju.