Unmind

 


Unmind



Sejak smartphone menjadi popular, aku tidak lagi menulis blog atau menggunakan media sosial menerusi laptop atau komputer. Completely transisi kepada smartphone tanpa menoleh walaupun laptop tu sentiasa ada bersedia untuk diketik-ketik.


Aku fikir ini mungkin sebab smartphone lebih bersifat peribadi untuk aku dan mudah untuk dibawa kemana-mana lah, meskipun aku masih merasakan tulisan akan lebih meluas dan ada dinamika bila mengeruk papan kekunci sebenar di laptop berbamding menggunakan dua jari ni smartphone. 


Untuk menulis di smartphone ni pulak kena mengharungi banyak dugaan dan godaan notifikasi dari pelbagai arah. Sedang kau menfokuskan apa yang kau nak tulis, dua jari ni akan melencong ke ikon facebook la, instagram la, whatsapp laa..dan lain-lain. Ini sekaligus membuatkan smartphone yang dulunya membuatkan kita boleh menulis di mana-mana pada bila-bila masanya akhirnya tidak ada apa-apa pun yang tertulis.


Tapi tu lah,  nak seribu daya..taknak seribu kali melencung. Bila seorang rakan dalam arena blogging kata dah hilang kata-kata, tak tahu nak tulis apa, aku pun mencadangkan konsep rambling anywhere anytime kepada dia untuk mengembalikan kata-katanya yang hilang. Sambil mencadangkan tu, aku pun praktikkan lah supaya idea tu berbalik kepada aku.


Sambil tu aku pun berteori yang apabila kira berada dalam keadaan yang selesa, atau gembira, terasa pemikiran kita jadi tumpuldan idea tak berapa nak berkawan. Tapi lain pula bila diselubungi hiba, duka, kecewa, bagaikan hujan pulak idea tu mencurah-curah. Pernah dengar juga orang kata, nak menulis dengan spirit ni kena sedih dan sunyi..ah sudah..aku rasa kita lagi pandai menggunakan emosi dark tu untuk dipindahkan ke dalam bentuk penulisan sebab memang bahan bacaan kita pun agak melankolil lebih-lebih lagi bacaan melayu pasca perang dunia atau pasca kemerdekaan.


Sementara nak menulis sesuatu dalam state of euphoria, dalam penuh keceriaan, adalah susah dan tak berapa nak meresap. Mungkinkah kita bangsa balada? Kalau band-band metal atau heavy metal pun, bila nak keluar radio kena rakam lagu ballad baru syarikat berani nak amik. Kalau nak ikutkan semangat rock and roll, susah kita nak terima..kita nak balada atau mendayu-dayuuu.


p/s: aku assume kawan yang kehilangan kata-kata tu tengah gembira, mengambil-kira dia banyak post gambar sweet-sweet di Singapore dan Kuala Lumpur.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: