Setelah singgah sekejap di pesta buku hari tu, semangat membaca buku aku bangun kembali. Aku baru saja habis membaca buku into the light karya Abdullah Hussein dan sekarang tengah baca Aleph by Paulo Coelho. Aleph ni aku beli kat Bangi masa tengah kopi-kopi (padahal order teh ais cincau) tengah rakan-rakan, masa tu aku melilau di sekitar kedai makan tu tetiba nampak barisan rerurai jual barangan lama termasuklah buku-buku.
Seronok kann beli buku? Kalau baca buku yang tebal dengan info atau sejarah, dah macam membuka dimensi baru dalam kepala. Buku ni secara clichenya macam kawan yang mengajar dan menemani. Dalam buku ni kalau kena dengan bukunya, dia akan mencetuskan soalan-soalan yang tak pernah dipersoalkan dalam hidup seharian kita, dia membawa satu semangat yang tak pernah dirasakan, atau idea yang kau boleh kau kira-kira tambah darab bahagi menerusi kotak fikiran kau sendiri. Atau kalau tak berlebihan buku-buku ni boleh memanusiakan aku jugak, lari sekejap dari rutin kerja rigid dan robotik.
Cuma nak cari buku yang tepat ni pun satu hal, tak semua buku ngam dengan kita. Sebab tu aku selalu amik cadangan buku dari orang. Dalam satu temubual baru-baru ni Uwei mencadangkan buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon, terus aku order bersama-sama buku kombo Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang karya A Samad Said.
Buku lama-lama ni sebenarnya kekal baru selagi ada pembaca baru seperti aku. Buku yang bagus diuji dengan masa, jika selepas 50 tahun atau 100 tahun ia masih diangkat..kau taulah tahap lejen dia macam mana. Dia macam orang muda memang nampak style dan trendy, tapi kalau nak cari substance, buku-buku lama lebih banyak substance yang bermutu..mungkin orang baru tulis bertemankan aircond dan secangkir kopi overprice dan memikirkan berapa unit buku ini boleh dijual. Sedang orang lama menulis kerana idea/ mesej / cerita yang hendak disampaikan,dulu takde internet atau youtube, menjadikan buku sebagai medan berkongsi tentang diri dan kehidupan…juga wadah hiburan menerusi perkataan dan sastera, aku pun kalau facebook tanya whats on your mind, aku post gambar makan je..makan je lah yg tahu.
Unmind
Sejak smartphone menjadi popular, aku tidak lagi menulis blog atau menggunakan media sosial menerusi laptop atau komputer. Completely transisi kepada smartphone tanpa menoleh walaupun laptop tu sentiasa ada bersedia untuk diketik-ketik.
Aku fikir ini mungkin sebab smartphone lebih bersifat peribadi untuk aku dan mudah untuk dibawa kemana-mana lah, meskipun aku masih merasakan tulisan akan lebih meluas dan ada dinamika bila mengeruk papan kekunci sebenar di laptop berbamding menggunakan dua jari ni smartphone.
Untuk menulis di smartphone ni pulak kena mengharungi banyak dugaan dan godaan notifikasi dari pelbagai arah. Sedang kau menfokuskan apa yang kau nak tulis, dua jari ni akan melencong ke ikon facebook la, instagram la, whatsapp laa..dan lain-lain. Ini sekaligus membuatkan smartphone yang dulunya membuatkan kita boleh menulis di mana-mana pada bila-bila masanya akhirnya tidak ada apa-apa pun yang tertulis.
Tapi tu lah, nak seribu daya..taknak seribu kali melencung. Bila seorang rakan dalam arena blogging kata dah hilang kata-kata, tak tahu nak tulis apa, aku pun mencadangkan konsep rambling anywhere anytime kepada dia untuk mengembalikan kata-katanya yang hilang. Sambil mencadangkan tu, aku pun praktikkan lah supaya idea tu berbalik kepada aku.
Sambil tu aku pun berteori yang apabila kira berada dalam keadaan yang selesa, atau gembira, terasa pemikiran kita jadi tumpuldan idea tak berapa nak berkawan. Tapi lain pula bila diselubungi hiba, duka, kecewa, bagaikan hujan pulak idea tu mencurah-curah. Pernah dengar juga orang kata, nak menulis dengan spirit ni kena sedih dan sunyi..ah sudah..aku rasa kita lagi pandai menggunakan emosi dark tu untuk dipindahkan ke dalam bentuk penulisan sebab memang bahan bacaan kita pun agak melankolil lebih-lebih lagi bacaan melayu pasca perang dunia atau pasca kemerdekaan.
Sementara nak menulis sesuatu dalam state of euphoria, dalam penuh keceriaan, adalah susah dan tak berapa nak meresap. Mungkinkah kita bangsa balada? Kalau band-band metal atau heavy metal pun, bila nak keluar radio kena rakam lagu ballad baru syarikat berani nak amik. Kalau nak ikutkan semangat rock and roll, susah kita nak terima..kita nak balada atau mendayu-dayuuu.
p/s: aku assume kawan yang kehilangan kata-kata tu tengah gembira, mengambil-kira dia banyak post gambar sweet-sweet di Singapore dan Kuala Lumpur.
Sebagai seorang introvert yang sekali-sekala menyamar sebagai extrovert demi kelangsungan hidup, memang aku tak berapa nak merasa damai di khalayak manusia berpusuan. Tapi nak jugak gi pesta buku kat PWTC.
Buku-buku ternyata lebih murah dari pasaran. Aku pun dengan pantas tapi tegas, cari-cari buku yang boleh dijadikan vaksinasi minda. Nampak je buku berjudul Juara oleh S Othman Kelantan, terus aku sauk, buku ni memang mempunyai status tinggi di kalangan pembaca tempatan.
Malah, darjat buku JUARA ni dinaikkan lagi apabila difilemkan oleh U-Wei menjadi sebuah naskhah filem terbaik di suatu ketika dulu - JOGHO. Sebagai acah-acah menghayati filem-filem U-Wei aku amik terus buku Juara ni, lagipun kena lah dengan jersi Liverpool yang aku pakai masa nak bayar kat kaunter tu..juara.
Bila balik rumah aku bukak plastik, baru nak baca…tiba-tiba….tiba-tiba takleh nak baca pulak. Nak eja satu-satu tak lepas, nak disyairkan pun tak pas.Buku dah diterjemah ke bahasa spanish daaaaa..inilah yang dikatakan juara tertunda, dont judge book by its cover.
P/s: Adik kat kaunter tu pun bior je aku beli buku spanish, maybe ada sinar latin di wajahku. Que sera que sera.