Kau kat mana?

“Tekala..”

Istana?

“Bukan..Tekala.”

Rumah?

“Bukan, aku kat tempat mandi ni Tekala”

Port Dickson?

“Bukan, ni tempat ada air terjun..Sungai Tekala.”

Ish nak main teka-teka lak..sungai congkak ke?

“Sungai Tekala laa..”

Dah teka dah nak teka apa lagi, dah macam perdana menteri lak nak teka-teka.

“Jap aku hantar gambar.”










Runners dont need good luck, they need good legs... or maybe good arms. I would like to thank my arms for always being by my side so my legs can sleep in peace.

Selangor Marathon ni flag off pukul 1 pagi. 
Marathon biasanya memang mula time keliwon nak keluar cari makanan, manusia lain sedang memeluk bantal kau sibuk nak main kat jalan raya. Memandangkan ni malam pertama aku untuk full marathon, memang takde pengalaman maka tak boleh letak target sado sangat kang terciduk malu dapat MC pun dapat. Target aku nak settle sebelum cut off untuk dapatkan tshirt finisher la sekurang-kurangnya, dalam masa yang sama setting benchmark for next marathon.

Untuk virgin 42km macam aku, yang masih bergetah, kena buat ujian ketahanan badan dengan masa yang diperlukan untuk aku kayuh sampai habis. Sebelum mula tu aku dah congak dalam kepala, kalau ikutkan target nak sekadar finish - kiraan formula mudah 1jam buat 7km, so 7km darab 6 bersamaan 42km (Finish). Simple. Kalau santai-santai pun masih awal dari cut off time 7.5jam. 

Masa event aku dapati aku dapat settle 21km dalam masa lebih kurang 2.5 jam, makna kata untuk habiskan full marathon hipotesis aku mengatakan 5 jam adalah masa yang diperlukan dengan menganggap pace (pemboleh ubah bergerak balas) tak drop sangat. Jadi aku pun setting pace dan timing supaya konsisten, yang mana akhirnya memang betul aku tamatkan 3 minit sebelum jam yang ke-5. 

Nasib baik route Selangor Marathon ni boleh dikatakan 90% memang flat, takdelah aku jiwa kacau mental koyak memikirkan hakikat kewujudan, mendengar bisikan halus untuk bersara, atau pasang lagu-lagi makrifat untuk kuatkan jiwa, nasiblah flat dan aku kayuh dengan tenang serta tawadduk. Nasiblah flat, dapatlah tshirt Marathon untuk buat berlagak sikit.

#iamwheelrunner





Malam pertama - Virgin 42km

Menjelang full marathon yang pertama untuk aku pada 1pagi esok, persiapan dah macam nak menikah kaedahnya. Aktiviti seminggu sebelum upacara penamatan virgin 42km :

3 kali pusing Taman Layang-layang
3 kali pusing Taman Saujana Hijau
Sekali masuk gym
2 kali pusing Taman Saujana Hijau
Sekali masuk swimming pool
Main Fifa 2020 3 jam (latihan fokus)
Senaman ketahanan dan kelenturan badan ringan-ringan kat rumah menggunakan dumbell.

Kalau ikutkan ini persediaan secara minimum lah aku rasa. Dalam erti kata lain, esok aku akan uji sejauh mana ketahanan badan aku hasil dari latihan sebegini. Aku tak boleh nak push to the limit yet semasa marathon sebab latihan pun masih tak sehabis mungkin takut badan tak bersedia dan mengakibatkan injury. Kalau aku berjaya menamatkan 42 dengan latihan sebegini dan rehat yang cukup , baru lah aku yakin sikit untuk Marathon yang seterusnya. 

Sukar atau mudah, jauh atau dekat tetap setiap sesuatu ada permulaan, if you don't begin you can't get there. Beginning is difficult, but unavoidable! 

Selangor Marathon 2020. Bismillah.




Suatu pagi di sebuah kedai kopi, Simu bersama Fuad dan Fendi, ditemani Mee Hoon Dan Roti.

Ketika menikmati sarapan pagi, Fuad secara separa sedar berjaya meracun Simu untuk mendaftar larian Kedah Marathon, Fuad menekan-nekan telefon bimbit memasukkan butiran peribadi Simu, termasuklah jarak larian, alamat , nombor IC.

Fuad : Saiz baju ?

Simu : S

Fuad : Jenis darah?

Simu : Darah tinggi.

*Panas pulak darah pendekar kita mendengarnya*


My extrovert and introvert spectrum are engaged in an eternal internal struggle. My extrovert self want to explore new places and people, while my introvert self need some books and  some rest.

So today im calling for my inner self to have meeting and discussion, to sort the mess.


Isteri : Mana pengetip kuku yang beli hari tu?

Kacak : dalam kereta

Isteri : kereta nak pakai ketip kuku ye, yang disimpan dalam kereta

Kacak : saya simpan kat belah kanan tempat duduk tu yang kamu simpan pin-pin tudung, kereta pakai tudung ye yang ada simpan pin tudung dalam kereta

Isteri : yelah. apa-apalah.




SIRI BERCAKAP DENGAN PELARI : FARWALIS



Siri kali ni aku nak tanya-tanya soalan kepada seorang pelari yang aku kenal menerusi blog di suatu ketika dahulu, kemudian di facebook di mana secara langsung dan tak langsung aku ada mengikuti post demi post Farwalis berkenaan dengan larian. 

Pada persepsi aku, beliau sertai larian marathon ni sambil beliau mengembara atau melancong ke tempat orang, benda ni sebenarnya ada terdetik juga dalam diri aku, betapa feel kalau dapat travel sambil marathon, maknanya aku tak suka sangat pergi melancong sekadar menikmati hotel dan membeli-belah, sebenarnya lagi telus kalau dapat menelusuri jalan dan berpeleseran secara sihat , betul tak?

Bagaimanapun, aku masih belum puas dengan tulisan beliau berkenaan larian . So aku nak tanyakan beberapa soalan lanjut yang aku kira dapat sedikit sbanyak menyelami jiwa seorang pelari . 

FENDI : Boleh beritahu tak larian mana tak kira jarak yang kau rasa route / persekitaran paling memuaskan dan sebabnya. Contohnya Marathon Kelantan, sebab sepanjang jalan melalui 20 buah masjid.

FARWALIS : Oh. Kalau selain trail, paling sedap Bali la. Bali Marathon Tapi aku buat HM je

Yang sedap ni Bali sebab suasana dia. Kalau dari SL di Bali Safari akan naik sampai ke Gianyar tempat yang tinggi sikit dan berbukit. Tapi tak tinggi sangat tahap trail. Kiri kanan penuh sawah padi, pohon kemboja, dan penduduk sekitar bagi semangat. 

FENDI : Bali tempat pelancongan popular memang sedap la. Senang tak nak join sana, banyak karenah ke sama je mcm kat Malaysia

FARWALIS: Siap ada tarian tradisional Bali. Memang meriah. Takde lagi larian penuh adat budaya macam ni. Heheh. Nak join, untuk foreigner senang je sebab ada quota. Masa orang2 sana tengah berebut daftar, rileksssss dulu seminggu dua. Lepas tu daftar atas kuota foreigner.Settle. Sebab dia under Maybank, register pakai kad Maybank dapat lagi diskaun. Bali sendiri memang dah cantik (untuk orang yang suka adat dan budaya) so bila lari kanan kiri penuh ukiran Bali, syok la.

FENDI : Alamak, lain macam racun ni.

FARWALIS : Memang sedap Bali tu. Cuma kena gerak awal pergi flag off sebab macet. Haha.

FENDI : Soalan seterusnya ni, aku rasa kau pun banyak bertanya kat diri sendiri, kenapa kau masuk marathon atau larian denai? Padahal pergi tengok wayang dan pergi gym kan lebih convenient. Adakah sebab marathon tu ada unsur kebatinan dan kependekaran atau sebab-sebab lain?

FARWALIS : Lari ni satu kepuasan. Bila lari, aku akan banyak berfikir tentang hidup. Bila aku ada masalah, masa lari ni la aku berfikir dan berbincang dengan diri sendiri, dan lepas lari macam lepas semua beban. Fikiran aku kembali tenanggggg. Jadi, makin lama aku makin ketagih. Makin nak improve timing dan distance. Bab lari masuk hutan, sebagai seorang yang suka alam, tapi ada kekangan masa. Aku pilih lari dalam hutan. Pantas (day pack) dalam masa yang sama boleh dekat dengan alam. Air terjun, puncak gunung, denai, bukit, lembah dan semua la yang ada dalam tu.

FENDI : Hutan memang boleh menenangkan
Dari segi udara, bunyi , bau , makanan...trafik jen xde. (apa aku merepek)

FARWALIS : Lepas tu masuk trail pulak, cari event yang cantik with a view. Contohnya Cameron Ultra, TMBT, dan banyak lagi event dekat Pulau Jawa yang masih belum aku pergi.



FENDI : Latihan kau macam mana, adakah kau jenis persiapkan diri kau dengan segala teknikaliti dan diet, atau kau jenis rockers yang nyanyi asal sedap je ada jiwa pitching tak semestinya kena ikut buku macam nak bertanding dalam Juara Lagu. Macam mana mana kau bahagikan masa kerja hakiki dengan latihan.

FARWALIS : Selalunya balik kerja aku akan pastikan balik tepat pada masanya. Bawa motor sepantas kilat, sampai rumah tukar baju dan terus lari dalam 5-7km. Kalau lari malam, dapatlah buat jauh sikit, dalam 10km. Kalau hujung minggu, jauhlah sikit dalam 20km atau kalau masuk hutan, dalam 6-7 jam.

FENDI : Ada skema latihan rupanya, aku baru nak expect kau cakap benih elok campak ke laut jadi pulau jugak.

FARWALIS : Kahkah. Aku kena la serius sikit. Baru la orang semua ikut. Kalau dorang pun main hentam kang. Krem je la manjang. Ewahhh

FENDI : Insipirasi ada tak? movie ke. Kau masuk hutan, panjat bukit, lari jauh-jauh takkan takde inspirasi ye dak. 

FARWALIS : Inspirasi aku dari Shaolin Soccer.

FENDI : Apa planning untuk 2020? Nak berehat? Nak pulun lagi? Nak beat masa sendiri / best time. Wuhan Marathon 2020 ada daftar tak.

FARWALIS :Planning 2020 belum nampak lagi. Tunggu duit bonus baru berani daftar event lari. So far baru KLSCM buat FM. 

FENDI : Terima kasih jawab soalan aku, jumpa nanti di KLSCM.

Untuk kupasan lebih mendalam dan peribadi lagi tentang dunia larian beliau, boleh baca dengan lebih tenang di blog peribadi beliau - www.nusadankejora.com

Lepas ni kalau rasa malas nak training atau berlari, mungkin boleh try tengok Shaolin Soccer.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home