Ada suatu ketika tu aku berada dalam keadaan yang sangat bosan. Aku toleh kiri aku nampak bosan, aku toleh kanan toleh depan toleh belakang aku nampak bobobobosan. Aku bukak facebook tiada apa yang menarik, tiada apa yang tidak cliche, semuanya perkara-hal berulang. Aku cuba taip status bagi memadam api kebosanan, namun tiada apa yang menarik untuk ditulis, tiada apa yang tidak cliche, semuanya perkara-hal berulang.

Setelah hampir 30 minit, masih tiada tanda-tanda facebook akan menjadi lebih menarik dan mengujakan hidup, aku capai telefon bimbit aku yang retak skrinnya lalu menghubungi Mark Zurkerberg. Dalam dua deringan Mark menjawab telefon dengan nada yang mendatar serba membosankan. Aku tanpa berbasa-basi lagi terus bertelagah dengan Mark selama lebih kurang sejam, aku beritahu Mark yang aku perlukan facebook yang lebih real dan lebih manusiawi. Aku tanyakan pada Mark, kalau diteruskan begini, kurang ampuh lah hidup aku.

"Hiduplah macam biasa, dengan bulan dan bintang, dan matahari, dan udara..dan..." jawab Mark sebelum aku mencelah.

"Tapi facebook bagaikan udara buat aku, aku perlukan udara untuk merasa hidup dan gembira'.

"Jalan kau nak merasa hidup dan gembira takde lalu depan rumah aku pun..kenapa aku nak kena kesah?".

"Arg fak yu! "

"Fak yu too..! "

Segera aku mematikan talian. Lega rasanya. Seringkali method ini berjaya, method meletakkan beban-tanggungjawab kepada orang lain untuk menentukan kemungkinan hidup kita tidak seperti yang diinginkan, make other people responsible for our own possible unhappiness. Umpama mereka berhutang kegembiraan kepada kita dan hutang itu perlu dibayar.

Tiba-tiba giliran telefon aku pula berdering. Terpapar nombor yang aku tidak tahu identitinya. Aku harap ianya panggilan dari bos aku untuk memberitahu aku bahawa aku adalah pekerja yang paling kacak dengan itu gaji aku dinaikkan 10%.

"Hello brader, kau punya kereta block aku punya kereta, boleh alihkan sekarang?" kedengaran suara lelaki yang aku kira agak tegas juga.

"Malas!" aku menjawab dengan tegas juga, aku dahlah sedang panas dengan Mark, ada pulak suruh aku alihkan kereta memang taklah.

"Hei..aku cakap betul-betul bukan main-main brader ! Kau punya kereta sekarang block kereta aku, alihkan la!"

"Mana kau dapat nombor aku?" soal aku.

"Ni ada kau ada tinggal nombor kat cermin..012-#######. Jangan sampai pecah cermin ni baru kau tahu erti penyesalan der "

"Penyesalan bagi aku adalah apabila aku pada suatu ketika dulu, telah beri pinjam duit kat kawan aku dengan niat nak membantu, sekarang bukan sahaja aku tak dapat balik duit aku, aku juga kehilangan seorang kawan".

"Oi..Baik kau datang sini cepat! Luar sini dah lah jerebu, aku kalau dah hisap jerebu kotor ni lama-lama memang otak aku jadi goyang"

"Malas!"

Tiba-tiba kedengaran seakan bunyi benda yang pecah. Aku syak lelaki tersebut telah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta. 2-3 kali bunyi tu berterusan sehinggalah aku mematikan talian. 

Mungkin tulisan cakar ayam, atau jerebu mengaburkan pandangan lelaki tersebut, membuatkan dia tersalah dial ke nombor telefon aku. Aku mana ada pakai nombor 012. Aku harap dosa aku dimaafkan, sometimes we gotta face what coming at us, usahlah kita bermusuh-musuhan sesama manusia dan semoga langit biru dan udara segar kita dikembalikan.


IRONIS

Di zaman orang begitu mudah untuk berkongsi dan sebar sesuatu yang tidak/ belum sahih, kenapa zaman sekarang kalau cakap orang big size dikategorikan sebagai body shaming, terutamanya wanita. Bukan main trigger dan trauma dengan perkataan Big size. Tepuklah dada, di dalamnya mungkin terkandung extra-insecurity.

Kalau ada cerita lelaki tinggalkan isteri yang lawa untuk perempuan lain yang kurang lawa dari isterinya, orang cakap "bodohnya..isteri punyalah lawa nak cari perempuan lain lagi". Kalau ada cerita lelaki tinggalkan isteri untuk perempuan yang lebih lawa, orang cakap "ingat lawa tu boleh bagi bahagaia boleh kekal sampai ke tua ke".

Kita bencikan sesuatu, tapi sesuatu itu yang kita mainkan dalam hidup kita dari hari ke hari. Tak suka artis tertentu, tapi follow instagram dia. Tak suka post seseorang tapi post dia yang kau cari dan kemudian trigger sendiri. Orang update ayam mcd pedas lepas makan sakit perut, pastu kau pergi MCD beli ayam goreng pedas pastu sakit perut pastu cakap menyesal makan. Cari pasal.


Aku ingin menghirup rupa-rupa pengalaman dari tingkat bawah tingkat atas, menyelami kemungkinan-kemungkinan jatuh bangun, memecah tembok membina harapan-harapan, menumbuk granit kesulitan, menebal azam meluas pandangan lalu berkembang dan terpancar pada dunia, bersama mereka manusia-manusia berbeza rencam bahasa bangsa sari pati hidup. Sedut yang jernih tapis yang keruh. SELAMAT HARI MALAYSIA. 

Tuhan lindungi dan selamatkan Malaysia dari jerebu dan selamatkan Rock N Roll.












Exergaming









GEMUK!!


‌Bila tengok orang gemuk berlari-lari di taman, aku rasa nak tepuk tangan sebab rasa terinspirasi dengan semangat yang terbakar menjadi tenaga dan seterusnya bertukar bentuk menjadi tindakan. Kiranya semangat tu tak beku. Aku faham betapa sukar untuk mempunyai keazaman berterusan untuk bersenam atau berusaha ke arah menjadi manusia yang lebih bersungguh dari sebelumnya. Tentunya dia mempunyai "REASON" yang sangat besar. 
‌Kau bayangkan lah nak kurus bukannya mudah, itu baru hal membakar lemak, belum hal mengawal trafik makanan yang lalu lintas kat mulut / diet. Kau boleh diet 2 bulan untuk sedapkan isipadu badan, tapi bila berhenti diet 2 minggu je badan dan macam pelampung. Mengatasi nafsu dan adiksi / kebiasaan kepada makanan dan minuman manis is another level punya cobaan. Diet tu umpama pelayaran, biasanya ke laut.

‌Untuk jangka masa panjang, memerlukan displin tahap pendekar. Macam bertapa 3 hari 3 malam di kubur atau rumah tinggal tempat orang mati dibunuh, akan ada gangguan yang akan membuat kita cabut lari dari segala penderitaan, hanya yang fokus dan kebal jiwa raga mampu mengharunginya. Respek. Lebih-lebih lagi bagi yang membaca blog ni,  sebab aku suka letak gambar makanan


Otak aku bukan mampan sangat nak amik tahu rencam masalah dunia manusia. Kadang benda tak masalah pun jadi masalah kalau dilayan. Aku pun selective jugak dalam hal ni, aku kena kawal trafik emosi yang lalu-lintas di benak, bila ada yang bergesel terkemek pulak.  So aku kena berpada-pada dan tidak membiar jalan sesak / jalan berlopak , atau lebih teruk lagi trafik lintang-pukang.

Memori telefon bimbit aku tak berapa nak larat untuk menampung beratnya input-input yang masuk. Kebanyakkannya adalah foto. Ada foto yang aku terpaksa padam, contohnya benda-benda rawak yang aku snap untuk tujuan yang kurang jelas. Aku memilih-milih jugak mana yang aku rasa perlu simpan lebih lanjut dan mana yang terpaksa dilepaskan segera. Jika timbul keraguaan, aku akan post je kat sini sebelum dilepaskan, tanpa mengambil kira sama ada foto tersebut  bertepatan dengan entri ataupun tidak, sebagai sisipan peribadi untuk masa depan. 

Sebenarnya banyak gambar makanan, itu dapat mengingatkan aku, bahawa meski dengan segala cobaan, aku masih menyuap mulut dengan makanan. Syukur.






IT Chapter 2


Filem kali ini berkisar tentang mencari kekuatan diri untuk mengatasi ketakutan yang menghuni / sembunyi di dalam kita.  Initipati filem ini adalah jalinan dari filem yang sebelum ini, tak banyak beza, cuma digerakkan lagi ke dalam dan dalam.

Memandangkan aku dah dapat tangkap dengan penceritaan dari filem yang pertama, jadi filem chapter 2 ni meneruskan lagi perjalanan filem psikologi+thriller ni dan seterusnya memberi konklusi.



Dalam diri kita ada ruang untuk ketakutan, ada orang ruangnya kecil, ada yang besar, ada orang ruangnya sangat tampak dan ada pula tersembunyi. Dalam cerita ini setiap watak mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri , yang telah ditinggal lama , sehingga tiba-tiba ruang itu muncul kembali dan menyedarkan semua bahawa ketakutan itu tak pernah hilang pun. Pilihan yang ada , sama ada break the vicious cycle atau live with it. Macam pokok yang dah ditebang, akan tumbuh kembali, kerana akarnya masih utuh.

Kita banyak membiarkan hidup diselubungi ketakutan atau jelmaan ketakutan. Malam tak boleh tidur sebab terdengar ada bunyi seperti menguis-nguis di tingkap rumah, menggigil dan menahan kencing sampai ke subuh, bila hari dah dah siang, baru sedar rupa-rupanya itu adalah bunyi suratkhabar yang ditiup angin.

Takutkan suratkhabar bukanlah perkara yang menyeronokkan.

Aku suka scene satu watak ni bila selama ini dia menyalahkan diri sendiri kerana membuatkan adik dia mati. Berlaku conversation selama ini antara dia dan suara hati dia , aku percaya dia kalah pada setiap perdebatan dalamannya yang membuatkan inner peace berbolak-balik dilambung serba-salah. Sampai satu tahap, dia kena pecahkan rantaian yang membelenggu. Kau biasa bercakap dengan diri kau? Sesi self talk lah lebih kurang, banyak perkara tercetus dari self-talk, kau kena ada meeting dengan diri kau, self talk tu biarlah logik, jangan asik bincang nak makan apa je.

Satu lagi scene yang aku suka adalah dihujung cerita. Memang agak visual cara penyampaianya kerana ini adalah filem bukan novel, tapi secara lahiriahnya babak tersebut menyampaikan amanat 'Make your problem smaller, then you can defeat them'.  Penamat yang simple, tapi kadang banyak benda yang boleh settle dengan simple approach. Make it simple, then settle. Just a tweak somewhere in our brain can change a lot.

Dalam filem ini , mereka kena berlawan dengan satu makhluk entah intraterrestrial entah extraterretrial yang datang entah dari langit ke berapa. Untuk menang, mereka perlu mengalahkan setan / parasit dalam diri mereka sendiri terlebih dahulu. Persoalannya, nak lawan setan di luar susah, atau setan dalam diri kita yang susah?




Setiap tahun Starbuck akan menyambut hari ulangtahun kebabian. Masyarakat akan menerima mesej yang mengatakan Starbuck haram. Mesej yang menggunapakai nama ustaz dan juga Jakim, bukan biasa-biasa dia punya pergi. Kalau orang petik nama aku untuk hal yang langsung aku tak sebut, atau sekadar menguis dan memanipulasi ayat aku pun aku dah annoying, inikan pula guna nama ustaz dan Jakim sebuah institusi yang ber-reputasi tinggi. Tuduhan yang berat kepada Jakim dan Starbuck.


Namun, biar berkali-kali, dibusukkan, diharam-haramkan atau dibabikan, Starbuck terus mengaut untung. Ini memang kena dengan pepatah pemasaran 'there is no bad publicity, just good stories'. Sedar tak sedar , Starbuck makin meniti di bibir, di jari jemari netizen..seterusnya ditekak yang menyedut Frapuccino. Benda percuma memang best ,dalam hal ni, publisiti percuma....penjimatan ratus ribu secara tahunan. Lain kali kalau ada orang membabikan anda, bersujud syukurlah.




Cuti Spontan atau Terancang? 


Selamat Datang September !!


Mesti ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti bulan September. Mana taknya, tahun ni punya September ada keberkatan dengan dipenuhi dengan kepelbagaian cuti umum. Boleh jatuh hukum bulan September sebagai bulan cuti-cuti Malaysia.

Di sebalik kesibukan bekerja sekali skala memang kena santai supaya badan dapat rehat dan noda nista minda dirawat. Bekerja kuat, bercuti ligat. Namun, soal bajet  memang kena diambil perhatian supaya tak bergocoh di kemudian hari, bercuti biar tenang,jangan sampai berhutang. Ada banyak cara sebenarnya nak menjadikan impian bercuti menjadi kenyataan, meskipun bajet cukup-cukup makan.

Spontan Vs Merancang

Spontan

Seronoknya bercuti secara spontan adalah kurang tension untuk memikirkan segala details. Rasa macam nak pergi, terus bersiap dan pergi. Hal macam ni lebih adventurous namun memerlukan jiwa yang sempoi la. Terlalu merancang ni kadang buang masa dengan perkara remeh temeh, seminggu nak bincang makan sarapan apa dan kat mana, lagi elok pergi je dulu nanti dah sampai cari je la mana berkenan. Kadang bincang sampai 2 tahun untuk trip 2 malam sahaja, buang masa ! Kalau jenis mudah panik dan mahukan kesempurnaan elok jangan spontan sangat. Spontan ni sesuai untuk jarak perjalanan yang dekat dan semestinya dalam negara, melainkan anda / atau ayah / atau sugar daddy anda ada jet peribadi bolehlah sarapan di Phuket dan makan tengahari di Lebanon..kalau ada minyak lebih boleh singgah Amsterdam beli roti.


Merancang

Kalau luar negara, semestinya kena rancang awal. Negara orang tak sama dengan negara sendiri. Selain merancang persediaan yang asas seperti penerbangan, tukaran matawang dan tempahan hotel, kalau boleh amik tahu sikit bahasa, budaya ataupun makanan halal. Sekurang-kurangnya kita dah boleh expect apa yang bakal kita hadapi di tempat orang.  Jangan pulak pergi Hanoi malam-malam cari kedai mamak nak tengok bola. Atau pergi shopping spree last-last duit tak cukup, mana kau nak cekau.

Faedah Merancang

Kelebihan merancang awal/ teliti adalah kita ada banyak pilihan sekaligus punya masa untuk memilih, ini termasuklah memilih penerbangan yang kita prefer, hotel yang memenuhi citarasa kita yang spesifik atau masa yang paling sesuai untuk pergi.  Faktor paling signifikan ialah dapat memilih harga yang lebih sesuai. Last minute confirm lah mahal kan, jadi kalau awal-awal dah bersiap-sedia, maka kos total dapatlah dioptimumkan.
Merancang cuti ni bukan mudah sebenarnya. Kalau ada di kalangan kawan-kawan atau ahli keluarga yang sukarela merancang itu ini untuk percutian secara jemaah, hargailah usaha suci mereka jangan suka dok meragam sahaja. Nak merancang percutian ni menyentuhi pelbagai cabang ilmu seperti geografi, matematik, management dan administration, pendidikan jasmani dan IT.  Haha.Nak kena pilih tarikh pun bukan hal semberono, kang ada yang tak dapat pergi, terkena pulak dengan kenduri. Belum masuk hal cari hotel, kiraan belanjawan , kereta sewa atau nak rancang jadual program /aktiviti supaya tak jadi tak tentu hala.

Secara peribadi untuk aku, format percutian yang aku suka mesti kena ada unsur-unsur senaman/beriadah/berpeluh, makanan yang sedap dan bajet terurus. Dapat pergi cuti Sabtu & Ahad pun aku okay, kadang secara spontan ke tiba-tiba sudah di luar daerah. Cuma kalau ke luar negara tu yang biasanya orang akan rancang dan menabung setahun lebih awal. Biasanya orang akan pergi Matta Fair lah untuk dapatkan deal yang mengukur baju di badan sendiri. Kalau tak sempat nak singgah matta fair 2019 hari tu, sebenarnya masih boleh semak MATTA FAIR 2019 PROMOTION PACKAGE.


Sekarang ni sedang berlangsung Flight Promotion dari Traveloka. Dari 26 Aug - 27 Sep 2019 kalau kau book flight dalam tempoh ni akan berpeluang untuk menikmati harga promosi / deal include flight, hotel , Xperience dan airport transfer.


  • Domestic Flights: 5% OFF, up to RM60 
  • International Flights: 5% OFF, up to RM120
  • Hotel: 10% OFF, up to RM80 
  • Xperience: 20% OFF, up to RM100
  • Flight Promotion


Traveloka Salebration.

Di web Traveloka tu ada ditawarkan kupon untuk diisi semasa pembelian nanti. Boleh guna website rasmi atau aplikasi traveloka.

Aku check guna telefon bimbit je. Pun boleh.

Pilihan nampak gayanya macam meliputi seluruh region di dunia, Langkawi, Barcelona, Madrid, Munich, Hong Kong, Seoul atau New York.





Impian aku takdelah tinggi mana, dapat jogging kat Jepun pun dah ok dah. Atau jalan-jalan dalam bandar Jepun, nak merasai interconnectivity bandaraya Jepun.







Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home