Cuti Spontan atau Terancang?
Mesti ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti bulan September. Mana taknya, tahun ni punya September ada keberkatan dengan dipenuhi dengan kepelbagaian cuti umum. Boleh jatuh hukum bulan September sebagai bulan cuti-cuti Malaysia.
Di sebalik kesibukan bekerja sekali skala memang kena santai supaya badan dapat rehat dan noda nista minda dirawat. Bekerja kuat, bercuti ligat. Namun, soal bajet memang kena diambil perhatian supaya tak bergocoh di kemudian hari, bercuti biar tenang,jangan sampai berhutang. Ada banyak cara sebenarnya nak menjadikan impian bercuti menjadi kenyataan, meskipun bajet cukup-cukup makan.
Spontan Vs Merancang
Spontan
Seronoknya bercuti secara spontan adalah kurang tension untuk memikirkan segala details. Rasa macam nak pergi, terus bersiap dan pergi. Hal macam ni lebih adventurous namun memerlukan jiwa yang sempoi la. Terlalu merancang ni kadang buang masa dengan perkara remeh temeh, seminggu nak bincang makan sarapan apa dan kat mana, lagi elok pergi je dulu nanti dah sampai cari je la mana berkenan. Kadang bincang sampai 2 tahun untuk trip 2 malam sahaja, buang masa ! Kalau jenis mudah panik dan mahukan kesempurnaan elok jangan spontan sangat. Spontan ni sesuai untuk jarak perjalanan yang dekat dan semestinya dalam negara, melainkan anda / atau ayah / atau sugar daddy anda ada jet peribadi bolehlah sarapan di Phuket dan makan tengahari di Lebanon..kalau ada minyak lebih boleh singgah Amsterdam beli roti.
Merancang
Kalau luar negara, semestinya kena rancang awal. Negara orang tak sama dengan negara sendiri. Selain merancang persediaan yang asas seperti penerbangan, tukaran matawang dan tempahan hotel, kalau boleh amik tahu sikit bahasa, budaya ataupun makanan halal. Sekurang-kurangnya kita dah boleh expect apa yang bakal kita hadapi di tempat orang. Jangan pulak pergi Hanoi malam-malam cari kedai mamak nak tengok bola. Atau pergi shopping spree last-last duit tak cukup, mana kau nak cekau.
Faedah Merancang
Kelebihan merancang awal/ teliti adalah kita ada banyak pilihan sekaligus punya masa untuk memilih, ini termasuklah memilih penerbangan yang kita prefer, hotel yang memenuhi citarasa kita yang spesifik atau masa yang paling sesuai untuk pergi. Faktor paling signifikan ialah dapat memilih harga yang lebih sesuai. Last minute confirm lah mahal kan, jadi kalau awal-awal dah bersiap-sedia, maka kos total dapatlah dioptimumkan.
Merancang cuti ni bukan mudah sebenarnya. Kalau ada di kalangan kawan-kawan atau ahli keluarga yang sukarela merancang itu ini untuk percutian secara jemaah, hargailah usaha suci mereka jangan suka dok meragam sahaja. Nak merancang percutian ni menyentuhi pelbagai cabang ilmu seperti geografi, matematik, management dan administration, pendidikan jasmani dan IT. Haha.Nak kena pilih tarikh pun bukan hal semberono, kang ada yang tak dapat pergi, terkena pulak dengan kenduri. Belum masuk hal cari hotel, kiraan belanjawan , kereta sewa atau nak rancang jadual program /aktiviti supaya tak jadi tak tentu hala.
Secara peribadi untuk aku, format percutian yang aku suka mesti kena ada unsur-unsur senaman/beriadah/berpeluh, makanan yang sedap dan bajet terurus. Dapat pergi cuti Sabtu & Ahad pun aku okay, kadang secara spontan ke tiba-tiba sudah di luar daerah. Cuma kalau ke luar negara tu yang biasanya orang akan rancang dan menabung setahun lebih awal. Biasanya orang akan pergi Matta Fair lah untuk dapatkan deal yang mengukur baju di badan sendiri. Kalau tak sempat nak singgah matta fair 2019 hari tu, sebenarnya masih boleh semak MATTA FAIR 2019 PROMOTION PACKAGE.
Sekarang ni sedang berlangsung Flight Promotion dari Traveloka. Dari 26 Aug - 27 Sep 2019 kalau kau book flight dalam tempoh ni akan berpeluang untuk menikmati harga promosi / deal include flight, hotel , Xperience dan airport transfer.
- Domestic Flights: 5% OFF, up to RM60
- International Flights: 5% OFF, up to RM120
- Hotel: 10% OFF, up to RM80
- Xperience: 20% OFF, up to RM100
- Flight Promotion
Traveloka Salebration.
Di web Traveloka tu ada ditawarkan kupon untuk diisi semasa pembelian nanti. Boleh guna website rasmi atau aplikasi traveloka.
Aku check guna telefon bimbit je. Pun boleh.
Pilihan nampak gayanya macam meliputi seluruh region di dunia, Langkawi, Barcelona, Madrid, Munich, Hong Kong, Seoul atau New York.
Impian aku takdelah tinggi mana, dapat jogging kat Jepun pun dah ok dah. Atau jalan-jalan dalam bandar Jepun, nak merasai interconnectivity bandaraya Jepun.
1 comments:
dua-dua pun best.. bercuti secara spontan banyak suprise.. dan bercuti dengan perancangan, banyak boleh jimat :)
p/s : walaupun bulan ni banyak cuti umum, tapi kami pilih bulan depan untuk terbang ke negara orang lagi.. doakan ye..
...
Post a Comment