Filem Hantu Kak Limah
Hoiii Limah oiii..... |
1. Per per... sebagai seorang peminat filem-filem Mamat Khalid, aku gembira melihat kutipan tabung filem ini memecut laju sepertimana lajunya Yeh sekupang, Husin, Wani dan Khuda berlari apabila dikejar Hantu Kak Limah. Kalau bukan sebagai filem terbaik, bolehlah meletakkan filem Hantu Kak Limah. sebagai paling menghiburkan dekad ini? Yang pasti , filem paling pecah rekod dan pecah panggung.
2. Watak-watak memang hidup, salah satu kepakaran Mamat Khalid adalah menghidupkan watak. Bagaimana dia boleh menghidupkan watak? Tentunya dari orang-orang sebenar yang wujud di kalangan kita. Kalau Mamat Khalid nak hidupkan seorang mekanik, bukan saja di tangannya ada spanar dan kesan minyak hitam di bajunya, namun Mamat Khalid persembahkan juga pemikiran dan akal seorang mekanik.
3. Jalan cerita tak sedap sangat, lebih kepada babak-babak susulan / ulangan dari Hantu Kak Limah yang lepas. Macam cerita yang diceritakan semula pun ada, tapi apa ada hal, kau tengok cerita Spiderman tu sampai 5 versi pun orang tak heran. Resepi yang sama cuma salutannya lah yang ada tipikaliti, hipokritikal dan isu-isu sosial mahupun politikal.
4. Filem ini boleh menjadi begitu fenomena bukanlah sebab ianya lebih bagus dari filem Mamat Khalid yang lepas-lepas, tapi aku rasa filem Mamat Khalid yang lepas-lepas adalah gabungan promosi secara tidak semena-mena yang melariskan filem Hantu Kak Limah yang kali ini, follower sikit-sikit membukit/
Umpama banjir, yang disebabkan oleh titik-titik kecil hujan.
Umpama banjir, yang disebabkan oleh titik-titik kecil hujan.
5. Kelakar. Filem Hantu Kak Limah ni memang kelakar. Ada orang suka kelakar moden macam Harith Iskandar, ada orang suka kelakar macam Zizan dan ada yang suka macam Mamat Khalid. Yang aku tengok kelakar jenis Mamat Khalid ni boleh hidup zaman berzaman , mungkin sebab ada elemen macam Tan Sri P. Ramlee sikit yang jenakanya ada simbolik dan cerminan pada sesuatu idea / pemikiran. Aku tak boleh hadam kalau orang mesti nak kaitkan kelakar dengan bodoh. Sebab pada aku, orang yang betul cerdik jarang yang tak kelakar.
6. Aku paling suka watak Yeh Sekupang dalam filem ni. Naaah...H.K.L!!
7. Biasanya kalau tengok wayang, seat yang depan sekali memang orang tak mau duduk sebab nanti kena dongak kepala, tapi masa aku pergi tu memang semua penuh, jadi tak hairan kenapa boleh begitu tinggi pungutan untungnya. Masa aku pergi tengok cerita ni, tak cukup 1 tiket lagi untuk kawan aku sebab tiket dah habis. Punyala nak tengok, kami suruh dia beli tiket filem Tamil kemudian masuk tengok filem Hantu Kak Limah, bawak kerusi sendiri lah tapinya kat belakang sekali.
Staff kat kaunter siap tak yakin lagi..."Betul nak tengok cerita ni?"
8. Ini bukanlah filem yang serius, filem ini bahkan tidak mahu jadi serius, bila ada masa-masa yang serius pun pengarah akan pijak keseriusan tu supaya tak begitu serius. Ini lebih baik daripada cubaan nak buat filem serius dan jenis berfikir tapi hasilnya kelakar. Filem ini nak buat orang santai tapi boleh difikirkan pengisiannya mengikut persepsi masing-masing, macam filem P.Ramlee la, masa kau tengok umur 6 tahun lain, bila tengok umur 16 tahun lain pulak perginya, bila tengok sekarang lain lagi padahal filem yang sama kau tengok, yang berubah sebenarnya adalah cara kau melihat, alamak terserius pulak.
9. Ada beberapa babak yang mengekploitasi kecantikkan wanita. Sejenis art jugak ni kut.
10. Pertama kali aku tengok wayang cerita yang sama dua kali, ini kira yang pertama lah. Kalau kat rumah, aku pernah tengok cerita Bunohan dan bila dah habis aku ulang semula dari awal sebab tak faham masa tengok kali pertama.
2 comments:
Kalau orang yang tak follow filem mamat khalid masih boleh enjoy filem ni tak?
Boleh, malah digalakkan.
Post a Comment