Hikayat Benladin

BENLADIN - HIKAYAT (Lirik)

Chorus Benladin .. Benladin Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari di mana ada, Mencuba meneka di mana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa. Niat enson matakaji semar ngiseng, Aku lah Benladin, hikayat Benladin.. Verse 1 (ok..ok..) Suara dah bergema, Suara sakti hamba, Dalam gelombang membawa aura ke udara, Separa manusia separa luar biasa, Gurau senda dengan kata kata sang pujangga. Kalau main api janganlah tambah gasolin, Mesti hati hati janganlah seperti lilin, Jika mahu terang biar terang dengan betul, Jangan jadi arang jadi arang buat kotor. Kerna atas muka ada selendang suci, Maka hias ia biar terpampang seri, Akulah ilustrasi definisi gergasi, Terhasil dari experimentasi radiasi bunyi. Buka mata minda luas seperti lautan, Usah fikir bukan bukan kata bukan bukan, Nenek tua si bongkok tiga, ( huwooo ohhhohhh hooo ) Cubalah nenek cari cucu di mana ada. Chorus Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari di mana ada, Mencuba meneka di mana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa. Niat enson matakaji semar ngiseng, Aku lah Benladin, hikayat Benladin.. Verse 2 (yaw..yaw..yaw..) Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa, Jangan cuba jadi cacing nak jadi Garuda, Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong, Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong. Setakat dua tangan janganlah nak berangan, Si tikus datang bekal dua belas beruk baran, Telan lauk enak lepas makan pandai simpan, Pandai pandai lah tanggung binasa perbuatan. Pecut laju laju sampai dia terpelanting, Bukan perkara bijak lari lari bawak gunting, Di ajak berteman rupanya musang berjanggut, Pura pura sejuk masuk berkongsi selimut. Baik berpada pada jahat jangan sekali, Hidup punya hukum karma kau harus mengerti, Salam perkenalan dengan ritma dan puisi, Nama patik Benladin mengundurkan diri. Putih putih melati Ali Baba, Merah merah mawarnya Si Norsiah, Jika diikutkan rasa Kassim Baba, Kelak akhirnya berputih mata. Chorus Mereka keluar masuk gua, Mencuba mencari di mana ada ( Di mana), Mencuba meneka di mana saya ( Dan di mana), Mata kasar takkan dapat jumpa. Niat enson matakaji semar ngiseng, Aku lah Benladin, hikayat Benladin.. Putih putih melati Ali Baba, Merah merah mawarnya Si Norsiah, Jika diikutkan rasa Kassim Baba, Kelak akhirnya berputih mata. oohhhhhhh woooooo woowwoooo...


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

cinta said...

Lirik lagu ni kadang mcm lukisan. Ada signature. Wpn xde sapa2 pn sain lukisan tu kita boleh kenal sapa yg lukis. Mcm lirik ni skali scan mcm hasil buah fikiran dia. Sekali cari kat utube eh betul lah. The general. Klau lagu dia selalunya nk interpret baris by baris penat juga. Dah tu boleh interpret ikut byk perspektif. Org ni tafsirkan mcm ni. Bg kat org yg lain boleh jd lain pulak. Special kan.

*blog sniri lama xupdate boleh pulak dtg komen pjg2 kat blog org. Hehe.