Cinta usah fatal,
meski perginya vertikal,
tanpa pulangan setimpal,
cinta tak kurang sejengkal.
kerana cinta adalah memberi,
tanpa cinta resiprokal,
zatnya tetap kebal,
hidup dalam immortal,
voltan tertinggi dalam sukatan,
selalunya cinta tanpa pembalasan.




Nasihat percintaan yang aku tak boleh blah.

"Cari orang yang sayang kau melebihi daripada kau sayang dia"

Biasanya ungkapan ini keluar dari tekak orang yang pernah kecewa dan masih belum habis proses refleksi. Biasanya suka tengok drama hopeless romantis. 

Pertama, ini adalah unfair, play safe dan selfish. Tak kesian pulak pada pasangan yang sayang kau, tapi kau taknak sayang dia setimpal atau lebih? Tak adil sebab kau taknak terhegeh-hegeh sayang lebih kat orang, tapi dalam masa yang sama kau nak pulak orang terhegeh sayang lebih kat kau. Kemon.

Kedua, kalau setiap dari kita ikut standard operation seperti di atas, secara logik akal , takkan ada seorang pun yang akan terlengkap dengan yang lain. Kau nak orang sayang kau lebih daripada kau sayang dia, orang pun nak kau sayang dia lebih, so nak settle cemana.

Ketiga, cinta atau sayang adalah perkara yang tak boleh disukat. Ianya boleh dilambang, disyair atau ditunjukkan, masih juga tidak boleh dikira-kira dengan nyata.

Tutup cerita, jika anda berjumpa orang yang mencari jodoh yang mahu prospeknya sayang dia melebihi dia sayangkan prospek, mohon dia banyakkan minum air masak.

Hingga sampai satu ketika, aku nekad untuk berlumba. Ayie perlu aku tewaskan untuk mencapai objektif utama aku. Ketika pesat kami bersaing seiiringan, sehingga kedudukan ketika itu 4-5, dimana aku berada di kedudukan ke-4 dan Ayie ke-5, tiba-tiba 3 lagi peserta yang sedang mendahului jauh terkehadapan kelihatan sedang berhenti dan berpatah balik, dari jauh katanya tersalah jalan, terlepas simpang! Elok.

Aku dengan Ayie betul-betul berada di simpang yang betul, hanya perlu membelok dan terus mendahului kedudukan menjadi 1-2 antara aku dan Ayie. Ah, peluang keemasan. Aku pandang Ayie, dia tergelak geli hati melihat gelagat pesaing-pesaing lain tersalah jalan. Aku pun tak sampai hati untuk mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata itu, meski peluang ini sah dan tidak menyalahi mana-mana peraturan.Peluang itu kami biarkan terlepas pergi. 

Aku gelak bersenda dengan Ayie sambil menunggu peserta 1,2 dan 3 kembali mengambil kedudukan di hadapan kami untuk kami meneruskan kembali perlumbaan yang tergendala. Aku anggap ini sebagai 'gentleman code' yang kami turut secara luar sedar. Lagipun, marathon ni aku masuk free, hadiah pun aku bukan tahu mende, objektif peribadi aku hanyalah untuk menewaskan Ayie agar dapat suntik dendam untuk dia kalahkan aku di perlumbaan-perlumbaan akan datang. Siapalah Batman tanpa Joker.

Meski Ayie memulakan awal perlumbaan berada di hadapan aku, namun aku tidak membiarkan ia lama, aku  menambah urgency dan terus memotong Ayie. Memandangkan perlumbaan masih awal, aku tidak terus mengepam tenaga maksimum sehingga menyebabkan pada suatu masa yang kama aku dan Ayie seiringan atau bersebelahan. Kami sempat berbual dan membahan rakan-rakan yang yang berada di hadapan. 

Dalam diam aku menyedari Ayie begitu laju sehingga tercungap aku mahu menyainginya. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana kali terakhir aku berlumba dengan Ayie, begitu mudah aku mengula-gulakan dia. Menyedari hal ini, aku cuba untuk berbual dan berbasa-basi dengan Ayie, supaya dia tidak menyedari yang dia berada dalam momentum yang baik untuk menjarakkan diri dengan aku. Ternyata, Ayie termakan dengan taktik di luar sedar aku itu. 

Sehinggalah di pecutan yang terakhir, ketika itu aku dan Ayie berada di kedudukan 3-4. Aku nampaknya semakin struggle sedikit di hadapan Ayie untuk mengekalkan momentum dan jarak. Ayie masih bersungguh untuk memotong pada bila-bila masa sahaja. Tekak terasa begitu menghakis, aku sambut air mineral yang dihulur sukarelawan. Lepas 2-3 gogok dan menutup kembali botol. Tiba-tiba, botol air tu secara tak sengaja terjatuh dari aku.



Hakikatnya Nirvana Di Sana


Menurut sains moden, fikiran secara rapat begitu mempengaruhi dan adalah faktor serta ancaman kepada tahap kesihatan total kita. Kau boleh bayangkan, secara saintifiknya, ketika berada dalam keadaan stress tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon-hormon jahat yang akan memporak-perandakan sistem imunisasi misalnya. Bila dah terlalu stress, badan bila-bila boleh collapse. Itu satu contoh mudahlah, mudah difahami. 

Kalau nak lagi mudah, bila aku bayangkan, aku sedang makan asam atau buah mempelam, terus zupppp terasa dia punya masam merenyam, air liur merecik. Padahal aku sekadar bayangkan sahaja dengan fikiran aku, terus tubuh aku bertindak balas. Atau, kalau lelaki/ wanita membayangkan tentang sesuatu yang asyik dan memberahikan, terus jugak berlaku tindak balas atau transformasi yang kita semua sedia tahu dan arif.

Mak aku yang sekarang ni sakit kritikal jika menurut frasa doktor, amat memerlukan fikiran yang sepatutnya untuk dia berlawan / bertahan dengan permainan / pergolakan sistem dan algoritma badan. Tanggungjawab doktor untuk menasihat, merawat, mengubati atau memulihkan, bergantung pada keadaan dan situasi, soal itu semua aku memang tidak dapat untuk menyumbang kepakaran sebab aku CPR pun tak pernah buat, kiss-kiss ada la tapi tu cerita lain.

Apa yang aku boleh buat atau cuba buat, memberikan keseimbangan pada fikiran dia, sama ada mengurangkan tekanan / stress, memberi sokongan mental psikologi, menghindar bad vibes, menaikkan motivasi, memberi input fikiran bermutu dan mencampak kasih dan sayang tanpa sekelumit sesal. Bagi aku, ini sama penting seperti tugas doktor, secara tidak teknikalnya. Sukar tapi aku coba. 

Untuk menganjak fikiran mak aku dari mengenang nasib dan sakit, aku selalu membelikan beberapa buah majalah untuk makanan fikiran dan jiwa, sekurang-kurang dapat mengisi kosong sesi hiburan tanpa televisyen di hospital. Aku yakin mak aku pun rindukan drama-drama di televisyen. Cuma aku agak kecewa, kerana seleksi majalah di rak kedai-kedai sudah tidak semeriah dahulu, hanya tinggal sebilangan sahaja yang boleh dibuat bacaan santai, selebihnya sama ada bacaan serius atau majalah selebriti.

Dalam pada tak ada yang menarik, aku beli jugak 2-3 buah asalkan ada. Walaupun mak aku ada sebut nak majalah Ujang atau yang sama waktu dengannya, malangnya tak ada, sebagai pengganti majalah yang selalu cerita pasal hantu pun jadilah buat sementara waktu. Sebab tu kat hospital orang selalu nampak hantu, sebab baca buku hantu, dengar cerita hantu, hantu sudah menghantui fikiran dan macam yang aku katakan tadi, fikiran secara rapat begitu mempengaruhi dan adalah faktor serta ancaman kepada tahap kesihatan total kita. Dari fikiran, kita akan menjana dan men-tranformasi, menyuluh lalu penglihatan jadi terang seperti harapan.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home