Hakikatnya Nirvana Di Sana



Hakikatnya Nirvana Di Sana


Menurut sains moden, fikiran secara rapat begitu mempengaruhi dan adalah faktor serta ancaman kepada tahap kesihatan total kita. Kau boleh bayangkan, secara saintifiknya, ketika berada dalam keadaan stress tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon-hormon jahat yang akan memporak-perandakan sistem imunisasi misalnya. Bila dah terlalu stress, badan bila-bila boleh collapse. Itu satu contoh mudahlah, mudah difahami. 

Kalau nak lagi mudah, bila aku bayangkan, aku sedang makan asam atau buah mempelam, terus zupppp terasa dia punya masam merenyam, air liur merecik. Padahal aku sekadar bayangkan sahaja dengan fikiran aku, terus tubuh aku bertindak balas. Atau, kalau lelaki/ wanita membayangkan tentang sesuatu yang asyik dan memberahikan, terus jugak berlaku tindak balas atau transformasi yang kita semua sedia tahu dan arif.

Mak aku yang sekarang ni sakit kritikal jika menurut frasa doktor, amat memerlukan fikiran yang sepatutnya untuk dia berlawan / bertahan dengan permainan / pergolakan sistem dan algoritma badan. Tanggungjawab doktor untuk menasihat, merawat, mengubati atau memulihkan, bergantung pada keadaan dan situasi, soal itu semua aku memang tidak dapat untuk menyumbang kepakaran sebab aku CPR pun tak pernah buat, kiss-kiss ada la tapi tu cerita lain.

Apa yang aku boleh buat atau cuba buat, memberikan keseimbangan pada fikiran dia, sama ada mengurangkan tekanan / stress, memberi sokongan mental psikologi, menghindar bad vibes, menaikkan motivasi, memberi input fikiran bermutu dan mencampak kasih dan sayang tanpa sekelumit sesal. Bagi aku, ini sama penting seperti tugas doktor, secara tidak teknikalnya. Sukar tapi aku coba. 

Untuk menganjak fikiran mak aku dari mengenang nasib dan sakit, aku selalu membelikan beberapa buah majalah untuk makanan fikiran dan jiwa, sekurang-kurang dapat mengisi kosong sesi hiburan tanpa televisyen di hospital. Aku yakin mak aku pun rindukan drama-drama di televisyen. Cuma aku agak kecewa, kerana seleksi majalah di rak kedai-kedai sudah tidak semeriah dahulu, hanya tinggal sebilangan sahaja yang boleh dibuat bacaan santai, selebihnya sama ada bacaan serius atau majalah selebriti.

Dalam pada tak ada yang menarik, aku beli jugak 2-3 buah asalkan ada. Walaupun mak aku ada sebut nak majalah Ujang atau yang sama waktu dengannya, malangnya tak ada, sebagai pengganti majalah yang selalu cerita pasal hantu pun jadilah buat sementara waktu. Sebab tu kat hospital orang selalu nampak hantu, sebab baca buku hantu, dengar cerita hantu, hantu sudah menghantui fikiran dan macam yang aku katakan tadi, fikiran secara rapat begitu mempengaruhi dan adalah faktor serta ancaman kepada tahap kesihatan total kita. Dari fikiran, kita akan menjana dan men-tranformasi, menyuluh lalu penglihatan jadi terang seperti harapan.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

cinta said...

Cer cari majalah Solusi.

*Aku doa dari jauh*

Fnd Rocka said...

Hakikatnya memang aku beli majalah solusi, artikel yang bernas dan tidak terlalu berkhutbah.

Zhi said...

Moga mak you pulih..
*telefon mak*

arzmoha said...

dari cerita ini saya dapat membayangkan keadaan hospital...di tingkat bawah ada mesin air...masukkan RM 1 dan keluar air kopi mocha...perghhh sedapnya...

saya cuba membayangkan

arzmoha said...

fendi rocka jom ke SBB2017....bila lagi mau ketemu

arzmoha said...

dia ja sejak dua menjak...

arzmoha said...

mak FR sakit ka? semoga cepat sembuh ya...

Unknown said...

Ini adalah untuk memberitahu orang awam Lelaki atau Perempuan yang sihat dan 100% serius
dalam mendermakan buah pinggang mereka harus menghubungi Dr.
johnson, saya seorang ahli nefrologi di Hospital Umum ..
Kerana kita mempunyai banyak pesakit yang berada di sini untuk pemindahan buah pinggang, Adakah
anda mencari peluang untuk menderma buah pinggang anda untuk wang kerana
Kerosakan kewangan, Hospital kami khusus dalam Pembedahan / Pemindahan Buah Pinggang
dan rawatan organ lain, kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang
dengan donor.we yang hidup dan sihat menawarkan $ 400,000.00 USD untuk buah pinggang anda Jika
anda berminat untuk menderma buah pinggang anda jangan teragak-agak
hubungi kami melalui E-mel; generalhospital121@gmail.com