Ilmu Kebal





Seronok jugak menyanyi dalam hati ni, boleh buat suara macam-macam, kadang macam Faizal Tahir..kadang macam Jamal , kalau nyanyi lagu mat saleh tu bunyinya memang dah macam anak jati kampung Winsford, UK. Dalam hati lah tapinya.

Pasca Raya 2016


Orang zaman dulu kalau mengalami tempoh 'jiwa kacau', seminggu dua minggu tak nampak batang hidung beliau, kekadang sampai sebulan. Ada pulak taknak keluar rumah taknak bercakap dengan manusia, lagi teruk bercakap pulak dengan tenuk.

Berbeza dengan zaman sekarang, orang yang sedang jiwa kacau lebih banyak berinteraksi (meracau) dan mudah dilihat orang (post selfie sehari 5 kali). Walaupun pendekatannya berbeza, namun kedua-duanya bertujuan yang sama yakni mencari penawar kepada jiwa. 

Dan siapalah saya untuk menghakimi apa yang terbaik untuk semua, ada orang mungkin bersenam adalah penawar yang terbaik, ada jugak yang makan macam tiada esok, atau ada juga yang menjadikan aktiviti menangkap pokemon sebagai penawar jiwa lara, terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing, cuma saya nak umumkan yang duit raya untuk budak-budak bagi tahun berakhir 2016 dah habis.

Jangan berharap sangat, jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.- Henry Ford



Di sebuah hotel yang dirahsiakan namanya, seorang pengurus bola sepak terkenal diwawancara oleh beberapa orang wartawan dari seantero dunia, salah seorangnya bertanyakan tentang seorang pemain bola sepak berusia 34 tahun yang baru dibeli oleh pengurus tersebut. Pada tahap umur sebegitu, mampukah seorang pemain bola sepak memberi impak kepada pasukan?(biasanya pemain bola sepak dah tak berapa nak bergetah sangat bila dah masuk 30 ke atas)


“Yes, because first of all I know him very well. I always think there’s our age in ID terms, but then there’s our real age. Because, for me, the real age is not the age on your ID. That’s just a date when you were born,”

Pengurus pasukan itu menambah lagi.

"The way he grew up playing the sports he did before football – especially martial arts – he was prepared in terms of his muscles and the mental point of view in a different way to the traditional football player, his DNA, his motivation"

Aku rasa ada betul juga kata-katanya. Pemakanan dan senaman, juga pemikiran atau secara keseluruhannya disebut sebagai gaya hidup amat berperanan dalam menentukan badan kita ni masih zuhur atau asar, atau dah nak masuk maghrib (sorok bawah karpet dulu tahun kita lahir).

Aku teringat suatu ketika di JPJ, semasa ramai orang bermasam muka beratur panjang menunggu giliran masing-masing, ada yang tunggu sambil baca akhbar, ada yang tengok-tengok orang, kebanyakkannya merenung telefon bimbit, tiba-tiba seorang atuk diberi laluan ke kaunter khas. Tak sampai 5 minit urusan beliau selesai. 

Staff di kaunter tu kata kalau tak silap aku orang berumur 50 tahun ke atas boleh ke kaunter khas yang cepat dan tangkas. Cuma yang menimbulkan rasa tak berapa kena , bila mana atuk yang dah berumur lebih 50 tahun tu dia punya badan bukan main lincah, berdiri tegak, jalan penuh gagah serta menyakinkan, pakai pulak seluar sukan, mukanya juga nampak 'boyish' ketika senyum kekok tatkala diminta ke kaunter khas. Mungkin dia tak sedar pun yang dia dah tua sebenarnya (ikut kad pengenalan)

Sedangkan yang muda-mudi 20-an, nampak lemau dan kepenatan. Termasuk aku lah ceritanya, siap mengantuk tak keruan. Dari situ aku sedikit terinspirasi untuk menjaga kesihatan tubuh dan fikiran seperti  ibu kucing menjaga anaknya tidak macam haruan. Taknaklah nanti aku dah masuk 50-an badan pun taknak mengaku tuan. Okeylah, apa-apa hal aku tidur dululah, kalau tak silap tidur boleh awet muda, kan?

You can't help getting older, but you don't have to get old.
- George Burns

Dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur


Kadangkala,
separa sedar,
ketika kita menyoroti foto-foto sendiri,
terdetik,
merasakan kita ini,
photogenik.

Namun, 
fakta menerobos kebenaran,
kalau petik 50,
1-2 sahaja,
yang menjadi,
bukankah itu malang namanya.

Penjudi tegar pun belum tentu berani meletak wang pada kebarangkalian senipis itu.


Impian hari raya pada tahun ni sebenarnya nak beraya di kaunter PTPTN, bersalam dengan pegawai PTPTN dan melafazkan salam kosong-kosong, moga dihalalkan andai ada terlebih terkurang atau terpinjam.

Malangnya depa awai lagi dah bagitahu cuti seminggu, tutup.

Ingat kita terraa ,rupanya depa lagi terra. 
(Salinan asal dari http://www.thevocket.com/bagaimana-sebuku-roti-bawa-kepada-kehidupan-penuh-barakah-buat-seorang-lelaki/ )

Pada satu masa dulu.

Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi macam terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Kemudian satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dengan teragak-agak dia tanya.

“Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari.

Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih”


Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya.

Lelaki itu menjawab, “Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!” dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu.

Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: “apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”

Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.

Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu – sebuku roti sehari – Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis. Namun dia memiliki begitu banyak lagi.”

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu ambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi rezeki memang ditakdirkan.

Tetapi,

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.


Hari ni seorang lagi perempuan terkejut bila dapat tahu aku dah berkahwin. Katanya aku macam budak-budak lagi. Dia punya terkejut sampai aku yang elok duduk di kerusi mengadap komputer, dipusingkan beliau 90 darjah. Namun, tidak seperti perempuan terdahulu, kali ini tiada riak wajah kecewa atau hampa. Tak tahulah aku nak gembira atau nak menangis mengenangkan fenomena ini. Mungkin aku perlu melihat cermin untuk mencari jawapannya.




Pagi semalam aku beraya di rumah seorang rakan seperjuangan sambil dijamu dengan hidangan set KFC dan roti canai (biasalah orang bujang), kami bersama 2 orang lagi rakan melayani pertembungan akhir piala Euro 2016 antara Perancis dan Portugal.

Meski antara kami nampak gayanya tiada seorang pun yang menyokong Portugal (peringkat group pun nombor 3, menang pun harapkan penalti dan masa tambahan), mungkin secara kasarnya pun kita dapat lihat pasukan Portugal sedikit kekurangan dari segi sumber telent berbanding Perancis, Germany ataupun Belgium, namun aku rasa dengan juaranya Portugal pagi tadi membuktikan bahawa talent bukan segalanya atau bukan satu-satunya senjata kejayaan.  

Masa kita kecil dan cetek dulu mesti kita pun pernah tertanya, macam mana kawan kita yang muka tak berapa elok boleh ada makwe , sedangkan muka kita yang pan-asia takde makwe sudi jeling dua kali. Bila di sekolah pun, berapa ramai rakan kita yang bukan melayu tapi keputusan peperiksaan bahasa melayunya lebih baik dari orang melayu sendiri? Ramai.

Seperti Portugal, dengan kurangnya talent muda atau berpengalaman secara keseluruhan, yang ada pun Ronaldo itupun awal-awal dah keluar, mereka nampaknya tidak panik bahkan Perancis (juga Belgium) yang dikurniakan sedozen talent pun berjaya mereka imbangi dengan team spirit, effort, energy, work-ethic, being-prepared, adaptable, doing extra, persistence, determination, PASSION dan ATTITUDE.

Ini membawa kepada satu quote dari M. Jordan berbunyi "Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships"

Syabas Portugal, tapi aku masih benci Pepe.


4 bulan lepas, selepas makan tengahari aku memilih untuk mengelamun di kerusi, entah macam mana aku terlena. Dalam lena yang sekejap itu, aku dibangkitkan di satu tempat yang tidak pernah aku lawati dengan wajah-wajah yang asing. Di dimensi mimpi itu aku amati sekeliling, layaknya seperti aku berada di sebuah kafe di pinggir bandar, meja di sebelah aku kelihatan seorang lelaki sangat tampan sedang duduk bersahaja. 

Aku amati betul-betul lelaki itu, aku perhatikan dengan penuh perincian kerana di negaraku Malaysia jarang dapat lihat lelaki setampan ini. Seperti mengajuk perbuatan aku lelaki tampan itu juga seakan mengamati tingkah aku. Aku cuba melambai kepadanya sebagai tanda menyapa mesra. Ohh..baru aku sedar, rupanya di sebelah aku adalah cermin yang besar, kebiasaan untuk restoran meletakkan cermin sebagai perhiasan supaya ruang kelihatan lebih luas.

"Réputation, comme sa personne l'ombre - parfois suivie et parfoisl'ont précédé, et parfois moins, parfois plus gros que lui" sapa seorang lelaki yang aku rasa merupakan pelayan di cafe itu. Wajahnya saling tak tumpah seperti Antoine Griezman, seorang pemain bola sepak Perancis yang handal. 

"Griezmann?" aku tanya kepadanya.

Dia mengangguk dengan senyuman yang mesra. Kemudian dia menuturkan lagi sesuatu di dalam bahasa Perancis. Agak sukar untuk aku fahami butir bicaranya namun aku angguk-angguk juga melihatkan dia begitu beriye-iye. Lagaknya seperti seorang yang begitu gembira.

"Kenapa gembira sangat ni Man?" aku tanya dia balik.

Dia balas menjawab pertanyaan aku itu dengan gaya tangan dan kaki, seolah-olah sedang menjaringkan gol. Les femmes seront croire tous les mensonges tout enveloppé dans la louange. Begitu asyik dia bercerita sampai dia tertendang meja dan kopi atas meja aku tertumpah. Habis basah seluar aku. 

Aku terjaga dari mimpi, bau kopi terlekat di seluar. Bergegas aku ke tandas. Selepas itu, teringat kembali kata-kata Griezman dalam mimpi tadi, aku google bait-bait katanya. Apa yang boleh aku simpulkan dari analisa mimpi aku bertemu Griezmann adalah Perancis akan muncul juara di Euro 2016 dan Antoine Griezmann bakal menjaringkan 7 gol dalam kejohanan itu.

Perancis muncul juara Euro 2016

Perancis muncul juara Euro 2016



Aku tak boleh blah dengan promosi satu penjual seluar online ni.

Punyalah tulis besor BUY 1 FREE 1.

pastu kalau kau pergi like page tersebut atau baca dengan lebih teliti, rupanya buy 1 free 1 socks.
Sempena sambutan hari raya aidilfitri, company aku (tempat aku bekerja bukan syarikat kepunyaan aku) telah memberi sampul raya (kosong) kepada semua staff-staff yang berkenaan. Ini boleh dikatakan sebagai 'hadiah' dan dalam masa yang sama sebagai pelan penjenamaan sebab kat sampul raya ada logo company.

Aku terkejut sebab bukan main banyak dia hadiahkan kepada setiap orang. Kawan sebelah aku yang sedar dengan keterkejutan aku tu, mencadangkan supaya beri saja pada dia kalau rasa banyak sangat, atau dalam dialog asal "kalau taknak, bagi aku"

Aku tanya balik jumlah anak buah yang dia ada. Katanya isteri dia saja ada 8 adik-beradik, anak buah puluh-puluh dah. Mulanya dia nak kira secara tepat berapa ramai anak buah dia, tapi aku fahamlah kalau dah susah sangat nak kira tu memang ramai lah (kecuali dulu dia gagal subjek matematik memang susah sikit suruh kira-kira). Lalu aku pun hulurkan 4-5 packet sampul raya.

Seminggu sebelum raya, datang pula seorang bekas staff untuk urusan peribadi dan keusahawanan. Pun aku bagi 2 packet sampul raya (kawan aku yang nak bagi sebenarnya, tapi pakai sampul aku dulu).

Kemudian di pagi raya hari yang mulia ni, kakak ipar aku pagi-pagi buta sebelum mandi sunat hari raya dah tanya " Ada sampul raya lebih tak?" Aku pun bagilah jugak. Dipendekkan cerita, kalau tak dapat pahala duit raya, dapat pahal sampul raya pun okeh ye tak. Inilah yang orang kata "No one has ever become poor by giving", terutamanya kalau bagi sampul raya.

(alamak macam tak sampai je alasan gini)

Peace. Maaf Zahir Batin (muka garang)

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri


Takde hati aku nak tengok pengumuman hari raya aidilfitri minal aidil walfaizin kat televisyen. 

Pertama sebab banyak barang nak kena kemas.

Kedua, aku tengah sakit perut.

Yang ketiga dan yang last sekali, sebab aku dah tahu raya mesti jatuh pada 1 Syawal punya, setakat ni mana pernah tukar lagi.
Tuan Guru ada pesan, kalau raya nanti kewangan jadi tenat, terpaksa memilih sama ada mahu memberi duit raya atau nak bayar hutang kereta/ rumah...dinasihatkan supaya dahulukan bayar hutang.

Sedekah tu sunat, bayar hutang tu wajib. 

Tapi biasanya orang bukan nak peduli pun pada perbelanjaan atau kos orang lain, akhirnya reputasi diri juga yang menjadi prioriti. Biar bermahal-mahal, hidup kan pentas lakonan, sediakan props dan jurumekap profesional.

2 hari lagi.
Sebenarnya kalau nak beli / tempah kuih raya ni, elakkan beli pada waktu siang, sebab masa perut kosong memang mata hati mudah terpesong dengan makanan. Lainlah kalau baki dalam bank banyak kosong kosong kosong (di belakangnya)

Ni jadi raya ke tak jadi ni?

Dari minggu lepas dok tunggu, aku takde dengar pun bunyi mercun lagi.

Yang aku dengar bunyi "Goaaalll!! Goaaaall!!"


Sempena nak menyambut kedatangan syawal, dah boleh kut praktis buat muka garang depan budak-budak.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home