Perancis muncul juara Euro 2016

4 bulan lepas, selepas makan tengahari aku memilih untuk mengelamun di kerusi, entah macam mana aku terlena. Dalam lena yang sekejap itu, aku dibangkitkan di satu tempat yang tidak pernah aku lawati dengan wajah-wajah yang asing. Di dimensi mimpi itu aku amati sekeliling, layaknya seperti aku berada di sebuah kafe di pinggir bandar, meja di sebelah aku kelihatan seorang lelaki sangat tampan sedang duduk bersahaja. 

Aku amati betul-betul lelaki itu, aku perhatikan dengan penuh perincian kerana di negaraku Malaysia jarang dapat lihat lelaki setampan ini. Seperti mengajuk perbuatan aku lelaki tampan itu juga seakan mengamati tingkah aku. Aku cuba melambai kepadanya sebagai tanda menyapa mesra. Ohh..baru aku sedar, rupanya di sebelah aku adalah cermin yang besar, kebiasaan untuk restoran meletakkan cermin sebagai perhiasan supaya ruang kelihatan lebih luas.

"Réputation, comme sa personne l'ombre - parfois suivie et parfoisl'ont précédé, et parfois moins, parfois plus gros que lui" sapa seorang lelaki yang aku rasa merupakan pelayan di cafe itu. Wajahnya saling tak tumpah seperti Antoine Griezman, seorang pemain bola sepak Perancis yang handal. 

"Griezmann?" aku tanya kepadanya.

Dia mengangguk dengan senyuman yang mesra. Kemudian dia menuturkan lagi sesuatu di dalam bahasa Perancis. Agak sukar untuk aku fahami butir bicaranya namun aku angguk-angguk juga melihatkan dia begitu beriye-iye. Lagaknya seperti seorang yang begitu gembira.

"Kenapa gembira sangat ni Man?" aku tanya dia balik.

Dia balas menjawab pertanyaan aku itu dengan gaya tangan dan kaki, seolah-olah sedang menjaringkan gol. Les femmes seront croire tous les mensonges tout enveloppé dans la louange. Begitu asyik dia bercerita sampai dia tertendang meja dan kopi atas meja aku tertumpah. Habis basah seluar aku. 

Aku terjaga dari mimpi, bau kopi terlekat di seluar. Bergegas aku ke tandas. Selepas itu, teringat kembali kata-kata Griezman dalam mimpi tadi, aku google bait-bait katanya. Apa yang boleh aku simpulkan dari analisa mimpi aku bertemu Griezmann adalah Perancis akan muncul juara di Euro 2016 dan Antoine Griezmann bakal menjaringkan 7 gol dalam kejohanan itu.

Perancis muncul juara Euro 2016

Perancis muncul juara Euro 2016



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Elih Japahar said...

Adoiii hahaha...harap mimpi jadi kenyataan, 7 goal utk final ke sepanjang kejohanan euro ni :P

Elih Japahar said...

Hahaha..