Tundukkan Playgirl Itu


Tundukkan Playgirl Itu


Datin Nuriz sedang duduk goyang kaki di pejabatnya ketika deringan telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat pada skrin paparan tertera nama peguam peribadi Datin Nuriz. Selama ini Farhan sememangnya peguam muda yang telah banyak membantu melonjakkan kareer Datin Nuriz, sehinggalah pada hari ini. 

"Datin, kita ada perkara yang sangat penting untuk dibincangkan, kita jumpa di tempat biasa sekarang" ujar Farhan dengan tenang namun ditekankan sedikit nadanya apabila menyebut 'penting'.

"Farhan, saya ada meet..." Belum pun sempat Datin menyebut perkataan meeting dengan sempurna, Farhan telah mematikan talian. Datin Nuriz mulai merasa tidak sedap hati. Mungkin ini ada kaitan dengan maklumat dari perisik yang diupahnya untuk mengintip aktiviti suaminya Dato Harraz Naufal.

Dia terus membatalkan meeting dah bergegas ke sebuah kafe hipster yang terletak 15 minit dari pejabatnya.

Dari luar kafe sudah kelihatan Farhan yang sedang duduk di sudut paling hujung. Tanpa banyak bicara, Datin pun bergegas untuk duduk berhadapan dengan Farhan. 

"Datin nak dengar khabar yang baik dahulu, atau khabar yang...agak kurang baik?" soal Farhan serius. 

" Saya tengok muka kamu macam ni pun dah macam satu perkhabaran buruk" jawab Datin sedikit marah kerana beliau belum sempat duduk sudah ditanya-tanya sebegitu.

"Ok Datin Nuriz Senroseee...yang cantikk...yang comelll....Datin nak dengar khabar yang baik dahuluuuu keee, atau khabar yang...agak kurang baik?" soal Farhan lagi, kali ini dengan senyuman lebar yang dibuat-buat.

"Haaa..macam tu lah, bawak bertenang k. Apa khabr baiknya?" 

"Suami Datin, dia ada jumpa foto yang mengikut perkiraan saya, bernilai lebih dari 1.5 juta , atau dengan kata lain aset Dato Harraz akan bertambah"

"Wow! Ringgit Malaysia?"

"USD"

"Wooowww..woww!" Datin Nuriz sudah dapat membayangkan percutian di Paris,diikuti pula ke Istanbul dan singgah sebentar di Korea. Di dalam fikirannya, dia sudah terbang ke sana, membawa 3 beg besar bersama seorang orang gaji gagah. Melawati gudang beli belah yang terbesar di Eropah. Terbayang jugak jejaka-jejaka kacak Korea yang putih melepak dan berwajah seakan-akan sama ( kerana doktor bedahnya sama).

"Datin, datin...Datin..." seorang pelayan memanggil Datin Nuriz untuk mengambil pesanan.

"OOOoo sorry, saya nak makanan yang paling mahal satu, dengan minuman yang paling mahal satu! Ha Ha. Dan, hari ni Datin Senrose belanja semua orang, masukkan dalam bil saya"

"Tapi Datin..." sambung Farhan. 

"Ye saya tahu..beritahu tentang khabar kurang baik..saya dah bersedia"

"Khabar kurang baiknya berkenaan foto tersebut, sebenarnya ada 3 foto "

"Wow..dah cukup banyak untuk saya, Farhan..Farhan..saya tak setamak yang kamu sangkakan"

"Ketiga-tiganya mempunyai gambaran jelas Datin.."

"Ok, bagus, maksudnya kamera yang digunakan adalah berkualiti lah kan"

"Ketiga-tiganya mempunyai gambaran jelas Datin..bersama anak ikan Datin"

"AAAnnakkk..."

"Tanpa.."

"Ikaaaann.."

"Pakaian . Ye Datin, sekarang saya nak tahu lokasi Azrol anak ikan Datin, supaya kita dapat sembuyikan dia terlebih dahulu "










Bersambung....

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Sayidah Napisah said...

perghh perghh memang tundukkan betul tu