Tips Memujuk Suami

Tips Memujuk Suami



Garu kepala jugak aku bila nak tulis berkenaan perkara ini. Bagaimana mahu memujuk lelaki yang merajuk? Persoalan yang berat sebenarnya untuk aku memandangkan aku berkemungkinan akan menulis sebanyak satu perenggan saja. Iyelah, lelaki merajuk kan biasanya pendek je durasi masanya, perempuan merajuk yang muncung panjang macam keretapi tanah melayu.

Jadi aku pun buatlah sedikit penyelidikan dan bancian secara tak rasmi. Kalau nak rujuk pada pengalaman sendiri makanya tak menyeluruhlah sebab aku tak boleh mewakili semua lelaki, dan lain-lain lelaki juga tak boleh mewakili aku, itu yang aku tak faham bila perempuan kata semua lelaki ni sama je, macam lah dia dah merasai semua lelaki,pui.

Berbalik kepada topik memujuk lelaki, ianya tentu berbeza dengan cara memujuk perempuan. Setelah membaca beberapa nota berkenaan cara memujuk isteri / cara memujuk gadis, salah satunya ditulis oleh rakan sekelab aku YB Shehan di blog Shehanz Studio di entri berjudul Orang Perempuan Banyak Cekadak . Maka, dengan itu aku terpanggil untuk memberi pencerahan pula dari pihak lelaki tentang cara untuk memujuk lelaki, terutamanya suami.

Tips Memujuk Suami

Tips Memujuk Suami / Lelaki:


1. Sediakan masakan kegemaran beliau. 

Bak kata pepatah perut kenyang hati senang, ini sangat membantu dalam pada nak amik semula hati suami. Tidak kira sama ada anda masak sendiri atau beli dari kedai, tapi pastikan masakan tu sedap, air pun jamu yang terbaik punya. Bila dah kenyang, bisik kat telinga suami "I minta maaf" kemudian kiss ciked. Muah.

2. Duduk atas riba. 

Cara ni dikongsikan oleh seorang rakan sekelab (mungkin tak merujuk kepada YB Shehan), katanya dia akan duduk di atas ribaan dan kuis-kuis janggut suami. Hamboi, kemain lagi dia..pandai cari suis. Cara ini aku tak nafikan keberkesanannya, kerana lelaki ni dia tak kuat dengan objek-objek yang manjakani. Dia akan mudah hanyut. Cuma kalau berat melebihi muatan, mohon jangan amalkan cara ni..nyendeng-nyendeng pun ok dah, kalau gagah sangat risau juga lepas tu suami sebulan berak tak lawas.

3. Hadiah. 

Kalau merajuk disebabkan kes berat-berat, mungkin kena jugak sogok dengan hadiah. Takkan perempuan je nak hadiah ye tak, tapi takdelah bagi emas permata. Antara hadiah yang dikatakan memberi kesan positif adalah seperti cd games, kasut bola, butang baju melayu atau pun madu asli (baik untuk kesihatan). Cara ni perlukan modal sikitlah, yang penting beli pakai duit sendiri, kalau beli pakai kad kredit suami lebih baik tak payah susah-susah nak pujuk suami biar je dia mereput jadi baja kompos.

4. Berbincang, berkomunikasi atau berlakon. 

Dengan lemah lembut, merdu dan lunak bak Luna Maya, cuba mulakan perbualan dengan bijak. Kalau sebelum ni asik memetir, cuba masa nak pujuk ni je suara tu kasi sedap macam bunyi gesekan biola, tak lama mana pun..sekejap je. Sambil-sambil bercakap tu buat-buatlah tersentuh ke, terjentik ke, terjatuh ke pangkuan ke..ala kata biasa tengok cerekarama, berlakon lah sikit. Tapi bagi suami yang dah kenal taktik perempuan begini, teruskan perbualan dengan sopan dan menyelesaikan isu yang membelenggu emosi si suami.

5. Tak payah pujuk, dalam erti kata lain beri ruang kepada suami untuk bertenang dan sembuh dengan sendiri.

Esok pagi lepas bangun tidur mungkin dia pun dah lupa, lagipun lelaki kan lebih pemaaf, antara sebab dipilih untuk jadi ketua keluarga kan. Senyap ni sebenarnya cara lelaki menguruskan emosi dia sendiri, jangan pulak semasa dia senyap kau baling dia dengan soalan-soalan yang provokatif dan meluat.  Apapun, siapa yang tak sayang isteri ye tak, lama-lama nanti dia sendiri jugak yang akan peluk isteri. Sebab tu isteri selalu ambil kesempatan, bila suami merajuk..bukan dia nak pujuk tapi dia pulak nak merajuk tak semena-mena. Suami pun akhirnya mengalah sebab sayangkan isteri dan tak sanggup lama-lama tengok muncung bini yang kalau dibiarkan boleh cecah ke lantai.

Ok cukup!

Semestinya selain dari yang aku cadangkan dia atas, ada juga cara-cara lain mengikut kesesuaian masing-masing. Aku tak dapat menyatakan semua kerana ini adalah sebuah blog bukan buku teks universiti kebangsaan. Kalau buku teks, tentunya aku akan tulis beratus-ratus cara kerana akan dibaca oleh beribu-ribu mahasiswa, dalam masa yang sama aku akan dapat berduit-duit royalti. Tapi, buat masa sekarang cukuplah cara yang aku berikan tadi.

Bagaimana pula cara anda memujuk suami / lelaki?

Apapun, sebagai peringatan buat lelaki dan perempuan, usah jadikan merajuk sebagai alat untuk memenuhi segala kemahuan anda, kekanak-kanakan sangat itu ye. Sekian.

Selamat memujuk. Muah!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

Azirahman said...

akak pujuk dengan tips no 1 ajer...

pstt:welcome back to my bloglist...hahhahahha

Unknown said...

hahahahaa.. selalu praktikkan yg no.5 je.. :)

dia merajuk, kita merajuk..
merajuk yang lagi teruk dari dia..!!
dan merajuk yang langsung tak ada sebab kenapa.. saje..!

:p

berkesan sangaaaattt okkehh...!

selamat mencuba..

Fnd Rocka said...

DRAMATIC UNIQ - kuat merajuk ni mesti sbb si dia ada rahsia memujuk yang hebat

Mommy's Diary of Life said...

haha. tajuk entri blog den kemain kau ubah ye. hahahaha. cekadak punya FR

Sayidah Napisah said...

tips pujuk suami? ermmm *garu kepala*

takde suami lagi
dotdotdotdot

btw good tips :D

Izzati Suhaide said...

Yg salu dipraktikkan adalah cakap lemah lembut..ehhh..i takde suami lagi...muahahahhahha

Inani Hazwani said...

Baiklah. Nanti dah ada suami boleh guna. Hahahaha !

Bonde Zaidalifah said...

Nasep tak de Cara BZ pujuk suami...
x molah share dengan FR ini rahsia BZ

he he he he

Fnd Rocka said...

iffah hussin , tak perlu bagitahu pun saya dah tahu lah, tapi tak sesuai untuk bacaan umum, lebih2 lagi untuk paparan blog saya yang kudus.