Aku ni bukan seorang yang licik dalam bergaul mesra,mulut pun tak semanis kurma, peramah apatah lagi memang tak sesuai untuk sesiapa menyebut ciri-ciri ini untuk menggambarkan tentang aku. Tak kiralah lokasi di mana, lebih kurang begitu jugalah simptomnya. Cuma dari aspek mempamer senyuman tu ada banyak peningkatan, itupun selepas aku masuk pertandingan 'senyuman paling menawan' di sebuah blog dan tak semena-mena jadi juara bagi kategori lelaki, dari situlah baru aku sedar yang senyuman aku ni boleh jual jugak rupanya.Kahkah.
Nak dijadikan cerita, bos aku punya bos punya bos selalu juga datang ke pejabat untuk meeting atau urusan kerja dia sebagai bos aku punya bos punya bos. Beliau pada aku walaupun sangat fokus dan particular dalam hal kerja, namun dari aspek bersosial dan kebolehan berinteraksi tanpa kekangan tingkat dan tahap jawatan patut dipuji. Kalau lihat cara dia bercakap dan menegur staff memang bagus.
Nak terjadi cerita, dia ni jenis suka pulak menegur aku. Itu yang aku pelik dan jadi segan, aku punyalah tak ramah ni jugak yang selalu jadi target. Setiap kali terserempak bos aku punya bos punya bos ni akan tegur dan tanya khabar.
"Hi Fendi! How are you?" setiap kali memang ini lah yang dia tanya. Kadang dia akan tegur guna dialog yang berlainan sedikit tapi dia punya intro dan intipati memang tak jauh beza.
Dan pilihan jawapan aku cukup dengan "Goood......" atau "Great, bos" dan tak lupa disulami dengan senyuman yang kononnya menawan tadi. Memang jawapan aku serba ringkas dan padat, terselit elemen positif dan semangat kental. Sebagai bukan senior, aku rasa macam belum penuh ilmu di dada nak bincang hal lain, jadi cukuplah ringkas sahaja jawapan aku.
Oleh kerana kami dah seringkali berjumpa atau terjumpa, aku dah boleh agak dia punya timing dan dialog. Memang tak pernah salah perkiraan.
"Hi Fendi! How are you?"
"Gooood" (senyum)
"Hi Fendi! How are you?"
"Great, bos" (senyum)
"Hi Fendi! How are you?"
"Gooood" (senyum)
"Hi Fendi! How are you?""
"Great, bos. How are you ?" (senyum)
Sampailah di suatu hari, ketika aku sedang enak duduk kat sofa ofis. Bos aku punya bos punya bos muncul membawa dialog biasa.
"Hi Fendi! Dah makan?"
Aku boleh plak pergi jawab "Goooood!"
(Tak jadi nak senyum).
Inilah yang orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata...hmmm mungkin dia nak melatih aku supaya fokus dan particular seperti dia.
9 comments:
Ehehehe...apa la fr,dgr dulu soalan btul2..kihkih
Tu la..main jawab je..dgr dulu betul2...puas cari scene terlanjur..rupanya terlnjur kata
kahh kahh kahh...!!
teruk punya terlanjur ni.. nasib baik tak lekat..
:p
haha. sengal sungguh..
booo abg ondi booo! hahaha
pssttt senyuman tuu tak boleh nak lawan senyuman menawan kc la yang pasti ehem
okeh ni mmg lawak
hahahahaha...tak fokus...
Dah masuk cerita pasal boss ni, aku pun ada cerita. Boss aku pompuan (single lagi kena) tukar daerah lain bulan lepas. Amannya dunia ni, kalau tak ada je, dia nak nyakat aku, marah-marah hal kecil.Pendek kata, kalau aku tak datang kerja(cuti) dia akan call, lepas tu cakap sorry saya ingat awak kerja hari ni, padahal aku dah maklum kat dia petang semalam. Kalau dia ada meeting ke apa ke, aku kena " heret' sekali, sedangkan staff lain ramai. Kalau aku tolak, dia kata takpe. tapi ayat takpe tu lain macam" macam ugut (SIAP KAU) aku balik meeting ni. Lain staff cakap boss ada "chemistry" dengan aku, tapi rasanya tak.
Mungkin ye, tapi aku rasa tak. Aku direct tanya boss tu masa dia nak tukar. Dia cakap dia suka "kenakan" aku, sebab selesa dengan aku, What! makna ni, siap dia cakap I will be back!
Hai semua
Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.
Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.
Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.
Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.
Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.
NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com
Post a Comment