Tonton Pilot Cafe - Terperangkap di kemelut cinta
Lagu tema yang Hafiz feat Adira tu sedap jugak kan? |
1.Pagi ni aku bangun tidur macam tak percaya yang malam semalam aku pergi tengok pilot cafe, siapa yang pukau aku semalam?
2. Pilot Kafe ni satu lagi adaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah. Dulu-dulu memang aku pernah baca novelnya, tapi jalan ceritanya semuanya terasa macam dah jauh sangat, ingat-ingat lupa. Cuma yang aku ingat aku memang puas baca novel dia pada masa tu sebab Ahadiat bawa keberanian dalam ceritanya, tidak play safe dan tidak safe jugak sebenarnya untuk yang masih di bawah umur.
3. Pilot Cafe berkisar tentang seorang playboy bernama Ameer Reza yang berduit dan digambarkan sangat kaca berbadan sasa. Beza playboy berduit dengan tak berduit ni, playboy berduit ni senang sikit nak dilakonkan oleh Fahrin sebab telah dibantu props seperti kereta mewah, baju mewah dan buku cek.
4. Filem ni bawa penonton melalui proses playboy tu cuba untuk mengenal erti respek kepada wanita dan menjadi lelaki yang lebih mahmudah sambil dia diburu dosa-dosa silam. Namun bukan mudah untuk jadi mahmudah, konflik yang dialami tu sama ada boleh diterima sebagai satu batu loncatan untuk dia jadi lebih baik atau sebagai batu belah batu bertangkup yang telan dia tak berperikemanusiaan.
5. Dua watak heroin utama dalam filem ni dipegang oleh Sharmila dan Maya. Sharmila adalah perempuan yang mencetus fasa baru untuk Ameer selepas dia hilangkan diri, Maya pula perempuan yang secara tak langsung mengajar Ameer tentang cinta dan perasaan ingin memiliki. Aku takde sebarang komplen tentang lakonan Izara Aisyah dan Neelofa, dua-dua lawa dan kuat menangis.
6. Lakonan Fahrin pun aku takde masalah, aku rasa sampailah lakonan dia tu, filem ni boleh dijadikan reference dalam resume dia yang membuktikan dia boleh bawa watak di layar yang lebih besar, dibantu pulak dengan layar Osman Ali yang aku boleh hadam jugak untuk filem romantik melayu. Tapi orang cakap Fahrin tak hensem kat luar, pendek, betul ke? Kalau betul dia tak hensem, maknanya hebatlah lakonan dia sebab dia berjaya lakonkan watak orang hensem.
7. Secara keseluruhan, walaupun filem ni taklah begitu WOW, tapi mesej ringkas yang nak diterjemah tu sampailah jugak. Nasib baik plot filem ni menarik seperti plot novel Ahadiat, kalau tak mesti terasa lama gila nak tunggu habis sampai 2 jam 5 minit. Plot bagus, tapi penamatnya korang tepuk dada tanyalah diri sendiri, kalau dah tepuk takde jawapan jugak meh aku tepukkan dada korang atau pergilah beli novelnya.
8.Last sekali, disebabkan durasinya yang aku tak jangka begitu panjang, sampai lrt dah tutup baru habis. Kami tengok kat Nu Sentral jadi parkinglah kereta kat lrt area rumah aku then menuju ke klsentral naik lrt untuk menyahut seruan kerajaan berkebajikan. Bila filem habis, bergegas lah kejar lrt tapi lrt dan komuter dah tutup, sudahnya kena naik teksi dan dicaj mahal!
9. Lepas kena caj teksi mahal semalam, aku dapat satu pengajaran yang berguna, sebelum naik teksi kena inform driver teksi siap-siap yang kita orang Malaysia warga tempatan, dorang ni bukan boleh...nampak muka eropah sikit nak caj lebih..puii! Lebih betul lah, ni semua gara-gara pilot cafe, sudahnya aku juga yang menetes terperangkap di Kl Sentral.
23 comments:
teringin jugak nak baca novel pilot cafe ni. abg fr ada tak? kihkihh
sasa la... kacak la... kaya la.. penat betul. malas sungguh nak layan movie..
saya pernah baca novel Ahadiat.. memang agak censored kadang2 cter dia.. blog dia apatah lagi.. skang xtau la
Wow fr tgk wayang
kikiki..kesian la..bukan muka awal shaari muka cam Melayu?
wah ! dah tgk ye
wahhh jeless. nani tak tengok lagi :(
Pilot cafe ermmm ..tgk jgn tak tgk..
tak sesuai untuk kanak-kanak, pergilah baca cerita kancil dan lampu ajaib
eh, aku tak perasan lak tentang kewujudan blog ahadiat
NOVEL DIA MG BEST.. AAK HUSBAND KK ENY PI NONTON DIA TAK NAK PULA.. T.T
point nombor enam tu win..lama giler cite dia 2 jam..baca full novel dia pun tak selama tu.aku ingat-ingat lupa novel tu, taulah baca sorok-sorok sebab aku pun still bawah umur time tu
rasanya filem ni dibayangi kontroversi Izaara Aisya punya adengan peluk2 je kan... haaaiii...!! kesian watak lain tenggelam terus dek kontroversi tu.....
*selepas kecewa tahap Gaban Suria Perkasa Hitam dgn Lagenda Budak Setan Movie, ain tak fikir ain mampu nak tonton mana2 novel Ahadiat yg di filem kan.... huhuhuhuuu... :p
ya betul aku rasa nak keluar panggung masa tengok Lagenda Budak Setan
Full novel mestilah lebih 2 jam
Bahaya nak tepukkan dada orang lain! :p
tak patut mereka yang dipukau tonton pilot cafe dicaj begitu mahal....
rasanya pemandu teksi mungkin nak beri pengajaran kepada lelaki kacak tentang erti cinta yang sebenar
deep
Assalamualaikum FR.. first time singgah sini N this entry yg dipilih..
Novel dan drama melayu banyak kena tapis utk dibaca dan ditonton..
Mood baca novel dan tgk drama/movie mmg kelaut sekarang..habisnya baca review rakan2 blogger saja..hahaha
belum pernh bca lagi karya ahadiat ni
mata FR masuk pasir tak tengok pilot cafe ni?
takde pun
cis..tipu
hui..tgk pilot cafe..makin puitis n jiwang lah ayt fr pasni..
Post a Comment