in denial : in a state of refusing to believe something that is true.
Aku sedang menunggu giliran di sebuah bank, biasa kalau pergi bank aku memang tak suka bercakap-cakap, lebih suka senyap macam ada berlaku kematian, seakan-akan bertafakur sejenak kepada duit yang bakal pergi meninggalkan akaun bank.
Depan aku ada seorang brader bank yang cukup baik melayan para pelanggan, sebelum ni pun aku ada perasan brader ni memang cukup gembira dan teruja masa bertugas. Intonasi dan empati dia bila bercakap menonjolkan keprihatinan yang padat. Barangkali, memang impian dia dari kecil mahu bekerja di situ.
"Abang kerja ke study lagi?" brader bank menegur ramah. Walaupun aku tak suka dia panggil aku abang,tapi aku suka soalan ni, sebab walaupun rambut aku dah gugur banyak, tapi muka student-student masih tak lekang. "Kerja dah", aku jawab.
"Abang balik pukul berapa?" dia tanya dan panggil aku abang lagi. Aku jawab, kemudian diam sekejap sebelum aku tanya dia balik soalan sama "ABANG balik kul berapa?"
Aku tanya lagi "Abang tinggal kat mana?"
Aku tanya lagi " Abang memang orang situ lah?"
Lepas dia jawab, dia tanya aku balik soalan yang sama.
"Abang tinggal kat mana?"
"Tempat kerja abang kat mana?"
Degil dia ni..kau je lah abang,aku taknak jadi abang, aku muka student-student kut.
Aku tengok abang ni macam suka benar bercakap, aku pun koreklah lebih lanjut dah berapa lama kerja, kenaikan gaji ok ke tak. Sebelum dia tanya kita, baik kita tanya dia.
Aku tengok abang ni macam suka benar bercakap, aku pun koreklah lebih lanjut dah berapa lama kerja, kenaikan gaji ok ke tak. Sebelum dia tanya kita, baik kita tanya dia.
"Abang dah makan belum?" dia tanya pulak.
"Belum. Abang rehat pukul berapa?" aku tanya dan pulangkan balik abang dia. Payah betul dua-dua tak nak mengaku abang ni, semua nak perasan muda..tapi jangan ingat aku nak mengaku kalah.puii!
Hujung sekali bila urusan dah selesai. Aku cakap laju-laju " Bang balik dulu, terima kasih" kemudian terus bergegas. Dari belakang aku dengar sayup-sayup dia balas "Ok bang!"
19 comments:
Masing-masing perasan tak hinggat kan...hehe
Dua-dua abang.mana satu adiknya? Tanda hormat tu. Nak panggil adik kang lain pulak.
hi abang....
hi abang
hahahahahhaaha.. ada juga macam ni, adoi. lepas ni kalo ada orang panggil saya kakak, saya panggil dia kakak pula
Hahahah. hai abang.
Itu tanda hormat...mungkin dia tak mahu panggil encik..nampak formal sgt...panggilan 'abang' mungkin nampak lebih mesra...hihi...be positif bro!
Jemput jenguk blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com
hahahaa kelakar laa. mungkin lebih sopan kalau masing2 membahasakan diri 'abang'.. heehhe
haha..abang jolok motor bang... hihi macam kisah bujang lapuk tu FR :)
"jolok motosekal ye bang?" kikiki
Kira orang bank tu lah yang menang kan sebab die yang last panggil abang.. hehehe
nampak sgt muka tuuuuu umur..... uhuk uhukkk
hahhahahahahahah ! gelak sakan mimin baca. nasib bos xde
hahahahahaaa... :p
"haii-abang-muka-student..."
kan sopan panggil abang..sekali kuar uncle nanti pakat2 jeling pulakk..ngee
Abang abang sgt...
hati2 cik mimin. ada org yg memerhati kihkihh
hahaha.. memasing nak jadi muda yer.
pulangkan balik abang dia kahkahkahkahkah!!
Post a Comment