Selepas cuti 4 hari, hari ni masuk ofis masing-masing bawa bekal cerita yang pelbagai ragam mengenai percutiaan. Ada cerita yang mengecewakan, contohnya perjalanan yang biasanya makan masa 2 jam, jadi 12 jam disebabkan kesesakan. Yang manisnya biasalah dapat istirehat dan makan-makan dengan kesayangan. Aku tunggu je bila dorang nak petik cerita myvi, tapi setakat jam 10 pagi takde orang petik lagi.
Tiba-tiba seorang rakan sepejabat berbangsa india sampai, muka nampak ceria selepas pulang dari bercuti, apa dibuatnya masa cuti aku tak tahulah, minggu lepas kesian tengok dia jalan perlahan macam atuk-atuk dan selalu mengeluh sakit belakang, siap amik cuti sakit disebabkan kecederaan semasa work out katanya. Tapi hari ni nampak lain, jalan pun dah laju semacam, rumah urut mana dia pergi?
"Eh dah boleh jalan laju..ok dah ke?" aku tanya sambil berjabat tangan.
"Mana ada ok...sakit lagi ni, masih tak boleh nak bongok", jawab beliau.
" Eh..bongok apa...bongkok!" aku betulkan, bertindak sebagai auto-correct in real life.
"Haaa bongkok". Dia sengih. Terus aku bukak cerita pasal Avengers.
18 comments:
Hahahaha. adoii bongok dengan bongkok pun tertukar :P
adusss fr..misscomunication ruapanya
bongok pun jadilah.. hahahhaha
diorang xnakla mulakan hari dengan cter pasal myvi. kalao pg dah tension, sampai ke malam ler tension kang
Nasib baik abg fr tahu maksud dia bongkok. Kalau abg fr balas bongok kat dia ? #lawakhambar
HAHAHAHHA bongok pulak dah. adeh
haha, real life pun typo... hikhik
Mcm perli kk eny je FR.. ;D
Bongok pun bongokla...
Mcm perli kk eny je FR.. ;D
Bongok pun bongokla...
Ahahahahahha... Kelakar bila baca.. ingtkn TYPO mesej macam along dengan KAK ENY selalu lakukan... typo kata2 rupanya.. in real life plak tu...ahha..
akak pun selalu gak typo dalam percakapan... dah la confident cakap perkataan tu. hahaha
real life kalau typo lagi kelakar.
kadang-kadang malas nak cakap pasal benda yang boleh buat kte stress.tu sebab takde sape petik cerita Myvi kot.
bagusss.. FR...!!
ini bukti EFG telah melahirkan ramai Polis Typo berwibawa.... :)
betul jugak,mulakan dgn sesuatu yg positif ye tak
tolong jangan teruskan cerita myvi...dah lama kereta disembunyikan....
simpan dalam rumah?
hahahhahha ok lawak! kehkehkeh
bongok! hahahaha
Post a Comment