Trying

 



Dalam situasi semasa, kemelut kesihatan dan ekonomi, sebahagian kita mengalami tekanan hidup. Aku terima bahawasanya kerja memang stress. Aku pernah ada beberapa role yang berbeza kat sini, semuanya memberi tekanan yang berlainan. Ada yang kena kejar masa, ada yang kena menangani karenah manusia, ada yang perlu memerah kepintaran dengan kasar dan selalunya perlu dilakukan serentak. Memandangkan aku menganggap kerja is kerja maka aku layankan je la, meskipun sedikit sebanyak mempengaruhi mental namun cuba sedaya upaya bersikap professional.



Pernah suatu ketika seperti hari kebiasaan di pejabat, bila stress aku pun turun sekejap ke kedai bawah untuk membeli karipap. Lepas beli karipap terjumpa pulak bos department lain. “You so compose haa, i always see you so calm” katanya. Padahal dia tak tahu jiwa aku tengah menyirap. Aku pun balas dengan pertanyaan khabar sekadar berbasa-basi. Lepas tu aku naik ke ofis dan kembali bekerja dengan compose dan calm bak kata bos department lain tu.


Biasanya bila kita ber-reaksi tenang dan memberi respon yang baik ketika mengalami tekanan hidup secara peribadi atau di tempat kerja, orang akan menganggap kita tidak stress dan sentiasa hidup aman sentosa. Jarang yang dapat melihat kerja-kerja penyelengaraan disebaliknya, malah seringkali dienteng dan diperkecilkan. Contohnya rumah yang tersusun kemas, orang cakap untunglah kau dapat hidup dalam rumah tersusun kemas, tengok macam aku terpaksa hidup dalam rumah yang bersepah seranah. Soalnya sekarang, rumah yang kemas tu bukan datang dari nasib baik, kadang datang dari pengalaman buruk juga.


Aku sampai sekarang susah nak bersetuju untuk mengatakan kemalangan yang aku alami dulu yang menyebabkan aku tak boleh berdiri berjalan adalah pengalaman terburuk dalam hidup aku. Aku pun tak pasti kenapalah macam tu. Yang aku tahu, atau yang aku selalu peratikan, benda yang lagi buruk biasanya reaksi atau respon kepada kejadian buruk yang berlaku. Contohnya, kau terjatuh dan kaki kau luka, tapi kau pergi curah dengan air panas sebab kau fikir air panas boleh menyembuhkan luka. Kaki luka memang menyakitkan, simbah dengan air panas adalah tragedi.


Tidak berjalan adalah realiti yang pedih, namun adalah lebih membunuh bukan tak boleh berjalan tapi bagaimana reaksi dan respon terhadap situasi itu. How i take it will eventually decide. Jika tidak datang dari dalam, selalunya dari luar la, cukup cakap soal mentaliti dulu. Bagaimana orang akan kata “susahlah nanti ye”, “kesiannya awak” atau “mak bapak kena jaga sampai bila-bila”, orang akan memandang sebagai kisah sedih dalam masyarakat. Ini adalah pembunuh karakter, ini adalah air panas yang disimbah tadi.


Jika aku dapat jumpa balik aku yang dulu, walaupun ada beberapa perkara yang aku akan cakap tak setuju dengan dia namun dalam hal ni aku akan berterima kasih atas respon dan reaksi dia kerana dua hal ni boleh dikatakan tulang belakang yang menyokong perjalanan seterusnya. Keywordnya respon dan reaksi. Di zaman yang semua orang nak memberi reaksi dan nak respon segala macam hal, rasanya kita faham betapa pentingnya dalam ketahanan mental. Its a slow process tapi sangat signifikan.



Tempat kerja aku sekarang kerap mengadakan webinar yang menjurus kepada pemantapan kesihatan mental. Malah klinik atau senang cakap kaunter spesifik dah wujud dengan pengendali terlatih. Sebenarnya dari beberapa tahun lepas pun memang sudah diterapkan hal-hal penjagaan kesihatan terutamanya dalam isu menangani stress. Perkara ni sememangnya dituntut kerana secara peribadinya pun aku merasakan tempat kerja adalah lubuk stress, skill menangani stress adalah skill yang dipandang tinggi.


Sayangnya, ramai yang hanya cakna tentang stress dan depresi setelah mengalaminya, sebelum-sebelum tu langsung tidak tahu menahu. Point ini bagi aku sangat penting, tiada kesedaran sebelum mengalaminya adalah kesilapan besar. Umpama berdepan musuh halimunan, tiba-tiba dia mengetuk kepala kau dari belakang, lebih parah dia mengetuk dari depan dan kau tak mampu berbuat apa-apa. 


Bagi yang sudah mengalami, atau mempunyai sedikit sebanyak info mengenai isu stress dan depresi, aku galakkan untuk berkongsi rasa dan mungkin maklumat atau mengajak untuk sama-sama mengenali hal-hal berkaitan. Ikutlah cara masing-masing. Jangan sampai bila stress terus kaget. Kita secara tak langsung pun mesti dapat detact kalau kita stress, naluri manusia kan.


Aku boleh mengubah dan restructure naratif aku menjadi sebuah kisah sedih yang berpanjangan.

Tapi tahu aku tak kebal, kulit boleh tahan halus macam Sofea Jane jadi aku tak membelit kapak.


Aku pernah jumpa mat saleh , dia cakap kat muka aku “you look fuck up”. Ni sebelum orang cakap aku compose, dah ada mat saleh fuck kat muka aku. Aku yang tak berapa nak terima apahal dia ni fuck fuck aku pun blur la, dia ulang sambil gesture kat muka dan cakap lagi “you look fuck up”, tapi lembut je la dia cakap macam nak cakap benda-benda soleh lak. Lepas berbual-bual dengan dia tu aku fahamlah apa maksudnya, walaupun sekarang aku dah lupa secara terperinci butir bicara. Memang fuck up pun. Secara lahiriahnya, mat saleh tu suruh aku fuck it, be comfortable with yourself. Whatever it is in my mind yang hold aku, fuck it. Macam buku Mark Mason, The Subtle Art of Not Giving a F*ck - is all about coming to terms with all of the inevitable unimportant imperfections in life and then choosing to not give a fuck about them. It’s about learning how to give a fuck about the few things that truly matter.

 

Fak fak ni wester expression , jangan tersinggung pulak, kembali kepada respon dan reaksi tadi. 

Fuck It is a spiritual act: that it is the perfect western expression of the eastern ideas of letting go, giving up and finding real freedom by realising that things don't matter so much (if at all). Ayat-ayat omputeh ni aku copy paste, tapi contextnya kena dengan apa yang aku nak sampaikan, jangan sekadar amik text fuck fuck sahaja. 


Alang-alang dah sentuh pasal buku, bolehlah kut sembang pasal buku lak. Aku memang dari dulu dah tertarik dengan bidang psikologi. Dalam diri manusia pun mesti ada detik dia akan tertarik dengan psikologi sebab ia berkaitan dengan diri manusia, kalau macam aku yang selalu bermain dengan respon dan reaksi pun tentunya akan tertarik. Buku yang aku discover adalah The Monk Who Sold His Ferrari. Disebabkan buku ni sedikit sebanyak telah membuatkan aku rediscover diri aku, aku cuba untuk sebut atau cadangkan kepada orang-orang yang berkaitan. Untuk aku mengajar atau berdebat mestilah tak arif, jadi aku petiklah buku ni untuk dirujuk.


Ramai orang bila bercakap soal stress, dia akan menganggap dialah orang paling stress kat daerah dia, orang lain semua hidup aman sentosa. Aku percaya setiap orang ada kapasiti masing-masing, dos stress dan dos anti-stress berbeza. Kalau baca buku ni kita sedar yang apa yang ada dalam kepala kita tu lah gelanggang kita, jangan masuk gelanggang orang kalau belum cukup terel. So main di gelanggang sendiri ni yang perlukan perhatian, usah dilecehkan rumah orang yang kemas tapi kemaskan rumah sendiri yang bersepah waima bermula dengan mengutip secebis kertas gelandangan di celahan kerusi pun.


Jangan jadi seperti ular yang membelit kapak. Kapal tu elok je kat situ, tapi ular menyangkakan kapak itu akan mencederakan dia terus membelit kapak itu semahunya sehingga terputus badannya. Ini permainan yang salah cara mainnya dek kerana mabuk dengan personal naratif dan kemudian menjadi spekulatif pada situasi. Masalah memang akan ada, namun yang tidak ada tidak perlu diada-adakan atau ditambah atau dilipatgandakan mengikut naratif kita sendiri. 


Tak lupa juga buku Tuesday With Morrie. Buku yang simple tentang immortal lives, moments, emotions and so on. Perbualan antara seorang anak muda dan seorang profesor  yang tak lama dah nak go, ada wisdom yang sampai. Memberi satu perspektif tentang kehidupan dari sudut yang hujung-hujung..hujung tu pasti tapi macam mana kau menerimanya. Gituu.


Selain mencedok inspirasi dari buku, aku juga bersukan. 


Aku pernah masuk acara powerlifting. Nak angkat beban tu memang kena training otot-otot tertentu. Paling mampu aku angkat 70kg kalau tak silap..hasil dari latihan ikut-ikut perasaan je. Bila aku nampak member aku boleh angkat 110 kg aku cakap tahniah, aku tak cakap untunglah kau boleh angkat 110kg , sebab aku tahu disebalik dia boleh angkat beban seberat itu adalah latihan otot yang komited dan bukan senang, adakalanya berdepan injury. Dan untuk angkat 110kg, dia telah terlebih dahulu angkat beban 50kg berapa ratus kali, lepas tu by stage dia akan naik kepada 60kg 70kg dan seterusnya. Kalau aku terus angkat 110kg tanpa melalui proses seperti dia, memang collapse, aku dengan besi-besi terbenam bawah tanah. Sebab tu bahaya kalau tiada kesedaran tentang mental health dan tanpa persediaan tiba-tiba kita terpaksa menanggung 110kg. Yang ada kesedaran pun boleh patah riuk, apatah lagi nak spontan. Bermula dengan kesedaran, mungkin dengan sekecil-kecil reaksi dan respon, mungkin dengan semanis-manis you looks fuck up. Its a slow process but quit is not an option. Aku dah quit pun dalam sukan powerlifting yang aku  ceburi secara recretional tu, tapi sukan psikologi semua orang terpaksa ambil bahagian selagi tak quit bergelar manusia.


At the end , if people happines is by talking shit about me, let it be lah, let sing SO7 song..”caci maki saja diriku…jika itu bisa..membuatmuuu..kembali bersinar dan berpijar..seperti dulu kala..wohoho..wwoooo ho hooo..”


Ah..inspirasi boleh datang dari mana-mana kan, lagu Sheila On 7 pun boleh. Kadang tengok pokok yang daun gugur tapi tetap let it go dan keluar daun baru pun buat rasa hopeful dengan dunia. Pokok adenium misalnya, aku tengok kat youtube kalau nak bagi banyak dahan dan banyak bunga, kena toreh atau lukakan kat batang dia, dari luka tu akan keluar dahan baru yang menghasilkan bunga-bunga. Ini naratif yang menarik untuk direnungkan.


Manusia tak pernah siap. Kalau sudah makan pun, nanti akan kena makan lagi. Kalau dah kencing pun, nanti akan kena kencing lagi. Belajar dan belajar. Takdenya nak siap, paling siap pun bila siap dibungkus. Begitulah secara naturalnya. Semalam aku tonton live fb seorang jurulandskap, selalu nampak dia up landskap yang sedang dalan proses di musim pkp ni.aku pun tanya “landskap dah siap ke bang”, sajalah soalan mukadimah sebelum aku sakat-sakat benda lain. Jawabnya, dalam kata-kata yang aku hadam, landskap mana pernah siap, pokok akan grow, dahan akan patah, ranting akan membentuk rantingan baru, sentiasa bergerak, its alive..let nature be as natural as it is. 


Yang penting, kita berada dalam kawalan dan kesedaran.











Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Zhi said...

Kau sepatutnya jadi blogfemes.
Tulisan kau bagus.